PataH...

Saturday, January 22, 2011


Patah terus..

Katil patah.. dulu katil makcik Nenas patah masa kenduri kawen..than katil Makcik Diana patah masa akad nikah (yg nih confirm bukan sebab LIBL sbb LIBL keje).. hari nih katil LIBL pulak patah.. harapnyer takderla lagi insiden katil patah dihari perkahwinan. HAHHA.. Ingat tuh korangggg... beli katil yg ada kualiti yer.. ramai2 kwn serbu nak amik gambar ttb rappp.. patah.. maluuu ooo..

Crack...


oK.. Sebelum org lain ckp... baik LIBL cakap.. katil murah mmg mcm nih. Muahahahaha..kejadian berlaku sbb LIBL nak togok cerita Setem kat my own room.. sambil on oovoo dgn org jauh DIMATA dekat dihati 'ewahh!.'... Tah mcm mana terlampau best sgt nak tgok setem & borak dgn org jauh itu LIBL menhempaskan vontot atas katil and tiba2 ada bunyi 'krek'. Tilam mcm jatuh kebawah siket.. er.. bila tgk.. rupanya patah penahan bwah uth.. 2 btg plak tuh..


Dipendekkan cerita, org jauh soh beli kayu kat kedai hardware.. oo..ada ehh. OK.. esk lepas balik drp merayau di jalan masjid india.. tukar RM ke Rupiah lagi.. hehehe.. LIBL singgah kedai hware. TQ hmate kerana sanggup driver & angkat kayu. Apek tolong potong kayu..nasib baikk..oo..

see..see.. der support..mana la tak crack

Maka bermulalah sesi ketuk2 dan memaku. Tiba2 rasa macam BOB THE BUILDER pulak.. Dengan skill yg ada ..hiyakk..dah siappp...

Kasi support sikit.. apa la..

Done!

Shape Workshop: Fitness & Express beauty by Bobby Brown.

Monday, January 17, 2011




Anyone know Shape magazine?.. Those who read MensHealth mesti tau opposite to it. Shape Mag nih ada version by country. If US punya mahal sikit but this one Malaysia punya version. I have been a follower of this mag since the 1st issue. Compare to Majalah Rapi, I prefer Shape sbb it is in English of course. Contents up to my expected level. For example, healthy food dalam majalah Rapi mcm copy drp eng mag. I wonder tak der ker local asian menu yg healthy?. Cover mag kat rapi yg agak questionable betul ker serious in fitness? May be Shape mag has it own Shape Run..workshop..and so on. Of I prefer Shape to guide me back in Shape. Hahaha.. *serious!



This month I got an opportunity to join one of the workshop. Punya la excited. I tot dapat one plate bobby brown each tp rupanya selected participant jer. * sad. Tapi I dapat stock shampo 3 bulan. Katanya for asian hair. Hahaha.. Btw, all of us dpt trial pack and 10 min express makeup class. New to me coz I dont like to make up and actually I donno how to apply make up... Hahhah.. * evil laugh. I have learn new thing.. Seriously.. expensive makeup return good result. Dah mula x nak pandang makeup biasa2..HAHAHA.. Gigh nak kumpol duit beli makeup plak. Kah3. Well..we are ladies mmg love to look gorgeous walaupun hakikatnya tak gorgeous. Kah3.






The most important, I dapat new friends.... :)

Friends come and go...coz people change due to the surrounding and also commitment. Loosing one get new one. Attending this event, I got few new friend with same interest of course!..



Okay.. I dah put on weight after busyness year end 2010.. Energizer night Race 2011.. @Sepang.. on april 2011. BUT too far lah.. nak join ke tak..nak ker tak.... =(





Antara Kerjaya dan Keluarga

Thursday, January 6, 2011


Kerjaya Vs. Keluarga merupakan satu topic yang agak menarik minat para wanita berkerjaya. Ia bukan la satu topic baru namun ia masih hebat dibualkan. Zaman telah berubah, perubahan bukan sahaja drp segi kerjaya seorang wanita tetapi juga perkembangan kanak-kanak itu sendiri.

LIBL bukan la pandai dalam hal ni tp sengaja ingin menulis berdasarkan pemerhatian LIBL di tempat kerja dan pandangan LIBL sendiri. sebagai wanita bekerjaya, satu masalah adalah tersepit antara kehendak diri untuk success dalam kerjaya dan keluarga. Sudah hakikat berkelurga perlukan pengorbanan tp kerjaya juga memerlukan pengorbanan. Ini nak dikejar itu nak dikejar..akhirnya yang dikendong berciciran yang dikejar tak kesampaian.

Kenapa LIBL kata kerjaya itu penting?
Pertama, kerja sbb duit. Sapa kata duit itu tak penting?. Berapa ramai rumahtangga hancur kerana duit? Bukan la nak suruh jadi kaya raya tapi penting untuk mejadi kaya. Kenapa?. Dengan menjadi kaya kita dapat menderma dengan lebih banyak dan membuat lebih amal kebaikan. Tanpa duit, boleh kah kita nak bantu anak2 yatim, ibu tunggal dan lain2 kalau sendiri pon kekeringan duit poket tembus.

Andai suami kamu kaya raya?. Suami kaya.. sang isteri tak perlu kerja. Baguskan??.. Fairy Tales marriage!.

gi LIBL, kalau suami kaya pon saya tetap nak kerja. Kenapa? Kerana ilmu yang tidak disebarkan itu rugi. Penat saya belajar tinggi-tinggi at least saya boleh sumbangkan utk kemajuan masyarakat bukan sahaja keluarga saya sendiri. Itu rugi!

Kedua, ada duit sendiri. Part nih mesti si suami tepuk tangan. Dah ada duit sendiri, ringanlah beban suami. Si isteri pon boleh la nak leisure2 dengan duit sendiri. Pegi shopping, vacation dan pegi spa saloon. In case, terjadi penceraian, si isteri takderla terkapai2 no money!
Oh yerr.. ada duit bulan2 boleh la kasi mak oyah yang telah invest banyakkkk..

Ketiga, bukti kepada dunia. Dunia pekerjaan koporat sawasta sangat lah mencabar. Cari sendiri kaum mana yang memonopoli agensi sawasta. LIBL bukan la races tp lihatlah dunia. Kaum sendiri lebih kepada ketuanan, politik dan kekuasaan tp sedar atau tidak hakikat peluang pekerjaan di agensi swasta. Tahu tak betapa susahnya kami nak survie?. Silap langkah terus tertindas. Bukan semua orang mampu berdiri disini terutamanya wanita muslimah. Banyak persepsi dan ketidakpercayaan kepada kredabiliti wanita muslimah hanya kerana menjalankan tuntutan syarak. LIBL sendiri menerima comment berikut:
  • U tak rock la bertudung..
  • Sure or not she can do work?
  • Sure arr this solution?
Nahh.. inilah dia cabaran..mampu tak buktikan? LIBL sendiri gerun tuntuk membayangkan apa akan jadi 10 tahun akan datang. Mampukah wanita muslimah berdiri ditengah2 bangsa lain. Satu Malaysia hanya pada slogan. Soalan cepu emas, anda betul2 faham budaya sesuatu kaum?. LIBL pernah dilontarkan pertanyaan:

Kenapa u all kena puasa sebelum raya?
Apa ada dalam surau? Ada sofa ker? Ada TV ker?

Betapa ceteknya pemahaman agama antara kaum. Lahir dibumi yang sama tapi berada di planet yang berbeza. Cerita pasal 1 Malaysia.. kenapa tidak jadikan pelajaran Bahasa Cina, Tamil & Melayu WAJIB disekolah. Kan senang.. U kutuk i..i paham.. U complain I paham.. U meeting cakap cina pon I boleh paham. Takder la jadi tunggul bernyawa. Again, I blame myself for not understanding bahasa cina. =P

Back to the topic, Kerjaya sangat penting kerana kita hidup bukan utk diri sediri tp untuk keluarga, negara & masyarakat. Keluarga mmg penting.. LIBL tak nafikan. Mungkikah LIBL punya pandangan berat sebelah sbb LIBL belum kawin?.. HAHAHA.. Ini pandangan LIBL lah.. Harap2 dapatla suami yang paham kenapa LIBL gigh bekerja dan boleh bertolak ansur.

Mungkin tak semua lelaki boleh menerima pandangan LIBL ini. Bini kerja sampai malam..takot anak pinak terabai. Mertua pon takot nak jadikan menantu risau nanti anak lelakinya terabai makan minum. Biar gaji kecik asal hati bahagia belum dapat LIBL terima..

Akhir kata, untuk berjaya kerjaya & keluarga wanita perlu ada persiapkan diri dengan ilmu. Imu mengurus, ilmu physiology dan apa2 yang berkaitan. Mohon doa agar dipermudahkan segala. Amin.