Cerita Hantu di Kemayan City

Tuesday, March 16, 2010

Since aku baru balik drp JB, cerita kemayan city disana-sini. Terasa nak tahu gak berita sensasi nih. Sama jer dgn yg diceritakan org. May be gang seekers kena buat ghost test kat sini. Heee..

Bellow info from HMetro:

Rudy Fazrunisyam
Samarudinrudy@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.
Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.
Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.
Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya.
Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.
“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu,” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi,” katanya.ada sesapa tau kisah ni?...:o


PS. Org lalu lalang pon dia kaco.. Ishh3.. Lagi satu org luar selalu kena. Eg Singapore, Penang sbb tak tahu cerita. Huhu.. patut la hakak WiWi x kasi lalu sini.. klw aku tahu cerita nih awal2 sure aku tak der la nak tgok2 Kemayan City nih..

13 comments:

makcik rokiah said...

chaah lalu x?
hehee..

dieya said...

ishkkk.. meremang bulu roma baca cerita nih

Riezal aka Rezdrake said...

jom gi sana.. aku dengar ada kedai crocs baru bukak.. kopitiam pun baru bukak.. haha..

hehe.. kat banting dulu aku penah ikut pi makan malam waktu shift malam.. kedai tu memang meriah.. mee goreng memang sedap.. kawasan pun meriah ramai org.. tapi bila aku citer kat member aku ada org terkena jugak.. depa cakap perkampungan bunian.. gulp.. patut awek2 yang serve makan comel2..

NenekPenne said...

akak dah tau lama dah citer ni... kalau akak nak pi umah adik ipar, mesti lalu depan Kemayan city tu... memang spooky laa bangunan tu... dah la besar giler... tak tau naper tak dirobohkan...
dgr kata drug addict ada yang mati kering kat dalam tu....

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

CK - haha..tak lalu..

Dieya - nnt aku jawab tag hang no.. mmg seram la jugak esp klw malam

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Riezal - haha..murah giler la sbb beli daun kering jer..

Hang makan apa kat situ..eii..cacing tanah??.. mujoq tak kena colek ngan bunian..tak pasal2 jadi cam cerita sumpah bunian..

Kisah pindahkan jin drp hostel SBP duna bus ko igt tak??..tak silap aku masa tahun 1998 kot..

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Nek - klw dah tahu mmg ada la rasa seram..tp klw tak taw itu yg rasa nak ajak pi tgok..huhu..

catz said...

kemayan city tuh terbengkalai sejak 1998 lagi...mmg tak pernah beroperasi..
a very big mall..terbengkalaia.
teringat masa duk JB dulu, sellau lalu depan dia..cermin dia pecah2..
sayang sgt.tersergam dan menyeramkan.

catz said...

err. encik Riezal,
kedai di banting tu di mana ya?
:)

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Catz - sakit mata kan..ttb jer ada bangunan buruk tgh alam. Aku rasa kan ada la yg amik kesempatan nak dpt duit mudah...

Pengalaman bunian nih tak pernah..pengalaman tgok mmbr kena rasuk masa camping ada...

DrSinga said...

sereeemmmmmm seh....
siap shopping2 lagi tu....

DrSam said...

mahkluk alam satu lagi pun mungkin juga terpalit masalah ekonomi global. Depa tahu Sing dollar tinggi nilainya, Mega sale pun utk org-org sana lah agak nya :)

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Dr.Singa - besar sgt mall tuh..

Dr.Sam - hahah.. aduh bila la nak abis krisis econ nih..