Kisah Benar Inti & Macho

Monday, March 29, 2010

Last Month, aku sempat tgok2 cara buat kuih tradisional masyarakat Minang drp member punya nenek yg dtg drp seberang iaitu Bukit Tinggi, Indonesia. Infact, nenek nih mmg pure cakap minang yg 1st time in my life aku dengar. Sikit-sikit boleh la pickup walaupon tak berapa paham. :P

Kuih nih nama dia kuih Inti.

Bahan asas:
1. Kelapa Parut
2. Gula
3. Tepung
4. Esen Vanila LuckY & Co (Yg lain pon boleh kot.. cuma aku sikit terpegun tgok esen vanila drp indon..bukan cecair yer tp serbuk yg aku igt ajinomoto...HAHAHA)
5. Garam


Nih la Essen Vanila itu (Kat Mana nak cari kat Mesia nih)

Ini lah rupa kuit inti.. Macam kuih BOM tp lain. Dalam inti pisang. Pisang tuh potong jadi ketulan kecik2 jadikan inti. Sebab tuh la nama dia kuih inti. Nak buat bulat2 kena ada skill. Nenak cakap nanti masuk kuali boleh meletup klw tak pandai. So aku back off lah. Jadi tukang tengok.

Ini rupa kuih inti yg telah digoreng.

Yang nih pulak bahan asas dia sama tp tak digoreng. Ditekan sampai mampat atau hingga bengkok sudu (hahah..klw tak bengkok x sedap.. :P) & kemudian dipotong.

Inilah hasil nya.. setalah ditekan dan dipenyetkan.

Mana nak cari kuih nih kat mesia?.. Aku suka yg digoreng tuh sbb rasa dia sebijik macam kuih dangai cuma bezanya dangai dibakar yang nih digoreng. Tau ka dangai?.. Adoi..kat KL nih tak pernah jumpak tp kat kpg aku ada la. Rasa kuih nih mestilah manis lemak2. Kelapa parut & gula. What do you espect?..

Other than kuih, ada satu bahasa minang yg terus masuk dlm kepala.. mmg ingat sampai bila-bila. Ikan Masin orang Minang panggil MACHO..!! Macho usually refer to handsome la kan.. tp kalau kat minang ikan masin. Aku ada google guna key budak macho and terjumpa profile budak yg ditulis nama dia end with budak macho.

Cth:

Ali budak Macho

- bajet nak cakap dia macho lah sekali minang translate "Ali budak ikan masin"... huahahha... rasakan.. :P



... MACHO tak??

Ketupat Sarawak

Friday, March 26, 2010

Selalunya kita biasa dengar ketupat ikan, ketupat bawang dan termasuk ketupat segera nona / adabi or yg sewaktu dengannya.


Kali nih aku terbekenalan dgn ketupat buah dot..dotttt..... (aku lupa la nama..) tp bentuk dia memang mcm buah siap ada tampuk lagi. Tau ka tampuk?..ala yg sambung buah dgn dahan. Org putih panggil petal..ehh ..stem..ehh entah.


Ketupat nih nenek sedara Natasha yg buat (anak sedara). Buat dgn reben jer sbb daun kelapa mana nak cari kat KL nih.. ttb jer aku ter berkenan mintak buat lagi satu. HAHA.. kesian org tua tuh. Sekali sekala kann.. Siyess..tak pernah tgok ketupat cam nih. Oh yer..nenek Natasha nih keturunan Iban..bukan Kristian bukan Islam..Iban lah. Orr.. bleh category free thinker kot.


Second round dia anyam, aku pon melangut tgok dgn amazing race sekali. Aku fail anyam ketupat yea dan aku rasa amat susah. Dah berapa kali belajar tak pass. Gigih la dia nak buat guna reben yg licin. Siyessss...aku x pernah tgok. Adakah kat Sarawak ketupat mcm nih?. Tanya Willie.. Incik Willie, ada jumpa ini macam punya ketupat ker kat Sarawak?

Katanya dia belajar kat org tua2 dulu sbb tuh dia tahu. Owhh.. mesti org tua2 kat Kapit kan. Ishkk..teringin pulak nak ker Kapit merasa tido kat rumah panjang. Opss..off topic. Aper pon saper yg pernah tgok ketupat cam nih sila2 bagi tau yer!..

Aku nyaris ttgl ketupat nih masa nak balik..masuk balik amik. Sampai rumah letak dalam gobok kaca. Bukan senang owhh nak cari ketupat mcm nih.. nak simpan sampai anak cucu cicit.. Wahahah..

Sekian. Aku nak balik kpg di malam nih. Jangan lupa yea.. "
Angkat kain jembi , ujan udah laboh.."

What Comes To You?

Thursday, March 25, 2010

I was at Lotusphere Comes To You 2010 event this evening at one world hotel. It was my very first time attend this event even am almost 4 years being a loyal IBMers!..


Overall this event was OK lah!.. As a Lotus Domino Developer am not gaining much. Looking at new features and understand what this Lotus software can help our customers.



Moving fast..tak terkejar.. as I can still remember, I have been introduce to Lotus Release 6.0 and now is already Release 8.2. Adoi!!.. My Programming skill need to upgrade as well. Haihh...

In Release 8, they introduce eclipse and data connection to DB2 database in a single view where we can pull out data from relational database using back end to Lotus application as front end. In Release 8.1, they introduce X-Page.
Now Lotus mail can be integrated with BlackBerry & iPhone. Humm..macam best kan?. Tak lama lagi keluar Release 9.0.. Now, aku support 2 cutomer yg guna Release 5. Tak ker rasa cam zaman batu jer?

Lotus Notes email dah further improve. From the mail ada Instant Messaging and conference call. Dah bleh view business card online..tgok schedule org lain. Drag and drop jer skrg. Easy archive and replication. Tahun nih x der goodie yg best2 compare tahun yg dulu. Terasa sangat kegawatan ekonomi. Semua nak cut cost!..


My Comment:

In Malaysia most of our customer still tak upgrade to Release 8.2. Is is not easy to upgrade sbb kena test tgok either current application able to run in new verson. Nak upgrade bukan murah..mahal!.. In tems of workflow, Lotus Domino is still the best.

Aperpon, IBM still upgrade software2 dia. Dah makin improve. Training & Exam pulak makin mahal. HAiiyakk!!..

In other way round, aku still boleh cari makan. Itu yang penting!.. Full Stop! Till when?.. entah la labu.. selagi ada demand!

8-8-8 photo tag - Answering TAG frm Dieya

Tuesday, March 23, 2010


The instructions:

1. Go to your photo files…Select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friends to do the same! "...

My old pic, tak ingat tahun bila tp masa tuh aku still kat level 3 and under Internal System. Disinilah bermulnya my 1st attempt to join semua jenis run. Start from this Terry Fox, slowly I join the Shape Run 2009 and Putrajaya Nite Marathon 2010 and insyaAllah will be joining KL Marathon 2010..Hehe.. (Still confuse 5km or 10km..10 km got finisher medal LOL!).

I joined Terry Fox run since my company pon involved with the charity. So, it's Free!!.. Masa nih kat Taman Tasik Perdana. As usual 3 of us mmg x boleh dipisahkan.. Cik Wiwi & Cik Ding Dong. That day, aku berlari depan sorang2 tingglkan cik2 berdua itu. As usual.. I will finally run alone to test my stamina. Then, wait them at Finish line. Masa nih stamina biasa2 jer berbanding sekarang mmg banyak improvement.

Compare to other sports, running is the easiest and low cost. I love to run walaupun aku bukanlah runner dan x layak digelar runner.

Next..

1.Catz
2.mun-e
3.RezRake
4.Zaza
5.Kerol
6.Willie
7.Nurman
8.Tun Bergia

Garang ker Aku?


From: XXX
Sent: Tuesday, March 23, 2010 2:45 PM
To: S,Y
Cc: A.B.C.D.E
Subject: XXX Reporting
Importance: High

A & LIBL,
Please provide updates on our reporting requirements. We’re 1 week away from March end now.Are we able to generate text file from XXX to feed into XXX reporting?

XXXXXX - Assistant Manager
XXX, IT Service Centre


Mula2 dapt e-mail..aku mcm terbakar. Wahh..CC kat semua org nih. In the e-mail mention my name pulak. Aishh.. pending from me?..am not show stopper okey!..

I replied as below.

XXXX,
What other info that you need from me? I already send you the sample as per mail attachment.If you ask me about XXX, I not the one to answer.

Regards,
LIBL


After lunch time..Team Manager at Customer come to me..

TL : ehh.. in the e-mail to XXX.. u marah ker?
Me : Ahhh..am i? mcm marah ker mana ada?.. am confuse why she asked me and looks like its pending from my side?
TL : Am also drop off from the conference call. Told them am not the one to provide the info.
ME : Why this fella was so confuse?. He called me just now. I told him to talk with AAA.
What he need to is to provide the simillar CSV report. Then, other system will massage the data. But he told me tht he not able to provide few info from new system.
TL : He can ask AAA to grab from ZZZ system.
ME : Oww..ok. So the best person for him to talk is AAA. Rite?.. Haihh.. Donno wht this fell so difficult to talkwith AAA. Last time he ask me to ask AAA. Humm....
TL : SMILE..

Conclusion:
Huhuh...Bila aku baca balik e-mail aku rasa mcm GARANG nya bahasa aku kan.. Heheh.. Aku tak perasan LOL!.. Actually aku tak niat nak marah pon. Terbakar je siket.. Aku rasa aku kena add perkataan please / help and wht so ever baru tak mcm garang.. HEHE.. Nasib la kan.. Aku reply sbb aku x nak semua org dlm CC list ingat aku x buat kerja.. The XXX Manager pon klw nk shoot mail, know who the right person la.. jgn main shoot jer!

Aper pon..problem nih dah resolved! XXX Manager x reply aper2 pon. HEHEH..

Kembara Crocs Oren: Danga Bay & Air Hitam

Friday, March 19, 2010


Sedikit catatan abt activity weekend lepas. Dalam busy2 and kelam kabut sempat jugak Crocs Oren berjalan2 cari pasal ke Jay Bee. Short trip jer rasa rugi jugak tak sampai ker Singapore.. kan Ben kan!!
Motif kembara kali nih nak attend kenduri kawen kawan opis.. Bertolak Sabtu ptg lepas gi wedding kat Setapak dlm pukul 3ptg then terus ke Jay Bee. Since sampai JayBee dah pukul 8 malam terus ker Danga Bay for dinner. Nih la 1st time CO sampai ker Danga Bay...rasa cam teruja sikit…very der happening night life kat sini. Lampu sana sini…Wawawaw..

CO dan kawan2 tertarik tgok Rumah Limas & terus decide utk dinner kat sini.


Suasana dalam rumah limas.


Food kat Rumah Limas nih biasa2 jer… CO makan chicken chop tp dihabiskan oleh kawan CO kerana CO dah buhsan mkn Chicken Chop. Otak2 & Sata telah mengatasi Chicken Chop… fresh sangat compare to sata & otak2 yg CO beli kat Stadium Shah Alam yg tidak lah sesedap beli kat sini..Kemeriahan malam itu diserikan dgn kehadiran tunang Cik Ding Dong yg malu2 kucin. Dinner malam itu ditaja oleh Incik N yg telah berjaya kidnap Cik Ding Dong drp kita org…

Konon nak jumpa my ex-housemate masa belajar kat UM dulu tp dia pulak busy..almaklumla dah berfamily..pergerakan terbatas. Tak lama lagi Cik Ding Dong pon ala2 busy cam tuh la.. susah sikit nak ajak kemana-mana.. kurang sorang geng lepak2 aku.. pasrah!


HAHAHA..
Perjalanan diteruskan ke rumah mak su Cik Ling Zhi yg kataya berdekatan dgn rumah Julaina Banos. Malang tak berbau GPS ttb tak detect SD card apatah lagi rumah Juliana Banos. Inilah akibat hidup bergantung kepada GPS. Penat pusing mcm gasing. Mujur ada Incik N yg membantu.. hadoiii..


Akhirnya, sampai jugak.
CO terkejot badak..ini rumah ker Istana? 3 tingkat diluar complete dgn taman & pagar setinggi zirafah..bila masuk dalam mcm hotel siap bau aromatherapy lavender..huahha.. CO dah berangan nak rumah macam nih.. Hiakk dushh..dush..Cik Ling Zhi nih very low profile sampai lupa dia adalah anak Dato.. hihihii.. Esok pagi, breakfast disediakan oleh Mak Su Cik Ling Zhi.. Owhh..very der mabeless soto. Paling sedapp!!..



Misi diteruskan ker umah nenek Cik Ling Zhi yg dkt dgn Makam Sultan.. Then terus ke rumah pengantin di Bandar Baru Uda.. Kali nih Google Map & BlackBerry Cik Ling Zhi menyelamatkan keadaan.




Otw balik, singgah Air Hitam. Walaupon hujan kami rela berpayung. CO tersoping pulak..mujur tak jadi beli pasu..tp CO telah berjaya merembat tirai asam, segala keturunan kerepek & seekor beluncas warna warni utk anak sedara CO. Murah2 owhh….



Setelah penat soping, we ols decide to have our dinner sbb dah pukul 6 ptg pon.. Apa barang makan kat hway yg tak sedap itu. Murtabakkk (not muntah rabak yer!!) Singapora Special & telur pindang.. Huargghh..Sedappp & crunchie sampai lupa nak snap gambar kedai.. Dinner ditaja oleh Cik WiWi..

Sampai Shah Alam pukul 12am.. 12.15am terus pengsan ZzZzz..


Esok 21/03/2010 baru berkesempatan nak tgok Si Kenit Natasha. Sejak balik drp Uzbek belum sempat tgok dia... pejam celik..dah tadika dah anak sedara aku nih.. so dah 4 tahun aku keje..

Juga nak kasi kerepek2 drp Air Hitam & beluncas itu.. Dah lama nak soh dia masak masakan Uzbek.. Katanya semua tak sedap..huhu.. so x payah masak..
Pandaii!!.. HAHAH..

Kata cik Wiwi..cepat2 la hantar kang beluncas tuh jd rama2..
:P

Cerita Hantu di Kemayan City

Tuesday, March 16, 2010

Since aku baru balik drp JB, cerita kemayan city disana-sini. Terasa nak tahu gak berita sensasi nih. Sama jer dgn yg diceritakan org. May be gang seekers kena buat ghost test kat sini. Heee..

Bellow info from HMetro:

Rudy Fazrunisyam
Samarudinrudy@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.
Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.
Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.
Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya.
Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.
“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu,” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi,” katanya.ada sesapa tau kisah ni?...:o


PS. Org lalu lalang pon dia kaco.. Ishh3.. Lagi satu org luar selalu kena. Eg Singapore, Penang sbb tak tahu cerita. Huhu.. patut la hakak WiWi x kasi lalu sini.. klw aku tahu cerita nih awal2 sure aku tak der la nak tgok2 Kemayan City nih..

Kebencian Ini..

Friday, March 12, 2010



Kebencian Ini...


Penulis: LIBL
Tarikh:13March2010

Aku benci dgn perasaan aku ini..
Arghh.. Bencii.. !!
Luka yg parah dan tersimpan jauh di sudut hati
Hari ini..rupanya masih berdarah lagi..
Walaupun semuanya telah lama berlalu..
Hakikatnya aku benci untuk melihat kebahagiaan dia..
Kerana dia pernah menyakiti hati aku kerana dia..

Aku benci kamu!!
Konon pasrah dengan keadaan...
Aku menjadi mangsa keadaan..

Walau bertahun telah berlalu..
Dan aku telah pergi jauh dari kamus hidup mu...
Hakikatnya aku pasrah..
Kerana aku masih sendiri..
Menghitung hari..

Ingin aku campakkan perasaan benci ini..
Namun dalam diam ia umpama barah yg menular dan bisa membunuh..
Namun apakan daya..
Aku manusia yg punya hati dan perasaan..

Kepada mu aku bersujud!!...
Moga agar aku terus kekal tabah..
Pasti ada yang terbaik untuk ku..


Aku Telah Jatuh Hati..!!

Tuesday, March 9, 2010

Yang nih separa siap... aku kehabisan benang hitam.

Lagi sekali tajuk yg gempak...hahha... Bukan jatuh hati pada lelaki tp aku telah jatuh hati setelah melihat felt handycraft. Owhh...sangat chumel!!


Beginilah aku setelah submit dissertation. Satu-satu aku meng qada' menda yg aku mmg suka nak buat tp aku tak boleh nak buat sebelum nih. Membaca..hobi yg tak pernah aku lupakan cuma dulu lebih kepada baca2 buku2 akademik..sekarang boleh la membaca novel pulak.. Dulu aku rasa cukup berdosa untuk membaca novel sedang kan bnyk lagi buku2 akademik & dissertation yg perlu disiapkan. Novel islami adalah pilihan aku buat masa sekarang.. [Ahh..lepas nih nak cari novel "Sebening Rindu" karya Azhan Kamil. Mesti kena baca kerna penulis begitu menghayati watak hingga termimpi-mimpi. Dasyatt!! :) ]

Sejak dah berjaya abiskan beberapa buah novel karya Habiburrahman el shirazy, Taufiqurrahman al-azizy dan Andrea Hirata.. tiba mode menjahit menyerang... HAHA.. Sanggup aku mencari kedai handycraft dan mengharungi traffic jam ker Taipan, USJ.


Kerongsang..
Aku masih mencari besi pin yg lebih panjang boleh letak banyak2 manik..yg nih pendek sangat. Mana la nak cari..sungguh susah!!..


Hair Clip..
Natasha, my anak sedara bakal menjadi model cilik aku..


PS. Ada lagi yang bakal tercipta... Tunggu!!..

Sirih Junjung Pertama Ku


Tadaaaaa... Ini Hasilnya..!!

Wahh..gempak tak tajuk?.. Hahahaha...
Inilah sirih junjung pertama yang aku buat dalam sejarah hidup aku. Tapi bukan untuk aku tp untuk adik kawan aku. Tak sangka aku kembali membuat mender2 creative yg dah lama aku tinggalkan walaupon dalam hati meronta-ronta..bestnyerr buat mender2 creative mcm nih. Lagi best drp menghadap codes2 programming.. HAHAHA..

Majalah Gubahan Hantaran

Aku sebenarnya menjadi bidan terjun yg ttb cuba dan mencoba membuat gubahan sirih junjung. Mujur ada bahan yang sesuai dan majalah. Belasah jer kan.. Mujur jugak tangan ini ada sedikit seni walaupon kidal..

Bulat-bulat jer yg paling senang..

Berdasarkan pengalaman tolong kawan2 dan gubahan yg aku buat utk perkahwinan abg, aku maka sekali lagi aku buat buah bulat2 yg aku pon tak tahu aper..bunga bulat2 pon boleh la jugak. Now baru aku sedar, susah jugak nak gubah hantaran utk pihak lelaki sbb aku selalu buat utk pihak perempuan. Kipas tuh ala2 ada la sikit hand touch..nak letak jugak wp simple. Gubahan pada dulang tuh bukan aku buat..

Another Beautiful Lyric.. Sesekali kita memberi kebahagiaan kepada orang lain..

Saturday, March 6, 2010


Hidup beramai-ramai

Finally aku berjaya guna melakarkan another beautiful lyric for year 2010. Sejak2 dah submit my Master Dissertation I got time to do whatever I love to do. But still, aku risau jugak result dia nanti..hopefully no change and can submit for final and konvo this year. Amen.. Something tht truly can make me happy is by visiting the orphanage.

Cerita hari nih, visit rumah anak yatim @ Kelang. Kisah opah dengan 19 orang cucu. 3 dah masuk sekolah tahfiz, 3 perempuan dah berhenti sekolah sbb masalah x tahu siapa ayah. NO IC. Maka x bolleh sekolah. Aisey..kena masuk bersama mu ker??

Ada yg berhenti sbb nenek dah tua, so as the eldest kena jaga yang kecik berumur 1 tahun & uruskan adik2 yang lain. Ada 7 orang budak lelaki age 3 - 12. Expenses nenek - RM 700 utk bus sekolah. Bill api/air - RM 500. Itu belum masuk yuran. Semua wang ikhsan & bantuan kerajaan. Kadang2 cukup..kadang2 tak cukup. Nak bayar yuran pelajar yg kat Tafiz lagi.


Gambar Nenek

Nih anak yatim piatu yg ditingglkan depan pintu masa still baby.
Humm..sapala ibu yg kejam tuh. Siapalah ayah dia..

Biarpun yg perempuan x belajar lagi tp nenek beli mesin jahit & disuruh belajar menjahit. Nenek nih berumur 80 tahun yer tp berwawasan sentiasa memikirkan masa depan cucu2..

Aku cukup suka berbual dgn Ika. Kalau diberi peluang mmg ika nak sambung belajar. Nak buat macam mana.. Ika lah yg sekarang masak untuk adik beradik yang lain. Sempat juga aku berbual pasal menjahit..hehe..aku pon minat menjahit oke.. mmg aku diserang mode menjahit sekarang nih.. Ika ajak aku masuk bilik & tunjuk hasil jahitan. Humm..not bad wp baru belajar. Rupanya ika selalu tolong nenek jahitkan seluar adik2 yg koyak. I have told ika, aku akan dtg lagi & will bring few gambar2 craft for her untuk menjahit. AMy be boleh bawak ika jalan2 kot...

I can see this is good for her kalau buat bizness. Kalau Ika dpt sambung belajar balik at least she got something untuk biaya yuran sendiri. I got plan for her. InsyaAllah. See How.. Sempat jugak aku tanya ika, pernah tgok org jual craft dalam internet?.. She said tak. Aku tanya tahu tak internet?. Pernah dengar tapi tak tahu.. OWhhh... Kesian kann... anak sedara aku yg umo 4 tahun pon gigh main disney game kat website disney.

Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Dia berhak menerimanya);
Surah Al-Fajr> Ayat 17

Walaupon kita rasa masalah yg melanda kita amatlah berat tp pernah kita terfikir apa yg dirasa oleh anak2 yatim nih.. Ada yg tak kenal ibu bapa sbb ditingglkan didepan pintu rumah nenek. Tak mampu nak belajar, tingal di rumah yang selesa, beli permainan & alat tulis yg cantik2. Berjalan cuti2 malayisa dgn ibu dah ayah. X dpt kasih sayang ibu ayah. Uhh..aku sungguh beruntung. Anak sedara aku lagi la beruntung.. semua mainan mahal2.. aku pon rajin jugak beli itu ini..

Now its time for me to move on.. sempat aku tanya nenek..boleh ker nak dtg ziarah hujung minggu?. Nek kata boleh..nak tidur sini pon boleh. Yeaahh I likee!!...Buhsan2 aku boleh dtg ziarah. Almaklumlah tinggal jauh drp parents. *Aku yatim piatu sementara. Kalau kpg aku dekat dah lama dah aku balik..

Nenek baru keluar ward. Kata nenek dia risau siapa yg akan jaga cucu2 dia yg 19 org nih kalau nenek tiada.. Masa nak balik nenek nangis.. Huaa.. aku pon join sekali. Aku x boleh tgok org nangesss lahh.. Sentapp!!

PS.

1. Tahu tak jumlah anak yatim semakin ramai..bukan semakin berkurang. Anak luar nikah pon semakin ramai bukan semakin kurang. Bayangkan generasi 30 tahun nanti.

2. Kebahagiaan itu perlu dicari. Kadang-kadang dengan membahagakan orang lain kita akan rasa bahagia. Hidup akan lebih bermakna walaupon hati & diri kita disakiti. Owhh...

Kucing Terjeleh Lidah & Tempang

Friday, March 5, 2010


Eii..seram..seram..geli pon ada. Kucing nih ttb terlepas masuk dalam umah masa tengah sidai baju kat dry area apt aku. Nih mesti lompat masuk. Nih kucing ke 2 masuk selepas kucing yg aku selamatkan yg hampir jatuh bangunan.

Sekali kucing nih masuk dalam rumah & hilang. Puas cari tapi x jumpa..ishh..bahaya..kang busuk umah. Cari punya cari rupanya ada bawah meja dalam bilik keja aku. Sempat snap gambar...!! sekali aku parasan semacam jer.. rupanya lidah kucing nih terjeler.. takott.. ttb jadi geli.. Kesian tp aku tak tahu nih kucing saper. Puas halau..dgn slow motion dia pon keluar dgn terjengket-jengket..Owhh..tempang..Kesian. Tp sori lah aku geli tgok..aku pon x tahu kelinik kucing kat mana. soh halau keluar jer la..

One day ttb dry area umah aku bau busuk..ciss.kucing nih kencing..mujur ada hmate. Aku part nih mmg x beleh. Aku sensitip bau..boleh keluar isi perut... Harap2 kucing nih tidak membuat ornar lagi..

PS. Kucing yg dok apartment pandai naik lift. Cam poyo jer aku masuk lif drp tkt 5 ada kucing sekoq kat dalam.. sampi tkt 3 ada orang lain masuk..maka dlm lift aku + org tuh + kucing.. sampai tkt 2..ada budak masuk..maka dlm lift aku+org tuh+budak+kucing. Sampai G..semua pon keluar termasuk kucing..

Hang tanya..Aku jawab lah..

Monday, March 1, 2010


This morning masa lunch time, as usual makan with kengkawan @ customer. Talking abt her mother who dead because of lung cancer. Tah macam mana ttb persoalan hukum wanita mengiringi jenazah ke kuburan termasuk juga bersama-sama dikubur ketika menanam mayat. Maka terjadilah konflik and persolan antara kami. Inilah akibat pergi kuliah malas nak amik nota. Sungguh aku pergi lenggang kangkung jer..

Berdasarkan ilmu yg aku pelajari selama menghadiri kuliah Ustaz Abdullah berpandukan kitab hadis yg mashur iaitu Bulughrul Maram, maka aku menegaskan hukum adalah HARAM. Tapi sorang lagi kawan aku menyatakan bahawa ianya MAKRUH. Memang kawan aku muka tak puas hati.. aku ttb jadi tak sure.

Adapun hukum wanita mengiringi jenazah adalah terlarang (larangan ini lebih bermakna penyucian), sebagaimana hadits dari Ummu Athiyah ra:" Dahulu kami dilarang (dalam riwayat lain, telah melarang kepada kami Rasulullah) untuk mengiringi jenazah."(HR. Bukhari, Muslim dan lainnya). Allahu taala alam.


Disebabkan keconfusan, aku bukak balik kitab & refresh balik with my housemate. Jelas sekalim hukumnya HARAM. Hadis yang sahih yg diriwatkan oleh Bukhari & Muslim. Kata ustaz, jangan confuse antara adat & hukum. Permasalahnya sekarang, masyarakat kita lebih kepada adat. Mungkin perkara biasa & kebiasaan kita lihat drama-drama TV pastinya ada wanita mengiringi jenazah dikuburan. Aku tak menafikan aku melihat dgn mata kepala sendiri melihat sedara mara mengiringi jenazah arwah bapa sedara aku ke kuburan. Namun apakan daya, teguran harus secara berhikmah.

From my own experience, aku x pernah iringi jenazah. Masa arwah nenek., mak aku cakap x bleh ikot.Aku ikot jer. Cukup sekadar melihat mayat diusung keluar dari rumah. Aku pernah pergi ke masjid kerana jenazah terus dibawa pulang drp hospital ke masjid. Maka aku hanya tinggal dimasjid dgn mak, cmok cik & sorang kazen perempuan (kazen aku nih hafizah..haruss tahu hukum hakam kan) tanpa mengingi ke liang lahat. Aku x pergi tgok org tanam sbb aku dah tahu hukum. Sekarang korang dah tahu HUKUM, kalau buat jugak confirm la berdosa. Dulu tak tahu tak per.

Tahukah Anda? : Talqin adalah amalan Bid'ah
Tahukah Anda? : Sebaiknya bacaan Yassin adalah ketika nazak, sakit yakni bukan setelah meninggal dunia.

*** Aku budak masih belajar dan cuba mengamalkan apa yg telah dipelajari.***

Tetiba teringat lirik lagu opick..."
Bila waktu telah berakhir, teman sejati hanyalah amal.."..seram pulak buat entry macam nih dimalam hari.. Oklah..sila rujuk kitab itu..semua penjelasan ada dalam tuh dan perkataan HARAM mmg jelas sama sekali. Sekian, untuk rujukan & informasi syarahan aku esok.