Laki orang wahai lah laki orang..Entry penuh emosi!!

Thursday, January 26, 2012





Found this from website... entry bandung tersemput sekejap.. kinnda interesting to share. LIBL lately dok dengar kawan2 LIBL nih mengadu tertrap dgn cinta suami orang. Bukan senang nak bermadu.. dan LIBL percaya x ramai lelaki atau perempuan yg mampu untuk berpoligami. Tapi entahlah.. tak semua orang sama. Kalau LIBL mmg selamat la good bye pada lelaki mcm nih.. sudah.. lupakan aja!.. Jangan dilayan.. pendirian kena tegas.. lama2 InsyaAllah boleh lupakan. Kalau still in cont.. layan lagi. Jumpa lagi sampai bila hubungan nih x kemana. Lagi x bulih lupa. U need time to heal.. to be far far away form the person!.. Life is a choice!.. Terpulanglah mana pilihan yg nak dibuat.

Jangan bersangka buruk!.. Allah s.w.t pasti akan gantikan yg lebih baik. Tapi x perlu ada benci.. maafkan. Kita buat jahat kat Allah s.w.t. Tp masih dimaafkan.. Boleh lagi hidup.. Boleh lagi bernafas.. Itu tanda kasih syg Allah. Kenapa kita x cuba memaafkan. Cubala jadi seperti nabi muhammad yg pemaaf wp susah. InsyaAllah anda akan berasa tenang.

Ingat ini adalah dugaan.. LIBL selalu ingat.. Hidup ini x ada yg kebetulan..semuanya telah ditentukan. Cuma kita nih kena redha.. Ini ujian untuk menguji keimanan kita. Masa nih kita akan ingat Allah s.w.t balik.. tp ada jugak yg bersangka buruk dgn mengatakan Allah s.w.t nih x adil. Subhanallah..

Semoga sahabat kepada Cik Non nih akan dapat menilai niat murni cik Non. Kesian.. beri nasihat lepas tuh kena marah dengan kasar bahasanya. Kalau LIBL aduhaii... sedih sungguh!..

(Nama dirahsiakan kerana saya perlukan pendapat anda sahaja)
Dah lama berkawan akhirnya bf dia kawin tanpa pengetahuan sahabat cik non. Sepanjang berkawan bf nih pon asyik pinjam duit sahabat cik non jer sampai sahabat cik non kena pinjam duit cik non. Bf menyepi untuk seketika ttb muncul kembali menyambung hubungan yg tergendala sebentar. Sedang syok berkawan ttb dapat call drp seorang perempuan yg mengaku isteri kepada bf tadi. Tebongkarlah rahsia. Sekali lagi bf menghilangkan diri.. Now muncul semula ajak kawin.. anak dgn bini dah sorang. Sahabat cik non masih setia.. namun terhimpit dgn status bf nya itu... Katanya dia ready nak jadi bini no dua. Tapi, adakah bf dia nih cukup syarat untuk bermadu?


Mula2 kasi nasihat.. ttb ada tajuk hot "Bermadu @ Andartu" di Semanis Kurma. Cik Non lately asyik dgr cerita sahabar2 cik non kawan dgn suami org. Aduii..pening2. Lantas cepat-cepat SMS sahabat itu suruh tengok. SMS diteruskan sambil menonton TV.

Sahabat cik non nih suka sangat kat bf dia ni katanya org masjid. Alimm gituu.. cik non tak rasa alim gitunyer.. entah2 cakap jer. Bagi cik non kalau dah kawin setialah pada bini bukan mencari kekasih lama. Jagalah kesucian masjid yg dibina. Dah ada anak sorang tuh!.. paling tidak ingatla anak tu!..

Ustazah dlm semanis kurma tuh cakap mak ayah jgn terlepas ckap.. nih komen sahabat cik non.


Bini yg ada sekarang x bekerja.. Kawan cik non nih berkerjaya. Tak kwen pon boleh sara hidup sendiri. Kisah bf dia nih dah sampai pengetahuan mak ayah sahabat cik non. Mak ayah dia pon x suka..akhirnya bersolat hajat mintak lupakan..

Cik Non setuju, restu mak ayah itu penting... maka solat mntak anak dia lupakan. Keciwa sampai kurus sahabat cik non nih!.. (Keciwa putus kasih manusia jgn la sampai merana diri.. keciwa lah sampai kurus keding kalau x mendapat rahmat & kasih sayang Allah s.w.t . DIA sedang menduga mu! dan kini Cik Non diduga dgn mendapat sahabat begini.. Alhamdulillah.)

Maka Cik Non reply mcm nih...
Cik Non dah berbuih nasihat tp dok jumpa jugak laki orang nih.. siap lunch bagai.. sampai bila la sahabat cik non nak melukakan diri sendiri.. Adakah ini takdir sahabat cik non? Cik Non rasa dia ikot perasaan.. mak ayah kata lupakan.. lupakan lah.. Betul kan?.. dah laki org pon. Sudah2 lah..




Sahabat Cik Non Reply mcm nih..


Masih jugak mengatakan laki org tuh yg terbaik untuk dia!.. Kalau dah ditinggalkan sampai kurus itukah yg terbaik?..



Namun sahabat cik non nih goyah bila laki org nih ajak kawen.. katanya mungkin dah takdir. Dia sanggup tp bila x jadi dating sbb anak suami org nih sakit..menagis meraung kat umah. Jeless??.. sanggup ke nak jeles seumo hidup.. bukan senang oo bermadu.

Mampukah suami org nih bahagiakan sahabat cik non nih?..

Yerla jumpa kawan2.. tp ingat, wanita nih ada fitnah yang besar. Lebai ke imam pon boleh kecundang kerana wanita. Jagalah dirimu sahabatku. Elakkan fitnah!.. walau jumpa sebagai kawan tp anda boleh membawa fitnah lebih2 lagi bini dia dah taw husband dia ada affair. Awak kuar dgn laki org!.. Boleh runtuh masjid itu. Perasaan tuh bukan ker dosa jugak. Rindu kat suami org?.. Ish..susah nak nasihat bab dosa pahala. Cik non nih bukan ustajah..

Kalau betul nak bermadu, laki org nih dah bincang ker dgn bini dia. Dah dapat izin?. Kalau dah dapat proceed lah.. Cik Non x kisah!..

Haihh.. Cik Non cakap:

Tiba2 cik non teringat ayat dia dlm SMS sebelum nih. Merana.. yer mmg sahabat cik non merana.. ttb cik non teringat.. maka cik non sms. Harap2 sahabat cik non nih dpt berfikir.

Ehh..kawan aku merana. Suami org tuh happy jer dgn anak bini dia. Sapa tak happy wei.. klw x suka takkan samai dpt anak kan?.. x suka x suka ko terkam jugak kan?.. Kejam la oke!..

Kawan cik non nih x jumpa pengganti lagi tuh yg dok layan suami org nih..





Rupanya kawan cik non nih sentapsss....
ttb dpt SMS mcm nih...


Aduii... salahker nasihat cik non nih?.. Cik Non nak dia fikir betul-betul. Jangan sbb umo dah 3 series main kawin jer. Cik Non x nampak dimana islamic nye suami org nih.. Nak kata cukup syarat kaya raya mcm Dato K tak jugak.. Wajar ker cik Non menyokong perhubungan mereka?

Cik Non kasi nasihat jer.. sbb cik non dah 7 tahun follow masalah sahabat cik non dgn bf yg dah jad suami org nih. Ya Allah.. x sampai hati klw cik non tak kasi nasihat betul2. X sampai hati cik non nak tgk sahabat cik non nih kecewa lagi.. Terserah!.. janji cik non dah kasi pendapat cik non.

Err.. cik Non kena marah pulak... dikatanya cik non x pandai kasi nasihat. Dah berpuluh kal dgr masalah dia nih cik non ckp terpulang. Bila cik non tanya mcm tuh dia melenting pulak.. Lazer ker SMS cik Non?..


Terkedu cik Non.. baca SMS dia.. Maka cik Non mintak maaf lah.. Bertahun kawan ttb mcm nak gaduh pulak.. adeii..




Mintak maaf pon kena perli.. aduii.. Nak jaga hati mcm mana lagi?.. Kat mana SMS cik Non paste tuh x jaga hati & perasan. Nak nasihat macam mana lagi ? takot2 x dpt point nasihat cik non kalau ayat berbunga2.
Berkatalah benar walaupun pedih.. cik non mmg nak dia berfikir?.. Tah2 laki org tuh saja nak test market kan?.. Ttb ada kekasih gelap lbh2 lagi kekasih gelap x bulih lupakan dia. Keji!.. kan?..

Kena marah lagi...











Huiiiyooo... sedih Cik Non. Memang nages la kena kutuk dgn lazer.. sapa yg lazer skrg nih. Cik Non ker sahabat cik Non. Baran juga sahabat cik non nih...
Tang mana terasa hatinya tuh... Salah ker nasihat cik Non nih. Kalau bf dia nih bersungguh-sungguh dah lama dah kawen. X der la tenggelam timbul cam nih.

Apa pendapat korang?

Yang Benar..
Cik Non yang sedih kena marah sbb kasi nasihat..


Seorang sahabat sejati akan sentiasa memerhatikan tingkah laku sahabatnya. Ia tidak akan membiarkan sahabatnya hidup di dalam kesesatan. Sahabat sejati adalah menjadi mata dan telinga sahabatnya. Sahabat sejati tidak akan merasa senang dan tidak tenteram hatinya jika sahabatnya hidup didalam kesusahan atau kemaksiatan.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justru karena kasihnya ia memberanikan diri menegur. Apa adanya. Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mau berubah.

7 comments:

NenetPenne (NP) said...

ginilah akak nak cakap
LIBL tak payah bagi nasihat lagi..
biarkan dia
orang kata, kalau tak terkena dia tak rasa
biar dia rasa pengalaman bermadu then baru dia tahu cemana sakitnya hati tu..
same goes to me...
kadang2 pengajaran tu datang dalam bentuk pengalaman
dia tak tahu karenah laki tu sebenarnya... dia tak penah kahwin dan tak penah duduk bersama dalam satu rumah...
bila duk satu rumah, baru tahulah lepas kencing flush jamban atau tak... lepas mandi, kaki basah2 masuk bilik tidor... tu mcm menda kecikkan??? yaaa menda kecik tu lah nanti jadi besarrr...
ingat senang ke dua karekter berbeza nak adapt each other?? nope... tak semudah tu...
ni pulak lebih2 lagi si jantan tu dah ada bini...

let her be... kalau LIBL nasihat baik2 pun dia kata kasar...lantak dia lah...

orang tengah mabuk gila bercinta ni memang mcm tu.... satu apa nasihat pun dia tak nak terima...

ni akak sokong LIBL tau... mungkin kedengaran agak kasar tapi percayalah its not...

akak yang kurus kering sakit becerai ni pun, hidup lagi..tak mati pun dek bercerai... sihat walafiat... dah makin tembam pulak..adehhh....

miss nona said...

agreed dengan kak net, saya dulu mcm tu jugak, kawan2 nasihat langsung tak dgr.. duk la ngadap si jantan bongok tu.. sampaikan mak ayah saya buang.. 3 tahun saya tak balik umah.. akhirnya, berkat doa mak ayah, saya putuskan hubungan tu.. dan skrg baru nampak kenapa kawan2 dulu selalu nasihatkan supaya tinggalkan dia..

kak net ckp tu betul, skrg dia x nampak lagi.. dia rasa bahagia sbb ada org care ttg dgn dia, walaupun niat si lelaki tu yg sebenarnya kita pun tak tau kan.. kadang2 nasihat berkati2 pun, pengajarannya datang dr pengalaman.. bila tiba masa dia merasai pengalaman itu, you jadilah kawan yang akan be there for her.. lupakan sengketa sebab adatla dalam berkawan..

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

tu la kan.. Kak Nenent & miss nona. Sentap baca SMS2 tuh.. Thanks sbb share your experience.. harap2 dia berlajar drp pengalaman.. biarlah klw dia nak putus sahabat bagai, yg penting dah cakap apa yg sepatutnya.

**ttb rasa kesal pulak kasi nasihat. Huru hara tidur ku!

NenetPenne (NP) said...

no need to kesal... dah jadi pun, kalau tak, LIBL tak tahu pun cemana perangai dia kan?

dah dah..tidor jer...hikss...

Dari sudut Hati kecilku said...

nak komen lah jugak. saya rasa kisah sy dgn kwn akak hampir serupa. Cumanya, Alhamdulillah dah 3 bulan ni saya sedaya upaya buang jauh2 perasaan ni. memanglah ada berjanji utk kahwin, tapi saya tak yakin pun. sebabnya, bermadu ni bukan senang base on pengalaman org lain. Kemudian, nk makan hati seumur hidup bkn senang kan. Tapi itulah, bila kita menjarakkan hubungan..macam-macam idea yang dia create hy utk sbg penyebab nk close. Saya assume itu dugaan hidup saya lah. Tapi hati kita, kita yg jaga kan. Saya pun almost 30.Tapi ok je kot saya rasa skrgni single. Pilihan itu ada, cumanya tak mahu pisang bebruah berkali-kali. Hanya berdoa yang terbaik. Duda pun ramai kan....:)

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

NenetPenne (NP) - dia bukan macam nih dulu. Dari tahun 1999 kot sy kenal dia nih. Pernah jd rommate masa kat U. Skrg sy rasa mcm sy dah x kenal dia nih..

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Dari sudut Hati kecilku - Poligami bukan sunnah utk semua lelaki (muka depan najalah solusi). Hidup nih mmg ditakdirkan tp kita ada pilihan untuk buat keputusan.

Bagi saya cara yg terbaik untuk melupakan adalah dgn menjauhkan diri drp lelaki itu. Dekatkan diri pada Allah s.w.t. InsyaAllah boleh atasi & hati akan jadi lebih tenang.

Itu yang sy cuba nak beritahu pd kawan sy tp kena marah la pulak kan..

Dari sudut Hati kecilku.. insyaAllah. Jodoh dah ditentukan.. usaha dgn jalan yg betul. Semoga terus tabah!