Di Bawah Lindungan Ka`Bah

Saturday, December 31, 2011




Filem Indonesia, hasil drp buku yg ditulis Abuya Hamka. Dikatakan filem termahal Indonesia. I do agree!.. Sangat best jalan cerita & gambarnya berlatar belakang zaman dahulu kala Padang, daerah minang di Sumatera Barat. LIBL dah pernah pergi padang end of year 2010. LIBL sangat kagum dengan design rumah tradisi minang. Cantikk!..


Filem ini mengisahkan sepasang kekasih yang jatuh cinta (Hamid dan Zainab) tetapi terpaksa berpisah kerana berasal daripada dua keluarga yang berbeza darjat. Ibu Hamid bekerja di rumah keluarga Zainab. Pertemuan demi pertemuan membuat keduanya saling jatuh cinta. Namun, kedudukan kewangan dibayangi hutang budi menyebabkan ibu Hamid melarang anaknya menaruh harapan memiliki Zainab. Mereka, bagaimanapun, berkongsi impian sama iaitu setiap manusia bebas mencintai dan dicintai.

Dugaan demi dugaan mendera keduanya. Hamid kemudian diusir dari kampung kerana dituduh secara tidak sopan menyentuh Zainab sedangkan anak dara itu akan dijodohkan orang tuanya dengan anak saudagar kaya.

Mereka tetap setia dengan janji untuk mempertahankan cinta. Hamid yang diusir dari kampungnya akhirnya mengembara hingga sampai ke Makkah dan menunaikan ibadat haji seperti yang diimpikannya manakala Zainab tetap menjaga dengan setia janjinya, untuk bernikah hanya dengan orang dicintai.

Ending yg sangat menyedihkan.. Hamid meninggal di depan Ka'bah setelah menerima warkah drp Zainab manakala Zainab meninggal sebaik saja menerima surat drp Hamid.


Something attract me:

Ada lagu Opick!... (Bila Opick nak dtg mesia lagi.. memang meremang bulu roma masa dlm konsert Opick.. verangan konsert Opick di Istana Budaya.. perghhh.. mesti mantap. Maher Zain pon klw kat IB lagi best.. nih kat Stadium Melawati ok ..ok la.. Macam poyo jer tgk bebudak nih bukak buku lirik sambil ikot nyanyi.. lbh kusyuk drp baca al-quran.. lama sudah x pegi IB.. 1st and last masa tgk Stephen Huges.. theater Puteri Gunung Ledang...la melalut pulak.. )

Filem ini menunjukkan betapa susahnya ketika itu nak menunaikan Haji di Makkah. Ramai yg karam diperjalanan. Itulah perjuangan suci.. Skrg nih, ada dhuwets.. go!..

LIBL x paham mcm Zainab & Hamid bila jumpa. Asyik2 gelak.. Kejap Zainab gelak.pastuh Hamid gelak. Tak paham apa kah brain connect yg menyebabkan boleh gelak2.

Aperpon.. cerita nih memang best!.. Google & dload..ada kot! =)

To much Indonesia Move lately.. :)
Next, karya terbaru Kang Abik.. Habiburrahman El Shirazy ..
"Cinta Suci Zahrana"


0 comments: