Kisah Kuno Ikan & Pulau Aman, Penang

Sunday, April 11, 2010

Ini Cerita Ikan


Pagi Ahad gigh pergi menjala pukul 7.30 pagi.. nih gara2 Catz punya entry ikan terubuk bakar la. Kalau Catz menjala kat laut tesco saya gi menjala kat laut pasar tani, stadium s.alam. Nasib baik ikan terubuk ada name tag..rupa dia saya dah ingat2 lupa. Hahah.. Ok jgn kutuk!!
Saya bukan penggemar ikan tp saya makan ikan bilis, ikan kembong kecik & ikan sardin dlm tih. Jimatkan??

Ikan besar seperti ikan terubuk/kerapu/siakap saya makan sikit2 tp klw masak hanyir aotometik saya x boleh telan. Saya rela masak sendiri. Sbb tuh saya jarang nak amik lauk ikan klw makan kat kedai. Selalu kat kedai perut ikan tak dicuci bersih2..mesti ada layer hitam. Tak suker!..

Wlp pon saya tak suka makan ikan tp saya telah di'train' oleh mak saya utk siang ikan. Dulu masa sekolah every weekend bapak saya kan beli stock seminggu udang, sotong, ikan besar, ikan kembung..paling penat kalau ikan bunga air yg besar sikit drp ikan bilis. Mak saya mesti suruh siang kat luar rumah..dia kat dalam nak masak. Saya pon duduk menyiyang sorang-sorang di paip luar rumah. Maka mak,bapak,anak kucing jiran sebelah selalu datang teman.. Huaaa..

Masa cuti sekolah yg mana saya cuti belajar..bapak saya pulak cuti mengajar, bapak saya selalu bawak saya menjala ikan di parit. Saya jadi tukang kutip ikan dijala. Saya hanya kutip ikan sepat roggeng jer.. guna 2 jari jer..tarik kat ekor sbb geli. Bila ekor putus lompat2 la dia atas jalan tanah merah. Ikan puyu ganas..nnt dia kembangkan duri..silap2 boleh luka. Takott.. Ikan puyu nyawa liat sampai rumah boleh masuk dalam akuarium. Hidup la seminggu..aku amik nyamuk kasi makan. Mana dapat?. Hasil bapak saya sembur dengan ridset. Hahah..

Dah habis menjala, balik rumah tgok hasil jalaan. Sebaldi ok!!. Penatnyer nak siang. Tangan kiri kanan mesti sarung dgn pelastik. Geli!!. Akibatnya, sampai sekarang aku x makan ikan darat.


Ini Cerita Pulau Aman, Penang


Saya pernah menagai (guna tali tangsi & mata kail jer) ikan naik bot kecik kat laut masa bapak saya kena mengajar kat sebuah pulauterpencil area Penang. Sorang cikgu perempuan anak jati pulau aman nak pegi mengai ikan, saya dan mak saya pon join. Saya asyik dapat ikan belanak jer. Pernah juga tido kat sangkar ikan. Kami bermalam kat situ konon2 berkelah tp mengai ikan luar sangkar lah. Guna umpan anak udang. Saya dapat ikan belanak lagi.. X makan.

Nak pegi pulau nih kena naik boat drp batu kawan. Satu hari tak dak bot nelayan besar..naik bot kecik. Maka perjalanan adalah 45 minit. Tengah2 laut bot kecik (sampan) senget & enjen mati..waa..takot..x der life jacket yer. Ini boat nelayan!!.. Rupanya kipas enjen terlanggar ikan kerapu besar. Huiiyoo.. tp x dpt tangkap.. nampak jer ikan tuh pusing2 pening. Naik darat saya pulak pusing2..

Selain tangkap ikan, saya suka korek remis. Petang2 tak dak kerja saya turun pi korek. Kawan2 dgn budak2 pulau. Saja seronok2 korek. Bukan makan pon. Lepas tuh boleh mandi laut. Dulu saya hitam belang2.. Hahah..

Saya suka kutip kerang liar..pulau nih laut selut. Bapak, mak kerang semua kutip. Kerang buat sate sedap. Bila kerang terjeler keluar saya akan cucuk dengan pisau. Pisau pon tersepit kat kerang. Padan muka kerang!!

Sekarang pulau nih dah membangun. Surf tgok tadi, main Jeti dah cantik. Dulu guna jeti ikan jer. Bawah jeti byk teritip & ikan belacak. Skrg dah ada homestay. Dulu elektrik siang jer ada & pakai generator. Public phone ada satu..satelit punya. Pukul 7 baru ada elektrik. Terus on TV nak tgok doremon!!..


Cuba surf Pulau Aman, Penang. Banyak dah pembangunan. Tiba-tiba rasa rindu nak pergi pulau tuh. Nak ajak mak, bapak & abg aku pi sana. Mesti bapak saya suka sbb pernah menjadi tempat dia mencurahkan bakti mendidik anak2 pulau. Bukan senang owhh nak soh anak2 org pulau nih belajaq. Depa nak pi laut ja. Kalau sekarang entah ada yg kenal lagi ke tak bapak saya. Kalau tak silap ramai jugak penduduk yg dah berpindah ke tanah besar. Last saya pi masa nak hantar kad jemputan kawin abang saya ..4 yrs back.


Ohh ini ada blogger buat review pasal Pulau Aman. Click Here and Here. Siput yg saya dok korek dulu pon ada dalam review dia. Keturunan siput itu masih ada sampai sekarang. Sana seafood murah & fresh .. mee udang sedap. Ini pulau dulu banyak tongkat ali owhh.. nak cabut sepokok kena selawat tiga kali. Kat sini jugak ada banyak pokok sukun. Sukun sedap buat kerepek & cucoq. Org pulau ajar. Dulu sini banyak kamben..penuh jalan dgn taik kamben. Penat saya lompat x nak pijak tp last2 terpijak jugak. =P


PS. Saya suka dok kat muncung bot. Rasa macam Pirate!

5 comments:

DrSinga said...

orang kata... bela ikan puyu dalam rumah... penyangak tak boleh pukau tuan rumah...
wallah hu alam....
tapi..ikan puyu liat nyawa dia kan....??!!

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Dr Singa - ha ah..ada yang kata boleh halau pelsit. Hahah.. No comment lah..

Memang nyawa dia liat. 10 min atas darat pon tak mati2 lagi. Nak siang kena ketuk otak ikan tuh kasi mati.

Benedict Bernard said...

lama gak tak gi mancing. .

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Ben - aku pon dah lama x memancing. Aku menjala jer!!

NenekPenne said...

ni kan boleh buat cerpen..best...

needa kalau pegi nak ikut.... *suka nau ikut orang, orang belum tentu nak pelawa* :P