Sebungkus milo 3 in 1 pengubat kebuluran??

Monday, April 12, 2010

Andainya aku kerja di international company mcm customer sekarang, jangan harapla ada kuliah2 nih wahal ilmu yg dititp masa belajar bukanlah banyak. Belajar kerana nak exam atau kena belajar. Satu keterpaksaan kan? Aku dapat rasakan pastinya jiwa aku kosong tanpa pengisian dan mungkin aku akan hanyut dan terus leka. Manusia kan mudah lupa?..


Sempat jugak aku menghadiri kuliah Ustaz Hasrizal walaupun 20 min terakhir kerana aku berada di customer site. Beliau merupakan penceramah yang tak asing lagi di dunia cyber. Senangkan, kalau tak tahu apa2 e-mail jer ustaz.

Aku bernasib baik kerana company aku kerja nih walaupun berbilang bangsa tp hal2 pembangunan insan amat dititik beratkan. Demi melahirkan pekerja yg cemerlang per mempunyai emotional and spiritual yg kuat. Bukan technical knowdedge semata-mata. Ini merupakan kali pertama hadir ke kuliah ustaz dan aku telah terlepas 2 kuliah dah. Semuanya gara2 kena kerja diluar. Dengan adanya kuliah, hubungan antara manager dan CFO semakin rapat. Nak kerja pon senang!..
Bos baik dgn kita kita pon suka hati nak bekerja. Ahh..team leader aku sekarang pon baik jugak. Bos pon baru naikkan gaji. Alhamdulillah. Walaupon gaji x segah kalau aku kerja international companya tp hati aku senang kat sini.

Alang2 dah jumpa ustaz face to face, terus aku tanya soalan yg aku e-mail. Bila aku cerita soalan itu, terus ustaz tersenyum dan katakan ini e-mail minggu lepas. Yer!! Betul ustaz. Aku pon tersengeh dan ustaz terus explain. Jelas dan padat. Nanti aku ceritakan. Bukan senang nak jelaskan sesuatu pada orang esp yg melibatkan hukum hakam. Silap2 aku boleh tersungkur dipintu syurga owhhh!! kerana menyebabkan pembaca blog aku yg x seberapa ini salah faham.



Kuliah kali ini ustaz ceritakan tentang
7 PERKARA YG KITA LUPA yang sepatutnye JANGAN DILUPAKAN..Allah, InsyaAllah,Permusuhan Syaitan,Kewajipan,Tujuan Hidup, Mati & Akhirat.

Aku masuk kuliah masa part tujuan hidup so part nih jer yg aku boleh cerita. Ustaz ksi cth, kalau suruh senaraikan tentang kepentingan pokok kelapa mesti macam2 kita tulis tp cuba senaraikan kepentingan kita hidup??.. Kita kena tahu matlamat kita hidup. Bukan nak kejar dunia semata2. Bila frust putus cinta mula la nak bunuh diri kerana kita rasakan hidup kita tidak lagi bermakna tanpa lelaki itu. Adakah dia matlamat hidup kerana lelaki itu kita nak binasakan diri sediri. Fikirkan?

Ingat mati..macam lagu wali band (aku tambah)..Semua orang bakal jenazah. Confirm.. Bakal Dato mungkin tak semua.
Ustaz ksi cth dulu cikgu tanya dah besar nak jadi apa?.

Jadi dokter..lepas tuh dah kerja nak kawen..kemudian nak ada anak..kemudian nak pencen..nak beli tanah buat banglow bela itik kat belakang rumah abiskan sisa2 hidup. Kita sedar atau tidak yg kita mungkin tidak melalui kesemuanya. Dengan megingati mati kita akan hargai apa yang kita lalui. Aku bersyukur kerana ada kerja dan mampu sara hidup sendiri dan juga dikelilingi oleh kawan2 yg baik hati.

Apabila kita ingat mati kita otometik akan ingat hari akhirat.

Disclaimer:

Sekadar perkongsian ilmu dan catatan utk diri sendiri sebab aku malas salin nota masa kuliah. Always lenggang kangkung masuk Auditorium.. :P

Tak guna pergi berpuluh-puluh kuliah jika tak mengamalkan ilmu yg dipelajar dan berkongsi ilmu dengan yang lain. Tak semua orang pergi kuliah baik2 dan perfect kerana mungkin dia sedang memperbaiki dirinya secara perlahan-lahan. Yang penting hidayah Allah padanya untuk menuntut ilmu. Yang pergi kuliah jangan pulak jangan nak bangga riak dan canang satu dunia yg dia pergi kuliah agama owhh!!.. wahal jasad jer dalam kuliah..kepala jiwa melayang tah ke mana. Aku pernah tertidur masa kuliah zohor dalam bulan puasa.. auditorium sejuk selimut dgn shawl kerusi empuk..best tido..kekekekekke...

Ok nak baca buku baru beli. Sila melawat rumah online ustaz Hasrizal: http://saifulislam.com/

3 comments:

Riezal aka Rezdrake said...

ermm dugaan laa tu.

Bagus entry kali ni.. sesekali mengingati mati.. isk.. banyak lagi ilmu agama lagi yang aku tak pelajari.. harap2 masih ada masa untuk belajar

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Riezal - apa erti hidup tanpa dugaan kan?

TQ sbb kata entry ni 'bagus'. Selalunya entry ini yg akan dapat comment yg paling sikit atau yilek.. :) Mungkin ada yg baca tanpa meninggalkan jejak..mcm aku x biasa buat..hhaha..

Aku suggest ko beli buku dlm entry nih.. Very the open mind!

Aku pon bnyk lagi kena belajar..Aku doakan ko dan diri aku sendiri sempat mencuri masa utk belajar ilmu2 agama didalam kekalutan kerja sebagai kuli2 IT.

Atikah said...

Salam LIBL,
bagus entri nie... peringatan buat buat diri... kadang kita nie nak kena selalu diingtakan... baru tak leka dengan kehidupan semata2...

Biasa lIBL, kalau entry ilmiah nie kuranglah komennya..