Kenapa wanita tidak digalakkan bermain futsal?

Wednesday, November 16, 2011


Lutut merupakan bahagian anggota badan yang paling unik. Ia hanya disokong oleh 5 ligament iaitu Lateral Collateral ligamant (LCL), Medial Collateral ligamant (MCL), Anterior Cruciate ligament (ACL) dan Posterior Cruciate ligament (ACL) yang membolehkan ia dilentur dengan fleksible. Oleh itu, berat badan yang berlebihan, kekurangan bendalir sinovia serta aktiviti yang aggresif akan mendatangkan kesan pada lutut anda!. Anda perlu ingat, ligament yang putus tidak akan sembuh melainkan pembedahan. Ini adalah kerana ligament yang putus akan terkulai dan jauh dari tulang menyebabkan ia sukar untuk pulih sendiri!.. Kecederaan lutut kadangkala juga menyebabakan kecederaan pada meniskus yang bertindak menyerap hentakan. Ada kajian menyatakan kecederaan yang melibatkan meniskus boleh mempercepatkan osteoarthritis!.

Bagi wanita yang gemar berfutsal, anda perlu berhati-hati kerana wanita lebih cenderung mengalami kecederaan pada ACL berbanding lelaki. Kajian ada menunjukkan bahawa perempuan adalah lebih berisiko untuk mendapat kecederaan ACL berbanding lelaki atas sebab-sebab tertentu. Terdapat perbezaan bentuk anatomi tulang dan sendi wanita dan lelaki dan perbezaan juga dalam kekuatan ligamen dan otot, koordinasi dan kontraksi otot. Bukan bermakna wanita tidak boleh bermain futsal tetapi perlu berhati-hati. Bagi saya, saya tidak akan bermain futsal lagi. Sakit selepas pembedahan & cabaran ketika physio amat sukar ditanggung. Bagi lelaki, ia mungkin biasa sahaja!.. Wanita lebih emosional dan sedikit takut berbanding lelaki!.. Itu adalah cabaran ketika sesi physio!..

Kecederaan pada ACL sering berlaku dan ia merupakan kecederaan yang biasa dikalangan athlete. Diluar negara, ia adalah common injury. Saya menyatakan demikian berdasarkan hasil pencarian dilaman web. Pelbagai rehabilitation technique ditawarkan, blog pengalaman operation dan juga tips-tips pemilihan graft untuk menggantikan ACL yang putus. ACL yang putus amat sukar untuk disambung semula kerana ia akan menjadi seperti tali kapal yang putus maka patela tendon, hamstring graf dan cadaver (donor) graft akan digunakan sebagai ganti. Dalam istilah perubatan dipanggil reconstuction. Dipendekkan sebagai recon.

Untuk kes saya, saya mengalami putus ACL dan MCL yang menebabkan saya perlukan pembedahan segera kerana saya tidak dapat berjalan. Lutut tidak lagi mampu memampung berat badan saya ini!.. Saya akan terus jatuh dan potensi untuk memutusan ligament jika cuba untuk berjalan.

Saya memilih patela tendon berdasarkan kepakaran doktor dan saya yakin ia merupakan pilihan terbaik walaupun diluar negara, mereka memilih kaedah terbaru iaitu hamstring graft. Ia dikatakan kurang sakit!.. Terus terang ada sedikit kerisauan disitu, namun kita serahkan kepada Allah s.w.t. Sudah tentunya ciptaan asal adalah lebih baik dari ciptaan manusia!.. Yang penting saya dapat berjalan semula dan melakukan aktiviti harian saya seperti biasa..syukur alhamdulillah!..

Tidak semua kecederaan ACL perlu dibedah. Anda masih boleh menjalani aktiviti harian anda tetapi anda mungkin terasa hilang imbangan!.. Anda masih boleh aktif bersukan tetapi anda mungkin akan terasa sesuatu tak kena pada lutut anda dan ia akan bengkak! Awas, sikap tidak peduli anda mungkin menyebakan kecederaan pada meniskus!..

Itu adalah tanda yang anda perlu berjumpa doktor. Saya hanya ingin ingatkan disini bahawa anda perlu ke hospital. Yer.. hospital bukan kelinik kerana kecederaan ligament hanya dapat dilihat menerusi MRI.

4 comments:

indahnyasisuria said...

saya x pernah berfutsal sbb malu la nk lari2 kejar bola dpn org esp guys *wink*

Mudd said...

so true yet too little too late for me.. haha.. my kakai sudah worn out oledi.... tett.. :) dats y.. saya dah gantung my kasut haha...thanks for the info tho..

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Mudd - I saw one lady..putus ligment kat bahu. Gold keeper futsal!..

Sudah2..sila gantung kasut!

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

indahnyasisura - baguslah so kurang risiko putus ACL..tp other sport pon boleh putus.. accident as well.. jatuh simple2 pon bleh...

Tp klw ditakdirkan, hadapilah dgn tenang..