Erti Sebuah Pengorbanan

Sunday, November 6, 2011

we're here on this Eid day, our hearts are full of pleasure
A day that brings the whole Ummah close together
We're gathered here to celebrate a moment we'll always treasure
We ask Allah to make our love last forever...

Eid Muabarak!!!

Raya Qurban tahun ini membawa 1001 erti pengorbanan pada LIBL. Pengorbanan seluruh ahli keluarga buat diri LIBL akan dikenang sampai bila2. Syahdu rasa hati bila terdengar takbir dah tahmid dari masjid berdekatan. Teringat ayah, adik & kakak dikampung. Tahun ini buat pertama kali LIBL & mak beraya di KL. Maka, my brother sekeluarga terpaksa batalkan niat nak balik kampung temankan kami disini.

Semuanya disebabkan keadaan LIBL yg x dapat berjalan secara normal. Crutches menjadi teman paling akrab. Bukan mudah berjalan menggunakan crutches tp dah terpaksa. The only choice I have walaupun kadang2 rasa takot setelah beberapa kali tergelincir. Mujur x ada apa2 yang berlaku. Sengal sikit jer!..

Hari selasa minggu depan cukup 14 hari lutut nih di operate. Dari hari ke hari sakit terasa berkurangan. Ada yang bertanya pada LIBL "How you cope with?". Frankly, susah nak cerita. Macam2 yang LIBL rasa. Kalau dulu LIBL boleh buat sendiri, sekarang kena mintak tlg mak amik kan.. pinggan, sudu. Ya Allah, sedih rasa. Tp apakan daya. LIBL rasa sangat tidak selesa untuk minta mak buatkan itu ini..masak..basuhkan baju.. sedangkan LIBL patut buatkan semua itu untuk mak. Mampukah aku nanti membalas jasamu?

Lagi tertekan bila kami sekeluarga terpaksa beraya berasingan. Beraya di KL sangat tak meriah. Adik berkeras nak balik.. Ayah ada hal majlis qurban perlu diuruskan sedangkan LIBL baru sehari keluar ward. Sakit2 lutut hari2 menyerang. Kaki ini tak mampu untuk berada didalam kereta selama 4 jam perjalanan!. 3-4 hari lepas keluar ward, hari2 LIBL nagis & pain killer tak pernah tinggal sbb sakit. Akhirnya, mak mengalah untuk tinggal jaga LIBL. Kesian mak.. bosan seminggu terkurung dalam rumah. Hari2 mak bangun malam solat sunnat dokan agar LIBL segera sembuh.

Tidak ku pinta jadi begini!.. tapi dah takdir Allah s.w.t. Walaupun masa doc info kata LIBL kena operation, LIBL terkebil2 atas katil dalam ward..LIBL kata dlm hati "Ya Allah, aku redah atas ujianMU andai ini yg terbaik untuk ku!" tapi kadang2 keadaan sekeliling menyebabkan LIBL tertekan dah lupa apa yg LIBL penah ungkapkan. Tipulah kalau LIBL tak fikir pasal kerja..duit..cuti.. bills.. Apa yg LIBL boleh buat?.. Hanya doa & yakin pada rezeki Allah s.w.t. Usaha apa yg mampu..

Kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita.. kadang2 kita berdoa mintak itu ini sedangkan ia mungkin bukanlah yg terbaik. Jadi LIBL selalu berdoa..berikan apa yg terbaik untukku!.. Hanya Allah s.w.t yg tahu apa yg terbaik. My fav quotes : "Hidup ini x ada yg kebetulan..semuanya dah ditentukan." Dengan berfikir mcm nih, kita akan berasa lebih tenang.

Dah ditakdirkan ligament ACL nak putus & MCL nak terkoyak ketika futsal match.. sedangkan LIBL dah puas berlari..panjat gunung bagai..nothing happened.

Satu ligament dah kena buang sebab dah putus..tak perlah. Sekurang-kurangnya ligament itu pernah digunakan untuk kebaikan. Ligament itu digunakan untuk megerakkan kaki in ke kuliah agama, masjid, rumah anak yatim dll. Last solat duha few days sblm putus. :(

Cerita pasal kerja... sakit2 pon LIBL terpaksa siapkan kerja. Disebabkan x dpt duduk lama..LIBL buat kerja sambil berbaring..Hah!..gigih kan. LIBL tahu bos dah rusing. Dah tanggungjawab.. LIBL pon stress nak siapkan dlm keadaan sakit. LIBL tahu, semua org busy sbb tuh LIBL gigih cuba siapkan sedaya yg boleh. Mungkin x sempurna tp itu yg terdaya. Ini adalah pengorbanan. Tp kan .. bos x visit LIBL or call tanya berita.

Adakah saya adalah robot untuk siapkan kerja dan berusaha mencapai terget kamu.. kalau saya sakit atau hampir mati biarkan saja kerana saya tidak lagi penting untuk kamu mencapai target kamu? .. sampai hati.. to digital may be! Btw, he is not muslim.. but where is yr humanity?..

Aku bekerja kerana tuhanku!..

Sehari sebelum raya qurban, pagi2 LIBL nampak mak menagis. Tak berani LIBL nak tegur. LIBL paham.. mak rusing. High blood pressure mak pon naik!.. Aduh!.. Mujur petang, my bro & family sampai..LIBL tgk mak ttb cergas. Sah!.. mak dah bosan. Rusing fikir macam2. LIBL suruh mak ikot my bro balik Ampang.. LIBL boleh jer tinggal sorang. Mula2 mak setuju tp ttb x jadi fikirkan LIBL tinggal sorang. Takperlah.. LIBL ikot.. kesian kat mak nanti sedih bila my bro balik!

Inilah kali ke 2 LIBL keluar rumah dengan crutches. Banyak mata memandang..aduh!. Perlukah tgk wajah perempuan yg terjengket2 nih!.. Kanak2 pulak berkumpul tengok LIBL macam ada pertunjukan sarkis! Geram pon ada!.

Kali nih, Alhamdulilah, kaki kanan dah boleh jejak sikit2. Doc kat awak boleh jejak sikit jer. Ok lah..drp kena lompat2..

Disebabkan rumah apartment, jauh sungguh perjalanan ke kereta. Sabo jerlah.. terasa sangat lambat.. Dulu cepat jer sekarang :(

Dah sampai kereta nak naik pulak horror.. my bro bru tukar kereta Volvo 4WD. Tinggi yammatsss!!.. Gigih lah nak naik... on the way LIBL kena letak kaki yg sakit diatas riba mak. Sudah beraksi ala2 spider woman dalam kereta. Umah my bro pulak x mesra OKU!.. Sabarlah LIBL.. ini pengorbanan. Tak sampai hati tgk mak bersedih. Sekurang2 nya esok pagi raya mak boleh pergi solat raya dgn my bro & sis in law.

Seronok tengok mak layan cucu no 2.. lega sikit tgk mak ceria semula...

Mak dah tidur..kepenatan melayan cucu 2 org... :)