Langkawi

Wednesday, February 12, 2014

First of all tunjuk gaambar kaki dulu..Kih3..
Nak habaq kaki dah sihat.. Alhamdulillah..
2nd Operation success..



Dah bulih berlari dah... InsyaAllah 16hb Mac ni my 1st run.. 

fun run 5km je after 2 years rest. 
Seriously rindu sangat2 nak berada dalam running event tu. 
Berat pun dah turun.. yipiee..



Dulu dok gigih nak pindah company lain yg appreciate my master qualification pun dah kawtim.. 4 bulan dah di MNC kat Ara Damansara which is tak jauh drp company lama.




So, 1st bonus walaupun baru 2 bulan masuk tiap2 hujung tahun memang semua org dapat bonus. Merasala sikit walaupun tak full amount. Maka, jom mak bapak ku ke Langkawi. Permintaan mak jugak yang nak jalan-jalan kat sana. Gigih bersesak-sesak ketika cuti sekolah. Mujur hotel & kereta dah pre-booking. Harga hotel masa time cuti boleh tahan la rate dia.. tapi cuti x boleh bring forward kena abeskan jugak ler..




Sewa MYVi SE .. warna putih. Keta baru. Harga RM 100 sehari masa cuti sekolah. Amik kat jeti ja terus. Nak contact habq mai na..




Maka 3 beranak ni gigih ke Kuala Perlis. Guna GPS nun jauh sungguh la..

Disebab kan peak season tiket awal dah abes.. Tudiaa.. tunggul kol 3 baru bulih. 2 jam la jugak menunggunyer.. 



I tell u hazab gak la time peak season ni.. Mak LIBL gigih, proceed. Lepas dia sakit hari tu teringin la kot nak jalan-jalan. 




Lama jugak perjalanan naik feri. Sempat tidoq dulu. Sedar-sedar nampak pulau.. Waaa..cantiknya langkawi.. Angin kat jeti Kuah yang amat kuat..kesian mak LIBL. Kurus lepas sakit baru ni mcm nak melayang dia. Sampai2 je keter dah tunggu. Actually kat jety dah inform tiket kol bapa. Amik keter, deposit rm 100, nanti return dapat balik.

Terus cari makan.. masa tu dah pukul 4. Check in hotel lambat. Nasib dah call confirm kan and cakap we all otw. Takot dia kasi org lain.
Masa kat kaunter, ada jugak yg datang tanya kekosongan. Sorry full hotel.. hehehe...



Kesian parents... sampai hotel mandi and ZzzZZ..Petang tu we ols keluar pergi Pantai Chenang for dinner. GPS je ke pantai chenang tu.




Malam tu we all have dinner kat restoran haji ramli. Tapi best lagi makan kat Wan Thai..

Mabeless..



Kerabu mangga @WanThai



Ayam Pandan @WanThai

Ikan Sweet Sour @WanThai

Nasik

View Pantai Airport

Our Stay @Bella Vista


~~ to be continued