Jangan Biarkan Damai Ini Pergi...

Saturday, May 28, 2011


Chrisye - Damai BersamaMU


ku Termenung Di Bawah Mentari
Di Antara Megahnya Alam Ini
Menikmati Indahnya Kasih-Mu
Kurasakan Damainya Hatiku

Sabda-Mu Bagai Air Yang Mengalir
Basahi Panas Terik Di Hatiku
Menerangi Semua Jalanku
Kurasakan Tenteramnya Hatiku

Reff;
Jangan Biarkan Damai Ini Pergi
Jangan Biarkan Semuanya Berlalu
Hanya Pada-Mu Tuhan
Tempatku Berteduh
Dari Semua Kepalsuan Dunia

Bila Ku Jauh Dari Diri-Mu
Akan Kutempuh Semua Perjalanan
Agar Selalu Ada Dekat-Mu
Biar Kurasakan Lembutnya Kasih-Mu


Alhamdulillah... walaupun mengantuk. LIBL nak jugak update blog nih hari ini.. nak luahkan satu perasaan yg damai dari hati ini. Aper pon syukur kena diberikan peluang untuk hidup. LIBL baru selesai menjalani training ESQ-MCB. Kesan dan rasa kebahagiaan yang teramat sangat.. Training selama dua hari sangat2 menginsafkan dan menaikan semangat LIBL untuk terus melangkah pasti.

LIBL yg baru2 ini diuji sehingga LIBL merasakan dugaan ini amat payah..hingga LIBL jatuh terduduk. Satu tamparan hebat dalam hidup LIBL. Ku ingatkan bahagia rupanya derita. Walaupun perit, the way LIBL handle the issue much2 different like before. May be more matured. LIBL perasan angel tp hakikatnya ia memakan hati sendiri. Hanya Tuhan yang tahu..

Mujur ada training ESQ tahap 2 iaitu MCB. Training yg menyedarkan sesuatu yang tersirat dan tersurat mengenai ujian dan cabaran hidup. Kita sebagai hamba Allah..pastinya akan diuji. Tapi disebalik ujian itu ada kemanisan. ya kemanisan...sound crazy kan?.. tp LIBL rasakan ia sekarang.

Yakin, setiap yang berlaku telahpun direncanakan..telah ditakdirkan dan mempunyai sebab. I mention this to him. Bila LIBL Q&A balik .. i shd say..i do it well. Moga dia sedar siapa diri LIBL yg sebenar.. LIBL punya visi & misi. LIBL tak mudah dipermaikan dengan kepalsuan dunia lagi. Amin. Semoga kedamaian ini berkekalan...

Alhamdulillah... LIBL telah pertemukan hikmah disebalik pertemuan dan perpisahan. LIBL bersyukur sangat.. Saya bukan yang terbaik buat awak dan awak bukan yang terbaik buat saya. Dia yang layak untuk awak. Hari ini saya menambah 10% bagi mencukupkan 100% maafkan awak dengan sepenuh hati saya... Saya mahu megikut jejak Rasullah yang pemaaf. Leganya hati saya dgn memaafkan awak..wp pada mulanya terasa sangat perit.

Hari ini saya rasa bahagia dgn perpisahan itu..kerana saya yakin ada yg dpt menerima saya dan support kerjaya saya kerana aku berkerja kerana tuhanku!..Saya ada visi dan misi hidup yang jelas. Awak bukan matlamat hidup saya!..

Sudahlah, JANGAN tangisi apa yang bukan milik kita. Kerana itu memang bukan yang terbaik untuk kita. BERSYUKURlah kerana dia tidak menjadi milik kita kerana memang mmg tidak layak untuk kita. Yakinlah apa yg dipilihkan ALLAH untuk menjadi milik kita itu lah yg terindah, terbaik dan sesuai. Biarkan DIA yg mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..♥

Hari ini saya faham maksud perumpamaan diatas..Hidup ini telah dirancangkan..saya bersujud syukur kerana diberi peluang merasai kemanisan hidup. Moga kawan2 yang dilanda badai dalam kehidupan namun masih belum ketemukan kebahagian malah sering menambah kedukaan, kecerderaan hati dan perasaan akhirnya juga akan menemukan apa yang saya rasakan kini.. Amin.


Sound like ANGEL kan?...
Terpulang pada penafsiran anda... no harm!..

0 comments: