Day 2 : Tengkuban Perahu

Friday, January 27, 2012

Hari berikutnya we already hired supir, Pak Yudi namanya. Pendiam kurang berbicara tapi senang berurusan dengannya. Semuanya diurus oleh ayah kepada Ehzy and Eza. Sepupu kepada my cousin's wife. Perkhidmatan supir ni 24jam gitu. Selalunya 12 jam kan.. Pak Yudi ni offer 24 jam. Hahahaa.. tataw nak pi mana dah. Penattt... Kami guna sampai pukul 11 malam jer kot.. Penat sangat lebih2 lagi keadaan LIBL yg jalanya masih belum betul. :(

Mobil: Kijang Avanza - Rp 350, 000
Minyak - Rp 100,000
Damages (Parking, Bayaran masuk, simkad dll) - Rp 150,000

Pagi-pagi tuh Pak Yudi dah sampai di lobby hotel. Breakfast start pukul 7.30am. Kat sini pukul 6 dah cerah. Cuaca sini sejuk berangin. Best!

Breakfast kat sini sah-sah la masakan sunda. Kuih-kuih yang LIBL tak pernah tengok.

Lobby hotel & cafe.
Very clean and nice.

Kuih nih tataw nama tp glamer..
Kulit popia inti pisang lenyek. Cili tuh rekaan LIBL. Ishkk..pelik pulak makan popia manis.
Itu yang letak cili.

Dah kenyang, we start our journey. Malangnya Eza & Ezy tak dapat ikot. Kalau tak boleh jalan & berfoto bersama. Budak2 duaorang nih pantang nampak camera cepat jer pose macam-macam gaya. Kelakar!..

Daripada hotel tempat LIBL menginap, Casa De'Ladera, Jl Setiabudhi hanya dalam 45 minit. Mula-mula pergi rasa macam jauh sebab tak biasa tapi balik dekat jer. Pak Yudi cermat masa drive so tak der la nak pening atau muntah bagai. Cuma masa pergi LIBL pening sikit. Jalan bengkang bengkok kot!..



akhirnya sampaii... Nak masuk sini kena bayar sikit.
Make sure jangan cakap biar pak supir yang cakap nanti harga mahal.

Cantik rupanya tempat nih.. sejuk. Best!..

Masa ni tak der pulak bau-bau belerang yang busuk. Ker sebab masih pagi. Entah la.. LIBL kurang pasti.

Asap itu drp kawah gunung berapi..

Rumah-rumah kecil itu adalah kedai-kedai jualan di sini.
Kalau sihat LIBL naik sampai atas tapi nak buat macam mana.
Sukurlah dapat jugak sampai kan? Ingat nak kena burn jer tiket nih.


Kata Pak Yudi, kapal terbang tak boleh lalu sini. Sebab nanti tak nampak.. Kabus.
Masa yang paling sesuai ke sini adalah awal pagi. Baru nampak pemandangan. Kalau tak dilitupi kabus.

Dah sampai, LIBL turun jer.. humm. Mana nak pegi. Kaki oh kaki!.. Berfoto kat tempat wajib..tak jauh pun. Tak derla kena mendaki atau menurun bukit.

Ahaks, LIBL dengan tongkat sakti!..
Beli yang nih semata nak pegi libur kat sini oke!.. RM 45, beli kat Nibong Tebal, Penang.


Ketinggian tempat nih adalah 1830M drp paras laut.

Kat sini ramai la sangat orang jual-jual. LIBL dah la x boleh jalan laju..adoii.. fening!..
Jaga-jaga, jangan kasi org camera anda untuk diambil foto. Mula2 kata free.. pegawai kat situ then dia jual barang. LIBL nih nak kata terkena ker apa tah la kan.. Memang dah beringat tp disebabkan LIBL berjaya turun kebawah memang rasa amazing sangat. Kejayaan oke!..
Gumbira yang LIBL boleh turun ke bawah. Awal-awal ingat tengok drp atas jer. May be sebab excited. Sebenarnya, masih ada trauma and kurang percaya pada kaki ni nak berjalan. Kena la cuba berjalan di tempat-tempat yang mencabar. Boleh jer sebenarnya..

Sapa tak trauma nak jalan, urat lutu putus nih.2 pulak tuh. Futsal satu kisah. Berdiri ttb jatuh & putus lagi satu.. Yang nih paling trauma. Takut LIBL nak jalan lagi. Esp bila kaki nih x kuat lagi..mudah terkepak. Dulu jalan ada bunyi with sharp pain in knee.

This guy actually help me and tlg amik pica.. Not bad pulak dia amik gambar. Ingat nak kasi tips jer. Rasa tak sampai hati x beli jualan dia. Dah la pagi -pagi. Pecah telor katanya. Gila mahal barang dia jual. Pada2 lah kan.. Tau orang Malaysia memang abeslah.. Last - last LIBL amik la gelang batu aper tah. Keras sungguh.. kena tenyeh dgn batu pon x rosak. Batu yang pecah. Barang jualan dia yang lain semua x berkenan. Mintak Harga 50,000 Rp.. tak dapat katanya harga atas 100,000 Rp mana boleh turun harga sebanyak tuh. Errr..

Oklah 100, 000 Rp.. humm.. kesian jer.. kalau ikot kan memang mahal oke!.. tp apalah nilai RM 35 hengget compare dgn confident yg LIBL dapat.
Yeay!.. I can walk!.. sunggh x sangka berjaya turun ke kawah!..

Unfortunately, kawan dia nampak LIBL kasi wang kat kawan dia. Kawan dia kata tak adil sbb my fren x beli kat dia. Haa.. pandai. Now dah nak paksa pulak!.. My fren tercabar maka dibelinya juga dgn harga Rp 100, 000 jugak. Haiyoooo...

LIBL x rasa haga dia semahal itu.. LIBL terus masuk mobil & tanya Pak Yudi. Harganya sekitar 30, 000 Rp - 40, 000 Rp jer.. Sentap kawan LIBL dengar.. dah la bawak duit x cukup. Kena pulak kencing dgn diorang.. (Kat MY pon ada gelang macam nih.. x la sampai rm 35 pon. Ori ker tak tataw.. tuh jer. So far pakai nampak macam ori). LIBL memang niat nak sedekah pon.. Tak abes-abes kawan LIBL membebel tak puas hati. Adoiii..




Jalan kat sini dgn kaki yg x kuat lagi. Sport injury nih lain, kena workout lepas operate to build up muscle. Sakit?.. memang sakit mula2 tp bila dah biasa tak sakit lagi.

Dulu LIBL jalan pegi beli roti jer kat giant. Balik dah sakit2 kaki and cepat sgt penat. Now, better la.

Jalan tak rata risau jugak tp jalan pelan2 boleh!



Sejarah tengkuban perahu..
Perahu terbalik..

Lagenda Sangkuriang..


Naruto.. LIBL cari kat pasar baru x der!.. Hummm.. :(

LIBL nak beli nih kat Zara & Natasha.. tp rimas la penjual jalanan dok ikot. Ada tuh strawberry. Manis sungguh.. tp jgn tataw.. kebarangkalian diletak gula.. Katanya sbb tanah gunung berapai bagai.. Hahahah.. Nak tau kisahnya mcm mana LIBL tau.. next entry lah..

Kayu batik.. batang pokok yang lembab.

Dah tarah buat bekas bru keringkan dan ia akan keras. Yang nih memang ori!.. Tapi LIBL pernah nampak kat opis. Sapa punya tah.. campak2 jer.. so malas nak beli. Penuhkan rumah LIBL yg kecik nih?

Pengangkutan penting.. Kereta kuda. Kuda2 sini kena pakai spek. Takut dia cari girlfren or boyfren.. nanti kuda nih x nak dgr kata tuannya akibat tergoda pada bf/gf nya.

Ku buang sahabatku kerana menegur ku berkasih dengan suami orang.. huarghhh..tersasul..
*masih teringat-ingat kisah Cik Non.. kesian Cik Non. SMS cik non, SMS semalam x dibalas. Dia nak putus sahabat ler tu Cik Non. Macam tak percaya hal ini bisa terjadi. =P

Perjalanan diteruskan.. ke kampung Daun..
Lunch time.. erkk.. kenyang lagi nih..

Pak supir kata lewat Kpg Daun baru ladangnya.. oooOOoo...

Next entry.. To be continued.

Update Cik Non



LIBL follow up update Cik Non hari nih as bellow:


Patutnya Cik Non jumpa sahabat cik non ittew esok.. disebabkan peristiwa semalam.. SMS cik Non nak confirmkan balik x direply.. penat cik Non tungggu.. Agak2 nya sahabat cik Non nih nak putuskan persahabatan kot?..

Tak perlahkan.. sayangkan sangat suami org tuh sampai x dpt menilai sahabat yg dikenali lagi awal drp laki org tuh.. Cik Non rasa cik Non dah bagi terguran yang sepatutnya. Nak lapik dengan apa lagi cik Non tak taw..

Aperpon Cik Non dah SMS.. so bukan cik Non yang nak memutuskan pershabatan.. dah tua2 macam nih pon nak gaduh macam budak-budak.. bosan sungguh!!..

Cik Non tak mampu berbuat apa lagi. Give Up!.. 12 yrs fren !! marah sbb Cik Non cakap berdosa kuar dgn laki org.. kita nak soh dia jaga maruah diri.. sbb cik non x nak org gata dia perampas pulak.. humm.. Let her be!.. kata kawan Cik Non..

Sudahh.. Cik Non pon dah malas. Hilang satu banyak lagi yg ada.. InsyaAllah..



Laki orang wahai lah laki orang..Entry penuh emosi!!

Thursday, January 26, 2012





Found this from website... entry bandung tersemput sekejap.. kinnda interesting to share. LIBL lately dok dengar kawan2 LIBL nih mengadu tertrap dgn cinta suami orang. Bukan senang nak bermadu.. dan LIBL percaya x ramai lelaki atau perempuan yg mampu untuk berpoligami. Tapi entahlah.. tak semua orang sama. Kalau LIBL mmg selamat la good bye pada lelaki mcm nih.. sudah.. lupakan aja!.. Jangan dilayan.. pendirian kena tegas.. lama2 InsyaAllah boleh lupakan. Kalau still in cont.. layan lagi. Jumpa lagi sampai bila hubungan nih x kemana. Lagi x bulih lupa. U need time to heal.. to be far far away form the person!.. Life is a choice!.. Terpulanglah mana pilihan yg nak dibuat.

Jangan bersangka buruk!.. Allah s.w.t pasti akan gantikan yg lebih baik. Tapi x perlu ada benci.. maafkan. Kita buat jahat kat Allah s.w.t. Tp masih dimaafkan.. Boleh lagi hidup.. Boleh lagi bernafas.. Itu tanda kasih syg Allah. Kenapa kita x cuba memaafkan. Cubala jadi seperti nabi muhammad yg pemaaf wp susah. InsyaAllah anda akan berasa tenang.

Ingat ini adalah dugaan.. LIBL selalu ingat.. Hidup ini x ada yg kebetulan..semuanya telah ditentukan. Cuma kita nih kena redha.. Ini ujian untuk menguji keimanan kita. Masa nih kita akan ingat Allah s.w.t balik.. tp ada jugak yg bersangka buruk dgn mengatakan Allah s.w.t nih x adil. Subhanallah..

Semoga sahabat kepada Cik Non nih akan dapat menilai niat murni cik Non. Kesian.. beri nasihat lepas tuh kena marah dengan kasar bahasanya. Kalau LIBL aduhaii... sedih sungguh!..

(Nama dirahsiakan kerana saya perlukan pendapat anda sahaja)
Dah lama berkawan akhirnya bf dia kawin tanpa pengetahuan sahabat cik non. Sepanjang berkawan bf nih pon asyik pinjam duit sahabat cik non jer sampai sahabat cik non kena pinjam duit cik non. Bf menyepi untuk seketika ttb muncul kembali menyambung hubungan yg tergendala sebentar. Sedang syok berkawan ttb dapat call drp seorang perempuan yg mengaku isteri kepada bf tadi. Tebongkarlah rahsia. Sekali lagi bf menghilangkan diri.. Now muncul semula ajak kawin.. anak dgn bini dah sorang. Sahabat cik non masih setia.. namun terhimpit dgn status bf nya itu... Katanya dia ready nak jadi bini no dua. Tapi, adakah bf dia nih cukup syarat untuk bermadu?


Mula2 kasi nasihat.. ttb ada tajuk hot "Bermadu @ Andartu" di Semanis Kurma. Cik Non lately asyik dgr cerita sahabar2 cik non kawan dgn suami org. Aduii..pening2. Lantas cepat-cepat SMS sahabat itu suruh tengok. SMS diteruskan sambil menonton TV.

Sahabat cik non nih suka sangat kat bf dia ni katanya org masjid. Alimm gituu.. cik non tak rasa alim gitunyer.. entah2 cakap jer. Bagi cik non kalau dah kawin setialah pada bini bukan mencari kekasih lama. Jagalah kesucian masjid yg dibina. Dah ada anak sorang tuh!.. paling tidak ingatla anak tu!..

Ustazah dlm semanis kurma tuh cakap mak ayah jgn terlepas ckap.. nih komen sahabat cik non.


Bini yg ada sekarang x bekerja.. Kawan cik non nih berkerjaya. Tak kwen pon boleh sara hidup sendiri. Kisah bf dia nih dah sampai pengetahuan mak ayah sahabat cik non. Mak ayah dia pon x suka..akhirnya bersolat hajat mintak lupakan..

Cik Non setuju, restu mak ayah itu penting... maka solat mntak anak dia lupakan. Keciwa sampai kurus sahabat cik non nih!.. (Keciwa putus kasih manusia jgn la sampai merana diri.. keciwa lah sampai kurus keding kalau x mendapat rahmat & kasih sayang Allah s.w.t . DIA sedang menduga mu! dan kini Cik Non diduga dgn mendapat sahabat begini.. Alhamdulillah.)

Maka Cik Non reply mcm nih...
Cik Non dah berbuih nasihat tp dok jumpa jugak laki orang nih.. siap lunch bagai.. sampai bila la sahabat cik non nak melukakan diri sendiri.. Adakah ini takdir sahabat cik non? Cik Non rasa dia ikot perasaan.. mak ayah kata lupakan.. lupakan lah.. Betul kan?.. dah laki org pon. Sudah2 lah..




Sahabat Cik Non Reply mcm nih..


Masih jugak mengatakan laki org tuh yg terbaik untuk dia!.. Kalau dah ditinggalkan sampai kurus itukah yg terbaik?..



Namun sahabat cik non nih goyah bila laki org nih ajak kawen.. katanya mungkin dah takdir. Dia sanggup tp bila x jadi dating sbb anak suami org nih sakit..menagis meraung kat umah. Jeless??.. sanggup ke nak jeles seumo hidup.. bukan senang oo bermadu.

Mampukah suami org nih bahagiakan sahabat cik non nih?..

Yerla jumpa kawan2.. tp ingat, wanita nih ada fitnah yang besar. Lebai ke imam pon boleh kecundang kerana wanita. Jagalah dirimu sahabatku. Elakkan fitnah!.. walau jumpa sebagai kawan tp anda boleh membawa fitnah lebih2 lagi bini dia dah taw husband dia ada affair. Awak kuar dgn laki org!.. Boleh runtuh masjid itu. Perasaan tuh bukan ker dosa jugak. Rindu kat suami org?.. Ish..susah nak nasihat bab dosa pahala. Cik non nih bukan ustajah..

Kalau betul nak bermadu, laki org nih dah bincang ker dgn bini dia. Dah dapat izin?. Kalau dah dapat proceed lah.. Cik Non x kisah!..

Haihh.. Cik Non cakap:

Tiba2 cik non teringat ayat dia dlm SMS sebelum nih. Merana.. yer mmg sahabat cik non merana.. ttb cik non teringat.. maka cik non sms. Harap2 sahabat cik non nih dpt berfikir.

Ehh..kawan aku merana. Suami org tuh happy jer dgn anak bini dia. Sapa tak happy wei.. klw x suka takkan samai dpt anak kan?.. x suka x suka ko terkam jugak kan?.. Kejam la oke!..

Kawan cik non nih x jumpa pengganti lagi tuh yg dok layan suami org nih..





Rupanya kawan cik non nih sentapsss....
ttb dpt SMS mcm nih...


Aduii... salahker nasihat cik non nih?.. Cik Non nak dia fikir betul-betul. Jangan sbb umo dah 3 series main kawin jer. Cik Non x nampak dimana islamic nye suami org nih.. Nak kata cukup syarat kaya raya mcm Dato K tak jugak.. Wajar ker cik Non menyokong perhubungan mereka?

Cik Non kasi nasihat jer.. sbb cik non dah 7 tahun follow masalah sahabat cik non dgn bf yg dah jad suami org nih. Ya Allah.. x sampai hati klw cik non tak kasi nasihat betul2. X sampai hati cik non nak tgk sahabat cik non nih kecewa lagi.. Terserah!.. janji cik non dah kasi pendapat cik non.

Err.. cik Non kena marah pulak... dikatanya cik non x pandai kasi nasihat. Dah berpuluh kal dgr masalah dia nih cik non ckp terpulang. Bila cik non tanya mcm tuh dia melenting pulak.. Lazer ker SMS cik Non?..


Terkedu cik Non.. baca SMS dia.. Maka cik Non mintak maaf lah.. Bertahun kawan ttb mcm nak gaduh pulak.. adeii..




Mintak maaf pon kena perli.. aduii.. Nak jaga hati mcm mana lagi?.. Kat mana SMS cik Non paste tuh x jaga hati & perasan. Nak nasihat macam mana lagi ? takot2 x dpt point nasihat cik non kalau ayat berbunga2.
Berkatalah benar walaupun pedih.. cik non mmg nak dia berfikir?.. Tah2 laki org tuh saja nak test market kan?.. Ttb ada kekasih gelap lbh2 lagi kekasih gelap x bulih lupakan dia. Keji!.. kan?..

Kena marah lagi...











Huiiiyooo... sedih Cik Non. Memang nages la kena kutuk dgn lazer.. sapa yg lazer skrg nih. Cik Non ker sahabat cik Non. Baran juga sahabat cik non nih...
Tang mana terasa hatinya tuh... Salah ker nasihat cik Non nih. Kalau bf dia nih bersungguh-sungguh dah lama dah kawen. X der la tenggelam timbul cam nih.

Apa pendapat korang?

Yang Benar..
Cik Non yang sedih kena marah sbb kasi nasihat..


Seorang sahabat sejati akan sentiasa memerhatikan tingkah laku sahabatnya. Ia tidak akan membiarkan sahabatnya hidup di dalam kesesatan. Sahabat sejati adalah menjadi mata dan telinga sahabatnya. Sahabat sejati tidak akan merasa senang dan tidak tenteram hatinya jika sahabatnya hidup didalam kesusahan atau kemaksiatan.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justru karena kasihnya ia memberanikan diri menegur. Apa adanya. Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mau berubah.