Asam Pedas Utara Style

Sunday, February 12, 2012

Asam pedas nih LIBL kata utara style sbb drp kecik smpi skrg my mom fav dish. Tengok Asam Pedas Johor style memang lain sbb this one tak tumis. Sama macam nak buat kuah laksa utara. I think it is good for diet ;)

Alhamdulillah dah boleh berdiri sambil masak.. dulu guna tongkat pas tuh guna kerusi. Minyak meletup tak sempat lari.. Huaaa!..

Survive sendiri kan.. mak oyah & adik dah balik kampung. *nanges. Now dah ok tp lepas masak penat dia sampai boleh tertidur hingga Asar. Teruk sungguh.. Sekarang nih buat apa pon penat lebih. Dulu masa sebelum operation x der la mcm nih.. I used to be active!..

LIBL guna Ikan Kembong.. my kpg panggil ikan termenung.


Kesian kan .. termenung fikirkan nasib diri..

Bahan2 Dikisar:

Bawang merah
Cili kering giling
Belacan

Bahan lain:
Daun cenehom / Daun Kesum
Bunga kantan
Asam keping
Ikan diperap dgn garam sekejap
Garam

Dah kisar masukkan jer dalam periuk..
Letak la sekali daun kesum , asam keping (1 keping dah nanti masam), Bunga Kantan.

Masukkan ikan dan masak hingga ikan masak.. :)

Jangan tanya bawang berapa bijik or kantan berapa banyak or beacan berapa ketul.. Nak pedas letak la cili bnyk2..

LIBL masak x der timbang & ukur. Ikut suka nak campak bnyk mana.. mak LIBL akar x der ukur2 semua agak2 jer.. jadinya x geti nak ajar. Asam pedas nih kalau nak makan esok malam nih dah masak simpan dlm fridge. Esok makan baru rasa dia blend.. macam kari jugak.

*teringat kes kuih siput.. kesian kakak sepupu aku.

0 comments: