FKA & Alumni Gathereing

Sunday, February 21, 2010


Hari Sabtu 20 Feb 2010, satu perjumpaan Alumni ESQ telah diadakan di MATRADE, Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi. Alhamdulillah, sebaik sampai ada jamuan makan disedikan. Memang langkah kanan saya & Wira yang sebetulnya tak sempat breakfast. Rupanya para alumni berpakat utuk potluck. Banyak sungguh makanan daripada kuih muih, kek, roti arab, kuih jala, ayam goreng, wantan..semua ada. Haih..mujur kami tak sempat breakfast.. sesungguh nya kami hanya mampu merancang.. Kehadiran alumni pada hari ini adalah drp angkatan 1 - 43. Dan pada hari ini, training angkatan ke 44 sedang dijalankan.

Pengerusi pada hari nih alau tak silap Aumni ESQ drp Karangkraft. Maafla yer tak ingat nama. Seperti biasa majlis dimulakan dgn mengingatkan Alumni utk Senyum Semetri dan berSalam Semut. Majlis diteruskan dgn lagu Ikrar Ksatria ESQ , lagu 7 Nlai Dasar ESQ , Demi Matahari dan seterusnya Yell ESQ. Akhir dgn bacaan doa.Semuanya dipimpin oleh trainer Pak Rasyid. Kemudian,sekias ESQ dipaparkan. Yang ingat: short video clip nih menceritakan pertambahan bilangan alumin seluruh dunia dan pelancaran training tahap ke 3: Self Controlling & Collaboration.

Kami diberitahu bahawa ESQ telah sampai ke Madinah. Subhanallah. Pak Ari Ginanjar sendiri telah dijemput untuk menyampaikan ESQ pada teknorat2 Islam di sana. Sambutan & feedback yang sungguh luar biasa.


Majlis juga dihadiri oleh Bekas Pengarah JAKIM, Dato Mustafa yang yg juga alumni ESQ, turut memberikan sedikit ucapan mengenai kemelut yg melanda ESQ. Tindakan & langkah yang wajar telah diambil utk menangkis dakwaan yang salah mengenai ESQ. InsyaAllah..semoga dipermudakan.


Kata Dato, kita perlu mencari 2 jenis ilmu. Pertama,ilmu mengurus diri.Contohnya: Kemana arah tujuan kita? Untuk Apa? Ini merupakan ilmu Fardhu Ain. Merupakan ilmu asas yang perlu kita belajar dan perlu menhadiri kuliah untuk meningkatkan ilmu.Kedua, ilmu untuk mengurus system. Contohnya ilmu kedoktoran, ilmu kejuruteraan, ilmu teknologi maklumat (..my input.x nak tinggal.. :)) Dato juga menjelaskan mengenai FKA iaitu Forum Kumunikasi Alumni yang bakal dilancarkan. Tunguu!!..


Majlis diteruskan dengan sharing yang amat sempi & penat gelak oleh Datuk Hishamuddin. Kata Dato, ESQ menghumble kan manusia tanpa mengira pangkat, darjat dan keturunan. Pertemuan dgn alumni ESQ bagi sudah 40 tahun kenal. ..(my point of view,may be sbb kita salam semut kot.. rasa dekat macam dah lama kenal). Katanya, ESQ telah menemukannya jalan untuk ker syurga and how to romance god. (teringat romance salad kat kedai mamak Hassan, SJ). Kesimpulannya, ESQ baginya adalah character building.



Datin juga ada memberikan ucapan, sedikit menganai ESQ parenting, shoping di Bandung dan promosi potluck ayam goreng. Kata datin, yg sedap dia buat, yg tak sedap kedai yg buat :)

Oh yer..alumni drp Sermban & sharing drp ESQ alumni singapore pon ader..

That's all yg ingat & utk sharing. Thx to Kak Zohra yang penat lelah mengorganise perjumpaan alumni ini & tidak lupa SMS aku setiap kali ada perjumpaan Alumni. Tht day Kak Zohra ter split disk masa nak dtg gathering, kami bersama-sama membacakan Al-Fatihah agak Kak Zohra segera sembuh. Tiba-tiba setelah penutup, muncul kak Zohra, gigih kami pon mengambil gambar beramai-ramai.

ESQ GO..GO..GO..!!

PS. Me & Wira & Arina dapat invitation utk SPA percuma.. :)

0 comments: