Solatlah walau dalam keadaan sakit..

Saturday, February 18, 2012




Solatlah walau dalam keadaan sakit.. kerana pada ketika itu anda sendang diuji olehNYA. Mohon doa dan tunaikanlah tanggungjawab dan amanah walaupun ketika sakit. Ramai yang tak tahu dan tak pernah ambil tahu. Bertayamum tak semestinya dengan debu.. tak semestinya dengan spray air.

Saya paham betapa sukarnya nak mengambil air sembahyang ketika sakit lebih-lebih lagi tak boleh bangun drp katil. Saya dah lalui. Ketika injured saya melompat dgn satu kaki ke toilet.. penatt!. Bayangkan kena lompat 5 kali sehari belum masuk nak menyahut panggilan pulau!. Tak saya tak buat macma tuh pon!

Lepas operation kaki dah kena pakai brace lagi menyedihkan tak boleh pijak menggunakan kaki sakit. Dua hari doktor tak benarkan saya turun daripada katil walaupun ke tandas. Lutut kanan kena balut dan kena pakai brace. Tak boleh kena air!.. Nanti infection!..

Tangan kiri ada IV tube mula-mula ditangan kanan tapi sebab saya yang tak duduk diam maka tercabut kenalah cucuk dipergelangan tangan kiri pulak. Dah jadi robot sakit!

Masa operation cucuk macam nih kat tangan kanan.

Dah tercabut kan cucuk dipergelangan tangan kiri macam nih.

Jarum no 4. Ada lubang warna kuning tuh adalah untuk cucuk ubat cecair.
Jarum ini akan dibiarkan dilengan supaya nurse tak perlu cucuk banyak kali. Hanya inject ubat ke lubang kuning tuh. Tapi kena inject ubat cairkan darah subaya tak ada darah beku pada urat yang dicucuk. 4 hari jarum nih setia dgn saya selama di hospital.

Dah pandai guna crutches bolehlah ke toilet tapi hati-hati saya pernah hampir tergelincir beberapa kali. Crutches akan menjadi licin apabila basah. Tak pasal-pasal aksi gymnast x jadi. Tangan kiri ada IV tube di pergelangan tangan menyebakan saya sukar menggunakan crutches. Akibatnya sampai hari ni ada parut.

Sukar kan?.. Mak & adik hanya jaga 1 malam di hospital. Mujur katil sebelah kosong. Alhamdulillah dapat bilik 2 katil dan 1 toilet. Toilet di sebelah jer. Tak perlulah melompat jauh!..
Yang paling x best katil saya dihadang dan perlukan bantuan untuk dibuka!. Nampak sangat tak kasi saya turun katil tanpa pengawasan drp nurse. Good nursing daripada private hospital. Alhamdulillah company bayar bill saya yang mencecah 20K!..

Nak solat 5 kali kena tekan button panggil nurse?.. Nanti nurse buat muka pulak!.. Tayamum pack tak diberitahu pulak. Satu hal pulak nak suruh mak oyah adik carikan di tempat yang takbisa bagi diaorg.

Ustaz Lah cakap tepuk tempat yang bersih.. katil ker..cadar ke..dinding ker. Tayamum muka dan tangan. Kiblat?.. takkan nak pusing katil!.. Solat jer.. Solat sambil baring atau duduk mengikut keselesaan. Kalau duduk sakit pinggang sebab kaki kena straight..pakai brace kan!..
Pernah nurse datang masa saya tengah solat .. No worries. Nurse tunggu!..

0 comments: