Xpdc Mendaki Gunung Tok Wan

Saturday, July 10, 2010

Semalam, 10th July 2010 LIBL & sorang kawan telah berjaya menawan Gunung Tok Wan. Gunung nih terletak di Broga,Semenyeh. Sebenarnya gunung nih atas drp bukit Broga. So, kalau nak naik ke Gunung Tok Wan kena mendaki bukit Broga dulu.




Penanda puncak gunung tok wan

Apa ada atas puncak gunung Tok Wan?.. Tak ader aper pon..tak macam mandaki gunung2 lain yg boleh nampak keseluruhan kawasan dibawah gunung.. atas gunung Tok Wan ada pokok-pokok jer.. tapi bagi yg gemar mencari adventure & suka pada hutan, gunung tok wan hanyalah 1 day hike. Tak payah fikir nak bawak kemah segala bagai. Baju hujan mungkin penting.. nasib baik LIBL sempat turun sebelum hujan.


matahari terbit di puncak Broga

Ramai ker orang mendaki gunung tok wan?.. Tak ramai masa LIBL pergi yang ramai naik sampai Broga jer sebab peandangan drp bukit Broga sangat2 cantik. Kalau pic anda diambil secara curi2 itu adalah biasa. Ramai photographer2 datang membuat liputan.. :P


Ulat bulu hutan

Perjalan drp puncak Broga ke puncak gunung tok wan adalah dalam 2 jam bergantung kepada kelajuan dan keupayaan masing2. Cuma pada hari LIBL hiking, trek agak becak dan tanah lembik. LIBL & kawan dah beberapa kali tergelungsur & jatuh terduduk akibat trek yg licin. So, baju, beg dan seluar confirm akan terpalit tanah. Perjalanan ke pucak tok wan adalah amat sunyi..boleh dikatakan sepanjang perjalanan hanya LIBL & fren jer. 2 org ladies yg gigh nak tawan gunung tok wan.. yeahh..girls power!


Tempat rehat atas puncak

Xpdc mendaki ini agak mencabar utk LIBL yg jarang-jarang mendaki. Penat mendaki Broga ditambah lagi dengan mendaki gunung tok wan. LIBL diberitahu oleh seorang kawan LIBL yg merupakan pendaki tegar bahawa trek ke Tok Wan landai & lebih senang drp mndaki Broga. Yer ..mmg diawal perjalanan trek adalah landai & sesekai kena melompat batang2 pokok yang tmbang. Tapi tiba2 kena turun..yer turun ke bawah mcm gaung.. dah turun naik..yer naik 70 darjah.. dengan tanah yg basah..payung, akar2 pokok, daun & btg pokok menjadi tempat berpaut. Tergelungsur..jatuh terduduk semua ada.


batu2 yg perlu dipanjat

Since, LIBL kat belakang my fren..klw dia dah jatuh kena la LIBL berhati-hati confirm nnt LIBL pulak yg jatuh.. itu tandanya trek dihadapan adalah licin. Sepanjang perjalanan, kami hanya bebekalkan gambar nih sebagai penanda arah.. mmg dah ada dan mungkin dibuat oleh pendaki sebelum kami.


Penanda arah

Sampai satu tahap tiada lagi kertas nih, maka ikatan merah putih nih sebagai penanda arah. Penting yer supaya tak sesaat.. Masa perjalanan balik, kwan LIBL dihadapan hampir tersasar arah..almaklumlah kepenatan..otak gagal berfungsi dgn betul..fikir nak cepat sampai..mujur LIBL tersedar & ada penanda arah..klw tak huhu.. ok. ini ptg yer bagi saper2 yg lead any hiking. Sesat ketua..sesat lah semua.

Setelah hampir 2 jam, kami pon sampai ke puncak gunung tok wan..pehh..penah yamatsss!!..
Rehat2 jap sambil menemuramah seorang adik lelaki from 5 yg nak bermalam di atas gunung sorang2.. kami pon bertolak turun. Perjalan turun as espected lagi mudah, kami berhenti rehat 2/3 kali sahaja berbanding perjalanan mendaki. Sampai dipuncak broga..semua orang dah balik..lengang..kosong. Kami terus turun ke puncak pertama broga dan berehat sambil makan sandwich .. minum air dan yougurt. Jam dah pukul 2 lbh. Memang lunch time..kepenatan menybabkan kami kehilangan selera makan. Sesedar pisang dah penyet akibat tekanan..biskut dah hancur lebur..begitulah payah struggle nak mendaki tok gunung tok wan.

Sampai ke kereta dalam pukul 3 ptg..terus balik Kajang. Bau badan dah mcm ikan darat.. mandi & tido.. Malam baru kuar makan.

Tips:
1. Bawak Baju Hujan
2. Lagi bagus kalau ada Walking Stick (Info)..kalau tak der amik jer btg pokok mana2 yg sesuai. Patikan ia dpt menampun berat anda. Klw tak der gak..bawak jer payung..ahaha..
3. Mulut jangan celupar dlm hutan.
4. Behati2 berpaut pada pokok atau akar. Dikuatiri ada duri, ulat bulu atau beracun.
5. Lagi bagus bawak 1st aid. Malang tak berbau.
6. Kasut yg berbunga.
7. Kalau trek licin atau kawn ada dah tergelincir disitu..cuba ikuti jalan lain yg masih belum dilalui. At least ada lagi daun2 yg mengurangkan posibbility utk tergelincir.
8. Ingat penanda arah.
9. Sedikit ilmu megenai hutan..suvivor.
10. Bekalan air secukupnya. 100 plus better. Food..at least biskut or power bar.
11. Bag pack yg selesa. Lagi bagus kalau ada yg cover kalis air.

That's all.. Next.. Jacob Walk of Life & Shape Run 2010..

4 comments:

Willie a.k.a Reptoz said...

wAH... aktiviti macam ni ler kegemaran haku.

DrSinga said...

Nek Wan...
ada...?
.
:)
.
.
korang nak manjat gunung mana lak lepas ni...??
:)

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Willie.. hehhe.. Sarawak bnyk hutan..lagi best..

Dr Singa - Ahaha.. Nek Wan x der.. Gunung Datuk ada..

gunung bantal jer lah ... skit badan sudah..

NenekPenne said...

mujur akak tak hikut..kalau tak, nanges...

eeh eeh..berani pulak budak form 5 tu nak overnite kat gunung tu sorang2.. kalau akak?? kem salam ler....