TAG: JOM SENYUM SAMBIL HADIAHKAN AL-FATIHAH

Friday, September 30, 2011

Thank You..Terima Kasih (err..ada beZa ker?Ada!..Ejaan :P) to Azaref sbb TAG & hadiahkan LIBL alfatihah in his entry (HERE). Haihh..ada jugak orang sedekahkan AlFatihah..lega sikit rasa hati.


Hari nih LIBL diuji!!..sudah la terserempak dengan hamba Allah yang pernah kecewakan hati ini.. ditambah lagi kereta yang terkemek & tercalar tersangkut pembahagi jalan masa nak kuar lunch tadi. Semuanya akibat hati & pemikiran yang tak fokus & lori yang masuk simpang secara laju.. LIBL sudah salah budget sbb nak bagi space lori itu maka sangkutlah.. confirm kena ketuk sikit.. :(

Kalau tak terserempak dalam lift dengan Hamba Allah tuh mungkin x hilang focus.. Dua benda nih telah menjadi asbab kejadian. Haihh... Dalam hati timbul juga rasa menyesal.. kenapalah.. itulah.. inilah..Astaghfirullah hal adzim..Baiklah.. Pujuk hati dengan mengingat Allah s.w.t. Hidup ini dah ditentukan..x ada yang kebetulan.. kifarah untuk menghapuskan dosa2 saya!.. Lupakan pasal ujian di hari Jumaat ini..


Sedekah alfatihah bukan sahaja pada orang yang telah mati tapi juga pada orang yang masih hidup..

Tadi jer member tanya ..eh boleh ker sedekah alfatihah pada org yg hidup??.. (akibat LIBL tercakap kuat.. "Ada org sedekah alfatiah utk saya hari nih".. ) . Dulu LIBL pon x pernah tahu jugak dan agak pelik.

Masa sesi ESQ pak Aminul selalu mengajak bersama-sama membaca alfatihah each time kalau ada rakan2 yang menyambut hari lahir, pergi ke haji dan sebagainya. Bagi LIBL sedekah Alfatihah adalah paling mudah dan murah tp sangat berharga nilainya!..

Back to orgin of this TAG , kena Tag kawan2 blog yer.. Humm.. blog LIBL nih mana ada reader pon.. ahahah.. Camner neh!..

Oklah..cukupkan syarat I tag Nurman (gang mula2 keje nih), Afrezal (org kpg aku!) , Dieya (member MRSM), Catz and Leez (good blogger frens)

0 comments: