Bukit Melawati, Kuala Selangor + Tanjong Karang + Pantai Remis

Tuesday, May 18, 2010

Berjalan ke tempat baru adalah perkara yg menarik dalam hidup LIBL. Biarpun dah lama tinggal di Lembah Kelang, namun banyak lagi tempat-tempat yg LIBL belum jejak. Entah kenapa tahun 2010 ini LIBL ada banyak aktiviti jalan - jalan, panjat memanjat, lari berlari. Adakah LIBL sedang balas dendam akibat bertahun berhempas pulas demi segulung ijazah lanjutan atau sengaja mencari sesuatu yg memberikan kebahagiaan bagi menutup kesedihan yg tak terucap.


Hujung minggu lepas, LIBL dan kawan2 telah mengexplore jalan untuk ke Tanjong Karang. Buat ape ker T.Karang?. Ada sejarah dan salahsilah saudara mara LIBL yg telah lama terpisah disitu. Misi kali ini adalah jalan2 tengok jalan. InsyaAllah bulan July nanti LIBL akan bawa perents untuk menjejak kasih.

Kami bertolak drp S.Alam pada pukul 8 pagi..amik kawan kat HTAR (penunjuk jalan) dan bertolak ke T.Karang melalui jalan Kapar. Sampai di Kuala Selanggor, kami singgah di Bukit Melawati. Bukit yg tak lah seberapa tapi cantik dan penuh sejarah. Monyet spesis yg tak dapat LIBL kenal pasti tp monyet2 nih jinak dan berwarna hitam kelabu. Makanan monyet dijual dgn harga RM1 & RM2. Ada kacang panjang, sayur dan dll. Disini, disediakan kemudahan trump yg diwarnakan macam kartun Thomas & Friend dengan bayaran RM3 termasuk lawatan ke akuarium.




Di puncak bukit ada muzium, Baitul Hilal (tempat tgok anak bulan) dan rumah api. Memandangkan tempat ini merupakan bekas tempat pertahanan (kubu) maka banyaklah kelihatan meriam2 lama dan kubur zaman perang. Perjalan menuruni bukit jugamenaiki trump, kami kemudian dibawa ke akuarium. Tgok2 ikan dan binatang2. LIBL teringat cerita mak LIBL, dulu org dtg Bukit Melawati nak gantung batu. HAHAH..macam-macam kepercayaaan org dulu2. Sekarang x der dah pon..kurafat.



Perjalan diteruskan ke Pekan T.Karang kemudian berpatah balik dan singgah di warung Ibu yang terkenal dengan Nasi Ambeng. Masuk JJCM ok!!..Sangat sedap Nasi Ambeng Ibu dan harga yang berpatutan.


Pit Stop ketiga kami adalah gerai buah-buahan tepi jalan untuk minum air kelapa muda. Sangat murah..RM 1.50 sebiji all size. LIBL dah sangat full & terpaksa bungkus bawa balik. Takot perot tersangkut kat stering...ahaks..LIBL ukur jauh lagi rupanya nak sampai stering except klw LIBL preggy..wakakaka..


Next, kami ke Pasar Pasir Penambang dgn hajat nak cari scallope. Unfortunately, tak der dah abes. Sesi memborong kerang, ketam, ikan & udang. LIBL dah sediakan box utk letak dlm kereta. Sangat murah.. kerang sekilo RM 1.50. Ketam bunga sekilo RM20. Confirm esok kami akan ada sesi masak. Next, perjalanan balik ditruskan. 2 org kawan dah selamat tido akibat kekenyangan. LIBL masih gigih drive balik dgn keadaan perut yg teramat full.

Sangat seronok drive wp 60kmph sambil menikmati keindahan kampung. Cantik rumah -rumah kpg. Ada yg masih dipelihara kekal cantik. Rasa mcm balik kpg pulak...


OTW, nampak sign board Pantai Remis..sekali terlepas simpang..alamak. Nampak bnyk pokok kelapa tinggi2..sure ada pantai yg best. LIBL nak pergi!!.

LIBL nampak masjid & singgah. Langsaikan hutang solat zohor dulu. Dah pukul 3 nanti terlepas pulak. Lagipon malas nak terkejar balik Kelang. LIBL inform kwn2 ttg pantai remis..Nak pegi tak?. Mereka sungguh xcited..maka jom patah balik..1 km jer. Dah sampai..wallah..cantikk. Okla kan x boleh banding dgn pantai2 lain kat Sabah or Tganu. Sesi mengambil gambar diteruskan dibawah terik matahari dan LIBL terpaksa berpayungan takot itam..ahaha. Kemudian sesi minum air laichee kang.. Adoii.. full!!..

Kat sini ada juga sea food..mentarang, siput sedut & belangkas pon ada. Serai, ikan kering, ikan masin pon ada..ikan gelama pekasam pon ada di jual. Pasir kat sini adalah kulit kerang yg putih bersih. Cantikk..

Itulah pit stop terakhir kami.. bertolak balik dalam pukul 4.30ptg. Hantar member balik HTAR dan balik ikot KESAS. Sungguh stress memandu di pekan Kelang yang sesak & padat.

Ahad, LIBL sibuk memasak & kemas rumah.. Weekend escapde!!..

10 comments:

Riezal aka Rezdrake said...

once in a while.. perlu pembalasan dendam lepas dah pulun.. study apa semua.. u earned it beb.. tak salah.. per..

pergh aku penah layan nasi ambang waktu berbuka dulu beli kat pasar ramadan depan masjid kinrara tu.. pergh memang kenyang..

abis laa training kauu.. hik hik hik

Willie a.k.a Reptoz said...

Wa...seronoknyer jenjalan. You close up dgn monkeys tu ker? tak garang ker monkeys tu? Takutnye....

dieya said...

huik takut aku tengok monyet tuh.. udahler itam.. matanya merah.. erkkk

tunbegia said...

sungguh rajin memasak,

salamm,

makcik rokiah said...

dah bole angkat dslr satu nih..huhuu

mrs redzuan said...

wahhhh....seronok tul berjalan2.

NenekPenne said...

apsal tak ikut guthrie hiway jer? tu lagi senang compared lalu ikut kapar meru bagai.......

harihari lalu situ dong....

DrSinga said...

gud idea for next weekend ni!!
thanks..
:)

DrSam said...

Bagus berjalan-jalan ketika ada kelapangan. Selain daripada itu, boleh juga menghilangkan stress. saya tak pernah sampai ke pantai remis, walaupun kalau diikut tak jauh mana pun dari rumah :)

蛋餅不加蔥Amber said...
This comment has been removed by a blog administrator.