Hang tanya..Aku jawab lah..

Monday, March 1, 2010


This morning masa lunch time, as usual makan with kengkawan @ customer. Talking abt her mother who dead because of lung cancer. Tah macam mana ttb persoalan hukum wanita mengiringi jenazah ke kuburan termasuk juga bersama-sama dikubur ketika menanam mayat. Maka terjadilah konflik and persolan antara kami. Inilah akibat pergi kuliah malas nak amik nota. Sungguh aku pergi lenggang kangkung jer..

Berdasarkan ilmu yg aku pelajari selama menghadiri kuliah Ustaz Abdullah berpandukan kitab hadis yg mashur iaitu Bulughrul Maram, maka aku menegaskan hukum adalah HARAM. Tapi sorang lagi kawan aku menyatakan bahawa ianya MAKRUH. Memang kawan aku muka tak puas hati.. aku ttb jadi tak sure.

Adapun hukum wanita mengiringi jenazah adalah terlarang (larangan ini lebih bermakna penyucian), sebagaimana hadits dari Ummu Athiyah ra:" Dahulu kami dilarang (dalam riwayat lain, telah melarang kepada kami Rasulullah) untuk mengiringi jenazah."(HR. Bukhari, Muslim dan lainnya). Allahu taala alam.


Disebabkan keconfusan, aku bukak balik kitab & refresh balik with my housemate. Jelas sekalim hukumnya HARAM. Hadis yang sahih yg diriwatkan oleh Bukhari & Muslim. Kata ustaz, jangan confuse antara adat & hukum. Permasalahnya sekarang, masyarakat kita lebih kepada adat. Mungkin perkara biasa & kebiasaan kita lihat drama-drama TV pastinya ada wanita mengiringi jenazah dikuburan. Aku tak menafikan aku melihat dgn mata kepala sendiri melihat sedara mara mengiringi jenazah arwah bapa sedara aku ke kuburan. Namun apakan daya, teguran harus secara berhikmah.

From my own experience, aku x pernah iringi jenazah. Masa arwah nenek., mak aku cakap x bleh ikot.Aku ikot jer. Cukup sekadar melihat mayat diusung keluar dari rumah. Aku pernah pergi ke masjid kerana jenazah terus dibawa pulang drp hospital ke masjid. Maka aku hanya tinggal dimasjid dgn mak, cmok cik & sorang kazen perempuan (kazen aku nih hafizah..haruss tahu hukum hakam kan) tanpa mengingi ke liang lahat. Aku x pergi tgok org tanam sbb aku dah tahu hukum. Sekarang korang dah tahu HUKUM, kalau buat jugak confirm la berdosa. Dulu tak tahu tak per.

Tahukah Anda? : Talqin adalah amalan Bid'ah
Tahukah Anda? : Sebaiknya bacaan Yassin adalah ketika nazak, sakit yakni bukan setelah meninggal dunia.

*** Aku budak masih belajar dan cuba mengamalkan apa yg telah dipelajari.***

Tetiba teringat lirik lagu opick..."
Bila waktu telah berakhir, teman sejati hanyalah amal.."..seram pulak buat entry macam nih dimalam hari.. Oklah..sila rujuk kitab itu..semua penjelasan ada dalam tuh dan perkataan HARAM mmg jelas sama sekali. Sekian, untuk rujukan & informasi syarahan aku esok.

13 comments:

Sawa said...

Tq for the info laling..

Tapi... "This morning masa lunch time" ko lunch pagi2 ke needa?? confused jap

tunbegia said...

sungguh insaf,

salamm,

Anak Bapak said...

alhamdulillah...dgn timbulnya sesuatu isu..baru kita akn kembali ingt apa yg pernah dipelajari...dan secara tak lgsung sbgai ilmu kpda yg lain...

dieya said...

thanks for sharing! baru tahu.. selama ni tgk kat tv ramai je perempuan iring ke kubur.. siap siram air mawar semua. rupa2nya tak boleh yek.. hmmm

Riezal aka Rezdrake said...

hmm camtu rupanya.. tapi macam mana pulak kalau sepupu perempuan aku iringi jenazah kucing dia.. waktu aku tolong tanam.. tolong jawab needa..

lama aih tak masuk blog hang.. bila last parit buntaq.. rindu nak makan dangaiii.. payah nak cari sini..

neway congrats.. for the night marathon hang running for endorphin.. endorphin tu macam dolphin yang kuek2 tu ker..?

zarrien08 said...

Thanks for the info.. skrg saya dah faham.. :)

NenekPenne said...

rasanya haram
tapi orang buat jugak kan
nanti kalau my ex meninggal, i just bye bye jelah dari kejauhan..tak koser laa nak nangis sambil tabur2 bunga taik ayam nanti...

Raihanah said...

Orang perempuan boleh menziarahi kubur samaada dalam keadaan hadas besar ataupun tidak. Sekiranya boleh menimbulkan fitnah atau untuk menangis barulah dilarang. Kalaulah haram wanita ziarah kubur nescaya ditegahnya wanita itu. Adapun hadith yang bermaksud, "Allah melaknat wanita-wanita menziarahi kubur" memberi erti wanita yang datang meraung, menangis di atas kubur boleh mendatangkan fitnah, sememangnya dilarang. Sebahagian ulamak mengatakan hadith melarang wanita ziarah kubur telah dimansuhkan oleh hadith yang bermaksud:
Dari Buraidah al-Aslami r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku dahulu melarang kamu dari menziarahi kubur, maka sekarang ziarahlah kubur (kerana ada baiknya)."
(Riwayat Muslim)

...nida smlm saya ada tnya suami saya...dia kata..mmg dulu Rasulullah pernah kata haram..tp dimansuhkan..jd hukumnya mubah...tp..kena jg akhlak..jgn dok p meraung..tu leh jadi haram...
-nana-

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Nana - Betul tuh nana, ziarah mmg boleh dgn tujuan keninsafan dan tidak melakukan pekara2 yg nana cakap tadi.

Pertanyaan kawan saya ialah MENGIRINGI jenazah kekubur sehinggal ke liang lahat.

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Kak Sawa - tah timing tuh x set betul2.

TB - sama2 insaf

Anak Bapak - pekara agama yg dicambur dgn adat mmg meneglirukan.

Dieya - itu yg ustaz yg ajar bab nih comment. Itu pasal boleh ingat..sbb masa dgr kuliah mulut dok bunyi Oooo jer.. siram air mawar, tabur bunga yg tuh adat bukan amalan nabi.

Dulu aku pon pi kutip bunga... =(

Rezal - kucing mati x panggil jenazah la.. yg tuh bangkai..tuh bab lain pulak..kekek..

Aku bru ja makan dangai tp versi Padang. Nnt aku cerita.. Jom KL TOWERTON pulak..

Zarren - sekali sekala bukak topic panass.. huh..

Nek - jangan nek...kita tak taw sapa pi dulu...

Andai dia pergi dulu..nek jgn dok sebok nak ikot jenazah pi kuboq.. apatah lagi bawa bunga taik ayam

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Nanti aku cari balik voice recording kuliah & attach sini supaya lebih jelas sbb bab HADIS bukan la bidang aku.

**DISCLAIMER**
Aku orang IT (Information Tech)atau lebih spesific..Aku adalah seorang SYSTEM ANALYST yg hari2 menulis code programming & menyelesaikan masalah system yg kaput.

NenekPenne said...

maksud nenet
kalau dah haram pi ziarah kubur sambil nangis2 maka tak adalah lagi nenet melawat kubur menangis bagai...
kalaulah dia yang pegi dulu kan...
hah gitu citernya.....

Raihanah said...

nida..ahad ni suami saya jd ajk seminar...
nnti saya confirm balik dia kena ada kat mtpt program pukui berapa...
saya ni tak berani nak drive..kalau tak..bleh drop suami kat tmpat program then p kat nida...
apa2hal nnti saya mesej ek..