Timang - Timang Banjar Popia

Tuesday, August 31, 2010

Apa uniknya pada popia ini..yer??...nama popia nih..timang-timang popia Banjar. Aper tuh banjar?

Banjar merupakan satu etnik yang berasal daripada kalimantan. Mengkut incik Wiki.. Orang Banjar merupakan suku peribumi bagi sebahagian besar wilayah Kalimantan Selatan. Mereka menggunakan bahasa Banjar, yang pada asasnya adalah bahasa Melayu.

Pak cik nih bersurah banjar pekat..
Aku kada paham semua..Ikam? :P


Nama Banjar diperolehi dari Kesultanan Banjarmasin atau dipendekkan menjadi Banjar, bertepatan dengan nama ibukota pada mula berdirinya. Suku Banjar yang tinggal di Sumatera dan Malaysia merupakan anak cucu dari para penghijrah etnik Banjar yang datang dalam tiga gelombang migrasi besar.

Pertama, pada tahun 1780 terjadi penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ketika itu adalah para penyokong Pangeran Amir yang kalah dalam perang saudara Kerajaan Banjar, iaitu Pangeran Tahmidullah. Mereka terpaksa melarikan diri dari wilayah Kerajaan Banjar kerana sebagai musuh politik mereka sudah dijatuhkan hukuman mati.

Murtabak kuchai & pisang

Kedua, pada tahun 1862 terjadi lagi penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ialah para pendukung Pangeran Antasari dalam kemelut Perang Banjar. Mereka terpaksa melarikan diri dari pusat pemerintahan Kerajaan Banjar di kota Martapura atas alasan yang sama. Pasukan Residen Belanda yang menjadi musuh mereka dalam Perang Banjar yang sudah menguasai kota-kota besar di wilayah Kerajaan Banjar.

Ketiga, pada tahun 1905 etnik Banjar kembali melakukan penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Kali ini mereka terpaksa melakukannya kerana Sultan Muhammad Seman yang menjadi Raja di Kerajaan Banjar ketika itu mati syahid di tangan Belanda.

Mungkinkah LIBL mempunyai darah keturunan Sultan Muhamand Seman??.. No comment kerana tiada bukti yang jelas. Tapi mengikut cerita sedara yang tua2.. onyang LIBL melarikan diri kerana ingin dilantik menjadi sultan, berlakunya perang saudara dan ketika itu juga kesultanan Banjarmasin diserang Belanda. Onyang berjaya mendarat di Kedah Darul Aman.

Kuih Tepung Torak

Ikot Incik Wiki ada betulanya.. Masa orang2 tua cerita LIBL membuat kesimpulan..inilah kerutunan raja yang diguling. (Hiks...). Cuba bayangkan kalau LIBL masih lagi di Banjarmasain dan menjadi puteri banjarmasin...wakakaka.. (sila muntah..!!). LIBL sudah jauh drp budaya banjar.. cakap pon x pandai..paham sikit2 jer. Tiba-tiba LIBL terasa ingin menjejak sejarah susur galur keturunan.

Ok..back to the story. Tak der aper pon kelainan pasal popia nih melainkan nama dan pembuat popia nih yg berasal drp keturunan banjar. Lokasi penjual adalah di bazar ramadhan pekan Batu Lima, Jalan Baharu, Parit Buntar, Perak. Mostly kuih2 yang dijual disini adalah kuih tradisi kaum banjar seperti tepung torak, kalakatar, murtabak pisang & kuchai dan wadai kipeng. Harga pon murah2.. Kalau anda ke pekan Parit Buntar, kuih2 ini tak akan ditemui di bazar ramadhan termasuk di Bandar Baharu, Kedah. Hanya di bazar Batu Lima. Inilah uniknya Bazar ramadhan di sini.

5 comments:

My New Life Begin.. Be a good Wife, daugther , Eldest sister and Future Moms.. said...

hahaha.. bestlah citer ko needa.. tiba2 ko tukar profesion plak dr buat research IT ke research sejarah. ko search susur galur keturunan ko..mesti ko salah satu keturunan Sultan yang melarikan diri, hihi.. hubby aku pon org jawa yg melarikan diri ke medan sumatera..ngee..kalau gitu kg asal usul onyang ko dekat je dgn sabah/sarawak. sekali sekala cuti2 malaysia lah kat kalimantan. hihi.

Benedict Bernard said...

haha.. citer sejarah ke needa..

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

eizan - hahaha..kan. Buhsan ahh IT..boleh??..

Kalimantan..aku x pernah pegi..best ker?..hikss..

Ben - sejarah asal usul..

ilovekampungku said...

sedap tu..

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

haha..sedapp..mmg sedap @ilovekampungku..