Makanan Warisan: Popia Omar

Sunday, November 18, 2012

Lama sungguh LIBL x menghapdet blog.. kepenatan dan kebusyian melanda tp aper pon ALHAMDULILLAH... x nak complain tp bersyukur. 

Ada pelangi disebalik segala kesulitan dan kesakitan.. Moga Allah s.w.t permudahkan urusan seterusnya.. Amiin..

Kali ni LIBL nak citer pasal Popia Omar.. makanan warisan katernyer. Apa yang warisan tu?..  Haa... Cer tgk kat gambar tu.. selonggok udang goreng dgn kulit tu lah warisannyer..

Pernah ke tgk udang selonggok gini?.. Cucur udang pon ukan.. Udang kepal goreng lah kot.. 
Actually, ni lah yang menarik perhatian LIBL  nak try. 

Popia Omar ni terletak di Dataran Sungai Preak, Kuala Kangsar. Gerai tepi jalan jer.. tak der la semegah restoran. Mungkin bagi penduduk di Kuala Kangsar ni adalah makanan harian diaorang. Sememangnya Popia Omar ni glamour kat sini. Pernah masuk newspaper jugak taw.. 



Kulit popia yang lembut dan inti yang enak.. sangattt  Yummeehhh!!

Selonggok udang goreng..

Abang baju hitam sedang membeli popia Omar..


LIBL makan 2 ketul jer... mujur dapat 2 sebab abang yang baju htam tu tinggalkan satu..
Sorang 2 ketul katanya.. hik2..

Sekarang LIBL menyesal sebab tak rembat kesemua 4 ketul popia itu...
MUahahahhaha...

Kalau nak pergi JJCM.. pergi jer di Dataran Sungai Perak, Kuala Kangsar. Exit tol Kuala Kangsar. Dalam 15 min jer.. Kat situ ada kedai jual produk craft. 

Nak beli labu sayong pon ada.. acuan buat kuih bakar pon ada.. Bakul ada.. Beg pon ada... Macam-macam ada..

Laksa Beras pon ada.. Mee Kicap pon ada. Actually mee kicap ni adalah kari paste + sup + kicap.. Heheheee..


and it is True!

Thursday, October 18, 2012




Being Blessed..

Wednesday, September 19, 2012


Alhamdulillah..

Emotional and Spiritual in stable.. 
After hardship there is a relieve... Subhanallah. 
Janji Allah s.w.t itu benar.. Keep on Praying!!


‎"One who has deep iman and knowledge usually remains quiet while in times of difficulty. One who has less iman and knowledge causes loud noise. Just like the ocean. Have you ever seen the waves of a high tide, and how they clamor when they arrive at the beach and strike the rocks? Because the ocean near the beach is shallow, even a kid can challenge it, while in the depth of the sea it’s quiet, peaceful and full of majesty. The deeper you get in iman and knowledge, the more peaceful you become."
— Yaser Birjas


Blessed is the man who found a WOMAN for marriage who loves ALLAH more than him and blessed is the woman who found a MAN for marriage who waits for her and asks for her from ALLAH!


May Allah s.w.t grant me sabar and ease for my 2nd operation..


Note: Off to New Castle.. tonite!!



Pengajaran disebalik surah al-Kahf

Thursday, September 13, 2012

Nabi saw bersabda:

”Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal ‘. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

Kali ni LIBL nak share apa yang Ust Hasrizal (http://saifulislam.com) share pasal fitnah Dajjal. 

Fitnah yang dimaksudkan adalah juga bencana yakni bencana yang menimpa umat Islam sekarang. Tidak semestinya bencana alam tetapi juga "Kekeliruan".. Kekeliruan antara yang benar dan yang batil. Maka dengan kekeliruan ini, umat islam menjadi semakin lemah dan lalai.

Contoh:




Watak dalam kartun teletubbies yang dikatakan mengiktiraf golongan aww.. Watak teletubbies lelaki memegang handbeg. Bagi kanak di neara kita ia merupakan satu kekeliruan dan akan membawa pengaruh kepada pembangunan minda kanak-kanak. Namun, siapa yang harus diperslahkan. Apakah kita mampu menolak segala mungkin drp barat?..

Ini lah yang dinamakan kekeliruan..

Asal pencitaan teletubbies adalah daripada negara barat. Maka tidak hairan bagi mereka menwujudkan watak ini sebagai pengitirafan mereka kepada golongan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Tran sexual).  

Kartun ini mendidik anak supaya respect LGBT!..

Tetapi bagi kita umat Islam.. LGBT mmg ternyata salah dari sisi agama. Tidak bagi negara barat.

Ini dinamakan menanamkan nilai2 murni namun terlarang disisi agama..

Bagi LIBL..  

Pandai2 lah memilih apa yang baik dan yang buruk untuk anak-anak. 

Jadikan surah al-kahf satu amalan.. 

Biskut Raya 2012

Tuesday, September 11, 2012



Ada berannn nak rasa?

Kalau masuk ICU bayaran adalah ditanggung sendiri..
Muahahhaha....

Note: Biskut raya play-doh yang natasha buat..


Bebeyy yang cute!


"Bebeyy" cara pronounce adalah "BearBear"..

Hahaha... Whateverlah kan..
I am happy to see their expression upon receiving this gift.. 

May Allah s.w.t bless them and turn out to be well educated with good islamic personality and practice..

Missing Yaya & Wiwin ...

There are adorable kiddos!..


Selamat Hari Raya!




Taqabbalallahu minna wa minkum... 

Selamat hari raya..?? ehh.. baru nak wish ker?.. Aci la.. Hari ni LIBL raya sbb dah abes puasa 6 hari..

Aci lah kan.. sbb LIBL busy dgn melawat makcik LIBL yg sakit di HKL dan menguruskan hantaran adik yang akan bertunang awal bulan 11 nanti serta kesibukan menghadapi bermacam- macam cabaran dan dugaan hidup. 

Alhamdulillah... Dalam pengakhiran sebuah kesedihan ada kegembiraan yang Allah s.w.t kurniakan. Sabar, berusaha, berdoa dan serahkan ketentuan kepada Allah s.w.t adalah
The Secret Key of Everything.

Bila LIBL nak bertunang ?? (sebelum org tanya meh LIBL bg taw.. )
InsyaAllah.. andai baik utk LIBL dan agamaku.. LIBL akan undergo 2nd surgery.. hujung tahun nanti. Niat LIBL.. adalah untuk kembali solat seperti biasa bukan duduk dikerusi selamanya. Dapat pergi ke baitullah dgn sihat walafiat. Moga Allah permudahkan recovery kali ni. Amin.. 

(Silalah amin kan..)

Hal2 yang berkaitan tunang, akad, kawen harus di KIV.
Ada jodoh tak ke mana kan... Malas nak berharap takut kecewa lagi.. HAHAHA..

Kawan2 tak payah la nak korek2 or me'mamarazikan LIBL yer... Ishk3.

Andai dia yg terbaik utk ku dan agama ku.. moga Allah s.w.t permudahkan segalanya. 
Doakan kaki ku cepat2 sembuh yer kawan-kawan.

LIBL practice jawab la ni.. confirm2 org tanya punya nanti.. adeiilahhhhhh..

Minggu minggu ni last syawal..  Marilah berpuasa 6 hari di bulan syawal. 


Minggu lepas LIBL puasa 4 hari bekerja.. Isnin tuh puasa separuh hari jer.. 
Tengah hari tu bukak puasa kat The Chicken Rice Shop.. Hahah.. Aperkahh??..
Ada orang ajak lunch kaedahnya.. surprise la konon... maka dengan rela bukak puasa lah kaedahnya. Orang belanja mmg sedap.. lagi-lagi yang belanja itu adalah Incik Architect. 
Nanti dtg visit site kat sini jangan lupa ajak LIBL lunch lagi.. hahahaha..

.... harap Incik Architect x jumpa blog saya ni..... Agagaggaga!!

Hadramawt

Monday, July 30, 2012

Ni pulak Hadramawt.. moden sikit drp Wadi Hadramawt. Tapi I like Wadi better kot..
Buffet ramadhan katernyer.. 

Birthday threat to my best friend..

Location dkt Jln ampang gak but this one dekat Risda. 

Food limited Tapi MasyaAllah.. letak jer abes.. 
Korang semua ni melantak ker aper??

I bet kamben dia mmg sedap la..

Lamb Mandy..
Chai Tea..
Roti arab dia best..

Maher Zain pon mai sini..


















I hate bufet ramadhan...

People eating like a PIG..

LIBL jarang2 pergi buffet Ramadhan..
Dulu pergi gak kat Big Plate Shah Alam tp situasi dlm kawalan..
Yang ni.. Horror..

Tau tak mcm ayam dicampak dgn biji jagung..

Penat Q jer.. 

Kenyang mmg la.. tp no into arab food la. 
Next time cari buffet local food ja...

Ops.. LIBL dok dengan writer of political mag. Chinese.. 
Terpaksala kongsi tmpt terhad..

Mula2 control la uncle tu..
Nak balik baru kecoh citer itu ini..
He like Arab food since di UK.. humm..
Dia kata sana lagi better..

Wadi Hadralmawt : Yemenian Food

Dulu Yeman ni tak derlah semegah mana. Negara ni mengamalkan dasar tutup pintu drp kemodenan. Now dah berubah. Rakyat negara ni bersepah di merata dunia untuk belajar dan mencari rezeki. 

Negara ni tak ler semaju kita tp matawang sana ofkoz lbh drp kita. Serupa kita pergi Indonesia. Yeman berdekatan dgn Africa so arab2 sini more to afro-arab. Rabut mcm African tp berkulit cerah. 

Hadralmawt mmg terkenal tempat ni tp ibu negara dia adalah San'a. Ehh..cerita mcm LIBL pernah pergi kan... tak dulu ada buat research igt nak migrate dok sana. Muahahah...   Aigooo!!..

Arab Yeman better than syiria or turki sbb masih berpegang kuat tanpa modenisasi.. Bangunan-bangunan di sini sgt unik sehinggakan unesco listkan sbg world heritage.

Ada jugak student2 Mesia yang belajar di Yeman..
Nowadays, banyak pulak restoran orang Yeman di Mesia. One of them adalah Wadi Hadralmawt di Jln Ampang. Selalau dok tgk restoran ni esp bila stuck in jam.. 

One day ... kena try ni. Nak harap epgi Yeman tahkan bila.. kih3..

Some pica to enjoy.. No food pica.. Sorry..


Bangunan2 yang dikorek2 batu jadikan bangunan secantik ini..











Caught in Action!

Thursday, July 26, 2012

1st day berpuasa di kampung laman bersama family. Abang balik..Adik pon balik.. Full set. 
Malam tu punya banyak kereta di highway. Mujur tak jem. 

Esoknya dah puasa.. 

LIBL pon ala2 lupa..rasa2 nak ke dapur teguk air .. ehh hari ni puasa..

Ajak adik pegi beli barang and jalan-jalan. Ajak dak kecik yg x berapa nak kecik ni ikot..
Dia demand sepit rambut 2 set kat supermarket.

LIBL tanya bawak duit tak? Sapa nak bayar.. Terus tarik muka mintak belas ikhsan mak su dia pulak.. 

Muahahahaa..

Mak cik nak test jer.. 

Dah puas jalan2 di destinasi 1 & 2.. 
Bergegas ke destinasi ke 3..

LIBL tanya dak x berapa nak kecik..

Kuat lagi tak ni..??

KUATTT!!..

Ohoho..tadi kat supermarket mak cik kasi dia pilih nak beli apa buat bukak posa terus semangat!

Jomm!!

Destinasi ke 3 ..

DONE..

Dak tu melepek kat seat belakang tanpa kata..

Sampai umah 1.30pm kuar drp 11am..

Jam pukul 3.30pm..

Jeng..jeng..jeng..

kat dapur..

Haaa???.. Buat apa tu??

Caught in action..

 
Muka kantoi..
Dalam hati.. ni makcik & maksu punya pasal drag dia pi shopping. kan dah menggelupur kelaparan..

MakCik: Saper soh tido lambat.. Kan x larat bangun sahur.. Mmg la x larat posa.
Budak x baper kecik: MakSu ajak main game kat ipad.



Dak paling kecik ni mmg x posa..
Tido dalam keta.. Bangun2 terus on TV.. Wahh..Wahh..

Kalau dia tak suka dua-dua tangan dia, kibas.2.
Cumel... Suka ajuk.. 
Lagi nak kacoo...


Nota Kaki Cedera:

Entry ngantuk buat slide presentation..
Nampaknya Next next next akan ada entry ngantuk dan mengantuk.. hahah..

Air Terjun Pecah Batu, Trong, Perak

Sunday, July 15, 2012

Air Terjun Pecah Batu  adalah sungai yg terletak di kaki Gunung Bubu, dan memang sesuai untuk siapa2 yg memang suka melihat keindahan alam semulajadi flora dan fauna serta mandi-manda di air sungai yg jernih.

LIBL pon tak tahu akan kewujudan air terjun ni di Taiping melainkan Burmese Pool. Yang pentingnya air terjun sini FOC!..

Masih terpelihara flora & fauna cuma banyak batu bukan Trong. :)

Kahadiran kami berikutan aktiviti CSR gitu.. under Islamic club in my office. Tahun ni LIBL adalah mantan AJK setelah few years in a row. Kudos to AJK tahun ni yg bertukus lumus untuk program ni. 

LIBL & 3 new joiners eager to join. Nasib baik korang pakasa kan.. LIBL actually x confidence to go such place with my current condition. Tapi Alhamdulillah.. feel happy sbb dpt happy kan org lain. 

Maka, LIBL bertindak as photographer.. sampai Ust yg lead trip ni perli & rimas dgn shot2 aku yg berkali2. Muahahaha...

Rendam kaki pon bestt... ikan berenang2 celah jari.







Pose Rangka!
Sejuk sampai ke tulang..

 Durians.. Kampung..



Begitulah sambutan penduduk kampung Trong dengan kehadiran kami.
Moga kami semua dimurahkan rezeki agar dapat membantu insan-insan yang memerlukan.

Budget Travel

Wednesday, July 4, 2012




Ada antara kawan-kawan LIBL bertanya, berapa budget each time LIBL travel. ?

Hah.. Ini jawapannya..

Saya adalah traveler.. so saya tak expect something classy and high standard. Semua itu adalah pilihan dan bergantung kepada kesesuaian. 

Bagi LIBL, jalan-jalan as a traveler lagi best kerana kita explore sendiri tempat tu like a local people. LIBL suka mendekati masyarakat ditempat itu sendiri. Melihat dan merasa sendiri cara kehidupan mereka. Lihat dengan mata hati.. Kita akan rasakan betapa nikmatnya hidup ini.. Ambil pengajaran untuk mejadi insan yang lebih baik.. 

Jauh perjalanan, luas permandangan.. 

LIBL setuju dengan pepatah ini.. sekali sekali amat perlu untuk kita lihat keadaan di negara orang. Dengan pengalaman kita akan lebih bijak dalam membuat keputusan. 

Bagi LIBL, no need to spend do much on ticket. Kalau ada offer murah why not GRAB IT!..
MAS or AirAsia for me no issue.. Tak ada yang perlu dibanggakan.. 

Smart people spend their money wisely.. 

Dapat tiket murah boleh spend to other place pulak kan?.. Or.. may be saving to buy property...

Bila tiket murah?

1. Ketika Raya Puasa.
2. Lepas Raya.
3. Weekdays.

Bila tiket mahal?
1. Weekend.
2. Cuti Sekolah.

Selalunya AA akan adakan big sale once a year.. so kena sediakan budget awal-awal.

Bila traffic AA ok ketika sale?

Drp experience..
1. Lunch Time..
2. 3pm onwards or ketika subuh. :)

Ni pulak haga2 tiket yg LIBL pernah beli..


Tiket ke Bandung awal tahun ni.. Feb 2012.


Tiket to Krabi 2011


Padang, Indonesia.

Sabah

Tawau.. for 3 person..
Dalam RM 150 kot klw tak silap KK-Tawau..
AirAsia jugak.. masa tuh AA baru pegi Tawau..


Next Destination 
local jer..


Haippp.. kaki??..

Kih3.. Nikmat taw dpt berjalan walaupun sakit..
Yer la drp pakai crutches kan?..

One of my good fren masa study kat UM is getting married soon in December.
Dah lama dah plan nak pegi..tak jadi2 tiba-tiba injured..

Atas permintaan my fren jugak..
So this time I decide to GO!..

Tak per.. kawan LIBL ni doctor..
Doctor betul bukan doktor PHD..  keje kat sepital KB..

Rasa selamat kot jalan-jalan dgn doctor.. ayah & kakak dia pon doctor..
lagi la selamat.. hihihi..

"Banyak la ko LIBL" <-- kata Doktor Singa.. @DrIzat.

MuAHAhahahaa...

EheMMMmmm...

before my 2nd Operation..
before am back on crutches.. ;(
before she has big commitment.. 

there u go..



The Bachelorettes party..
(Verangaaann...Well.. Nana.. Kami memang suka verangan & buat lawak modesto's..)


Glupp..x sabar nak pergi..
I wish Nana dpt pergi tapi tak pa lah Nana..
Dengar cakap husband ehh... 

Be a good wife and mother...
InsyaAllah nanti boleh naik belon!..

Nota Kaki sakit: Semalam SMS hari ni Saibah reply Yeay!.. 
Ini menjadi terlebih excited.. :D