Indahnya Nikmat Sihat Itu

Saturday, June 9, 2012


Indahnya Nikmat Sihat Itu
Submitted for A Moment To Remember with Oki & Wardina (1st Prize)
Tarikh:6June12


Maka benarlah kata pepatah “Malang tidak berbau”. 
Kemalangan berlaku hanya sekelip mata tanpa diduga. Sekelip mata kegembiraan bermain futsal bersama kawan-kawan bertukar menjadi kesakitan dan kesedihan yang berpanjangan. Dua urat lutut putus! Lutut tidak mampu lagi menampun berat badan. Saya tidak boleh berjalan!

MCL Repair and ACL Reconstruction Surgery. Itulah pengalaman pertama kali saya menjalani pembedahan. Sakit!

Hampir empat bulan berjuang untuk sembuh. Namun, Allah s.w.t maha mengetahui. Komplikasi selepas pembedahan yang dialami meyebabkan saya tidak dapat melipatkan kaki sehingga habis. Saya tidak dapat duduk diantara dua sujud apatah lagi rukuk dan sujud. Untuk kembali normal, kata doktor, “You need to re-do the whole procedure”.  Saya perlu mengulangi pembedahan?. Sedih. Pasrah.

Kini lebih tujuh bulan saya tidak mampu solat seperti biasa terasa rindu yang teramat sangat pada rukuk dan sujudku. Barulah saya sedar betapa indah setiap perbuatan ketika solat yang selama ketika sihat hanya mengambil mudah.

Ramadhan bakal menjelma. Hati sedih mengenangkan keadaan diri. Namun, saya yakin perjalanan hidup ini telah ditentukan dan bukan kebetulan.

“Ya Allah! Andai pembedahan kedua adalah jalan yang terbaik agar aku dapat memberi kebaikan di muka bumi ini dan membolehkan ku solat seperti biasa. hamba Mu redha. Tetapkanlah hati ku dengan keputusan ini dan berikan diriku dan keluargaku kekuatan untuk menempuhinya. Amin.”

Sesunguhnya apa yang saya alami kini adalah pengalaman hidup yang sangat perit namun tersimpan hikmah yang sungguh indah. Semoga pembedahan kali kedua nanti akan berjaya dan apa yang di lalui kini akan menjadi “A Moment Most Remembered” in my life. InsyaAllah. 

0 comments: