Antara Kerjaya dan Keluarga

Thursday, January 6, 2011


Kerjaya Vs. Keluarga merupakan satu topic yang agak menarik minat para wanita berkerjaya. Ia bukan la satu topic baru namun ia masih hebat dibualkan. Zaman telah berubah, perubahan bukan sahaja drp segi kerjaya seorang wanita tetapi juga perkembangan kanak-kanak itu sendiri.

LIBL bukan la pandai dalam hal ni tp sengaja ingin menulis berdasarkan pemerhatian LIBL di tempat kerja dan pandangan LIBL sendiri. sebagai wanita bekerjaya, satu masalah adalah tersepit antara kehendak diri untuk success dalam kerjaya dan keluarga. Sudah hakikat berkelurga perlukan pengorbanan tp kerjaya juga memerlukan pengorbanan. Ini nak dikejar itu nak dikejar..akhirnya yang dikendong berciciran yang dikejar tak kesampaian.

Kenapa LIBL kata kerjaya itu penting?
Pertama, kerja sbb duit. Sapa kata duit itu tak penting?. Berapa ramai rumahtangga hancur kerana duit? Bukan la nak suruh jadi kaya raya tapi penting untuk mejadi kaya. Kenapa?. Dengan menjadi kaya kita dapat menderma dengan lebih banyak dan membuat lebih amal kebaikan. Tanpa duit, boleh kah kita nak bantu anak2 yatim, ibu tunggal dan lain2 kalau sendiri pon kekeringan duit poket tembus.

Andai suami kamu kaya raya?. Suami kaya.. sang isteri tak perlu kerja. Baguskan??.. Fairy Tales marriage!.

gi LIBL, kalau suami kaya pon saya tetap nak kerja. Kenapa? Kerana ilmu yang tidak disebarkan itu rugi. Penat saya belajar tinggi-tinggi at least saya boleh sumbangkan utk kemajuan masyarakat bukan sahaja keluarga saya sendiri. Itu rugi!

Kedua, ada duit sendiri. Part nih mesti si suami tepuk tangan. Dah ada duit sendiri, ringanlah beban suami. Si isteri pon boleh la nak leisure2 dengan duit sendiri. Pegi shopping, vacation dan pegi spa saloon. In case, terjadi penceraian, si isteri takderla terkapai2 no money!
Oh yerr.. ada duit bulan2 boleh la kasi mak oyah yang telah invest banyakkkk..

Ketiga, bukti kepada dunia. Dunia pekerjaan koporat sawasta sangat lah mencabar. Cari sendiri kaum mana yang memonopoli agensi sawasta. LIBL bukan la races tp lihatlah dunia. Kaum sendiri lebih kepada ketuanan, politik dan kekuasaan tp sedar atau tidak hakikat peluang pekerjaan di agensi swasta. Tahu tak betapa susahnya kami nak survie?. Silap langkah terus tertindas. Bukan semua orang mampu berdiri disini terutamanya wanita muslimah. Banyak persepsi dan ketidakpercayaan kepada kredabiliti wanita muslimah hanya kerana menjalankan tuntutan syarak. LIBL sendiri menerima comment berikut:
  • U tak rock la bertudung..
  • Sure or not she can do work?
  • Sure arr this solution?
Nahh.. inilah dia cabaran..mampu tak buktikan? LIBL sendiri gerun tuntuk membayangkan apa akan jadi 10 tahun akan datang. Mampukah wanita muslimah berdiri ditengah2 bangsa lain. Satu Malaysia hanya pada slogan. Soalan cepu emas, anda betul2 faham budaya sesuatu kaum?. LIBL pernah dilontarkan pertanyaan:

Kenapa u all kena puasa sebelum raya?
Apa ada dalam surau? Ada sofa ker? Ada TV ker?

Betapa ceteknya pemahaman agama antara kaum. Lahir dibumi yang sama tapi berada di planet yang berbeza. Cerita pasal 1 Malaysia.. kenapa tidak jadikan pelajaran Bahasa Cina, Tamil & Melayu WAJIB disekolah. Kan senang.. U kutuk i..i paham.. U complain I paham.. U meeting cakap cina pon I boleh paham. Takder la jadi tunggul bernyawa. Again, I blame myself for not understanding bahasa cina. =P

Back to the topic, Kerjaya sangat penting kerana kita hidup bukan utk diri sediri tp untuk keluarga, negara & masyarakat. Keluarga mmg penting.. LIBL tak nafikan. Mungkikah LIBL punya pandangan berat sebelah sbb LIBL belum kawin?.. HAHAHA.. Ini pandangan LIBL lah.. Harap2 dapatla suami yang paham kenapa LIBL gigh bekerja dan boleh bertolak ansur.

Mungkin tak semua lelaki boleh menerima pandangan LIBL ini. Bini kerja sampai malam..takot anak pinak terabai. Mertua pon takot nak jadikan menantu risau nanti anak lelakinya terabai makan minum. Biar gaji kecik asal hati bahagia belum dapat LIBL terima..

Akhir kata, untuk berjaya kerjaya & keluarga wanita perlu ada persiapkan diri dengan ilmu. Imu mengurus, ilmu physiology dan apa2 yang berkaitan. Mohon doa agar dipermudahkan segala. Amin.

3 comments:

dieya said...

thumbs up for this entry! i totally agree on the dilema minah tudung.. memang susah nak survive the corporate world bila pakai tudung. macam2 cabaran. sabar je laa.

Benedict Bernard said...

wah lama tak menulis needa..

Dilla said...

I'd say it depends how wise one can manage their time. Yes, there'll be compromise here and there but it should not affect the end product quality.