Penang Vacation Getaway (1)

Tuesday, September 29, 2009

Aura nak abiskan annual leave dah menyerang.. 1st family vacation.. Rasa Sayang Resort & Spa, Penang.

Best lepak sini..Tapi aku seram bila teringat Tsunami buat aku x berani nak tidur sini.

Our 1st plan nak vercotii ke Cameron Highland terpaksa dibatalkan sebab ada perang tergempar & ada sepupu yang nak bertunang. Hotel yang telah dibooking terpaksa dibatalkan. Melihakan keadaan parents aku yang gundah gulana kesan perang tergempar..I talk to my sis in law. Aper kata kita gi Penang??..

Makan dengan usaha maju jaya my sis in law google & call hotel yang best.. tapi G hotel @ Gurney Drive dah full... HardRock Hotel dah full.. akhirnya dapat la jugak booking hotel Rasa Sayang Resort & Spa @ Batu Feringghi. Best giler hotel nih.. Kalau korang gi Penang sila la ke hotel nih. Wahh..promosi.

Kalau ke hotel nih x payah susah-susah bawak selipar jepun untuk ke pantai.. x payah susah-susah bawak wireless beruk ben sbb hotel ada kasi port siap dgn cable. X payah susah-susah beli buah oren & apple dah ada free jer. X perlu susah-susah bawak berus gigi & sikat. Payung pon ada. Torch light pon ada.. Yang aku x suka toilet dia kena istinjak.. Only toilet paper available. Ada weight scale buat aku rasa x lalu nak makan buffet bekpes beesoknya.. Huhh..

Aku lupa nih panggil apa..tapi depan tuh ada tempat beli makanan nak lepak & makan depan pantai..

Besstt owhh naik kuda.. hugaaa..hugaaa.. memula jer takot.. 5 second lepas tuh naik tandukk laa..laju2.. anak sedara aku cakap.. Funny see u naik kuda..u melompat-lompat.. Budak nih... mmg la dah kuda lari laju.. Parachute jer aku x naik.. naper ehh??.. x per I will come back..


The beach

Chi Spa

From the balcony..tempat paling best nak ngintai..Muahahaaa


View from the balcony

Bed Set for 2

The Enterance

Kalau pagi-pagi sini ada buku boleh pinjam & baca sambil hadap pantai yang indah. Air coconut pon bleh order. If you need foot massage. RM 80 per hour. Kalau gi kat nyonya kat luar tuh 30 hengget sarjok.

Sini tempat makan..

Bekpes Buffet kat sini kasi no bilik jer .. x payah kupon. Food drp rempah safron yang mahal tuh sampi ker tosai..dim sum..nasik lemak semua ada. Aku rasa dia macam lebih exposekan makanan pak2 arab & omputih. Almaklumla depa jer yg penuhi hotel nih. Kalau x silap aku ada 2 jer family melayu yang vercotii disini.


Bekpes diet.. =P with grapefruit juice

Lepas makan kena la melayan budak ketot nih mandi kolam. x nak org lain..aku jugak kan. Lepas mandi kolam pegi Kidz Zone..ttb aku jadi Kidz.. Layan jer laa.. tapi best jugak.. ahakss..


That's all abt Resort nih.. next will be HardRock Hotel, Mesia.. baru bukak 19hb tadi. 1st in Mesia OK.. Bila..?? tunggu bila aku free nak hapdate.. =P

Menjawab TAG Riezal

Thursday, September 17, 2009

Since CRiezal idung kembang a.k.a "BalaDa PrograMMERKontRAK JaLaNAN" mentag aku & aku ala2 Free Hari nih .. Maka Aku dengan RaJINnya Menjawab TAG RieZAL.. sebelum tuh sila saksikan anak sedara aku buat aksi kembang hidung utk Rezrake..


KeBANG Idungg...!!

Aku kengkadang suka tukar mood.. lama2 sangat pakai beg yang sama aku bosan. Aku ada 2 set..yg baru & yg lama..

Set A - yang nih aku pakai sampai lonyaiii..

Set B - yang nih aku pakai sat-sat jer.. beg laptop baru.. hehe.. content sama jer utk set A & B.


1. Sila ambil gambar beg yg anda bwk gi kerja :)

Nak GI KerJA Aku mesti Stand BY 3 Bag..


(1) HAnd Bag
Walaupun aku lasak..yerla sbb aku kan PerempuAN.. lagi pon aku dah serik cicir kunci segala bagai dimerata-rata tempat...sng aku campak jer dlm hand bag aku.

(2) Laptop Bag (tinggai hat nih..alamat x Kerja la aku..mampuih kena Halau Balik Amik LaPtoP..kalau pi TPM aku x Yah baWAK..customer dah sedia PC..Unless aku Nak buat kerja aku sbb sana Thumb Drive x leh Detect..kena 'band')

(3) GyM Bag (Yg nih aku mmg standby dalam keta sbb aku mmg SUka sinGGAh GYM bila aku balik kerja atau bila2 aku mendapat syndrom gian ke GYM.. Other thn tht, kAlau Aku kena Bermalam umah Orang.. aku Ada BAju SAlin Utk Mlm tuh)

Bayang kan aku angkut 3 beg nih naik lift.. ishh3...dah macam Santa Clause!!

2. Kemudian sila ceritakan sedikit apa yang terkandung dalam beg anda. Sila sertakan gambar sekali kemudian terangkan secara detail isi beg anda.


(a) Hand bag
  1. Ada cable utk cas mp4
  2. Tiger balm - incase fenin or loya ngadap programming
  3. Mp4 - untuk aku kat GYM & kengkadang kat customer (esp kat TPM)
  4. Purse - utk simpan IC bagai.. (gambar x tersenarai sbb aku x suka simpan gambar unless gambar yang ada kat IC & lesen memandu)
  5. Pen - untuk sign timesheet & conteng logic programming & melukis gambar mata..idung kembang dan sebagainya dikala bosan dan blur.
  6. Headphone - utk laptop in case aku nak berada di alam fana menulis program & utk mp4
  7. Mentos - nie dapat masa majlis khatam al quran anak one off senior manager opis..aku campak sini lupa nak kuarkan. WAHAHHA..
  8. Touch & Go - yang nih aku nak top up online sbb tuh bawak balik. Aku nak top UP kat CIMB @ R&R kesas tp x leh la pulak. Dulu mcm ada menu tuh..skrg dah x der.
  9. Thumb Drive - Ada 2 ketoi. Satu aku simpan Thesis Masater aku yang separa submit.. & satu lagi aku simpan harta2 kerja opis aku.

Benda yang missing ... lipstick..compact powder??.. HAHAHA. Aku pakai melilea organic skin care (Melilea Revitalizing Cream , Melilea Oxy Intensive Cream & Melilea Intensive Nourisher) jer pagi2 nak gi kerja jer..aku mmg x suka pakai make up. Kalu aku rajin aku bawak la dalam handbag. Itu pon kalau aku kena gi travel jauh2 or ada dinner bagai. Ada sapa2 berminat ngan product nih meh bagi taw aku..aku member sbnrnya & dah almost 3 years. So far aku pakai ok..and got improvement. For more info: http://www.melilea.com/malaysia/index.php?option=com_content&task=view&id=45&Itemid=74


(2) LaPtop Bag
Beg nih aku beli laa..x der free. Yang free beratt daaa. (Tunggu LotusSphere or IBM kasi beg free.. ). Soulder bag Targus berat jer dah baper kilo. Asalnya utk my personal laptop. Senang nak bawak gi library la dolu2 .. masa stgh mampos dok hadap journal kat Library UM.Beg nih solid jer..x leh letak mender banyak2. Itu sbb aku nak cari beg lain.
  1. Power cord
  2. Fail - isi segala2 document yg kena print
  3. User Acceptance Test document - tersesat sini satu untuk aku baca tp x baca-baca lagi.. Aku tgh ada enhancement projek kat Putrajaya.
  4. Telekung - aku bwak kepala jer..kain x bawak.. sbb aku leh pakai surau punya. Aku x suka telakung surau sbb busuk.. nanti aku solat sambil buat aksi perempuan morning sickness.Uwekkk..busukknya telekung nih...
  5. Tikus biru - aku baru beli kat Digital Mall Subang USJ..tikus paling mahal yg aku pernah beli RM 50 sbb aku suka design dia.

(3) GYM Bag

Yang in kena snap gambaq isi dia ka??..x leh sensored..kekekek...
Aku simpan baju gym la.. towel.. glove untuk aku angkat besi & ketoi2 batu.. tolieteries & apa-apa yang berkaitan. =P

3. Nyatakan sebab2 anda suka beg anda itu

Set A nih aku dah x berapa suka.. sbb aku dah ada Set B yg baru. Aku nak cari beg Nike utk ganti GYM bag..

4. Sila nyatakan kenangan manis atau apa2 yg istimewanya beg itu pada anda.

x der mender istimewa.. aku lagi suka isi dlm beg tuh berbanding beg itu..

5. Sila TAG org yg lain :

Kalau korang free sila la menjawab TAG nih..

Nenek Penne

CPG
Nurman
Cik Kiah
CCT

Wish YoU Selamat HaRi RayA & Happy HolidaYzz

Wednesday, September 16, 2009


Di kesempatan ini I would like to wish my blogger friends Selamat Hari Raya & mohon maaf sekiranya ada salah dan silap disepanjang kita bergurau senda di alam cyber.

CPG - Ayu - Nek Penne - Kerol - Naz - Cik Kiah - Xean - Pakcu - CCT - Kak Nieta - Kak Sara - Mded(if you read this) - Riezal - mun*e - Catz - abglong - Shaz - Eizan - Nurman

Happy Holiday to Willie as well..

Sila PerCAYA...

Monday, September 14, 2009

Frankly.... kat Kl nih aku jarang-jarang masak. Nak masak beria sapa jer nak makan?? Last aku buat semikut Raya 3 yrs back kot..masa dok umah sewa.

Lately..aku dah nak muntah dgn masakkan kat bazzar Ramadhan. Situ jer la aku singgah sbb balik keja kol 5.30pm. Paling lambat kol 6pm. Masa tuh dah hazabbb dah la jammm...


Semangat baca blog Mak Kucing (CATZ) aku pon berazam nak masak untuk bukak posa.. masak sikit jer x der la lama mana kan. Ada la satu hari aku balik kol5 sharp.. ada one day aku balik drp Putrajaya kol 4pm.. Kan gomen abis keje kol 4.30pm.. maka aku zasttt balik umah..


cari kelapa parut.. cari tepung pulut..cari gula kabung.. Otw balik siap kol mak confirm resepi..wakakak.. Serious aku nak sangat makan buah melaka tp 3 kali aku beli mesti x sedap.. baik umah..


Hasilnya..


Baru aku x terasa nak cari buah melaka dah...

Lebih air pandan simpan dalam peti.. Hari nih aku buat natang nih pulak..Aku cerita to my father dia gelak... apalah.. aku kureng sikit kuih manis nih. Kat kpg mak aku jer rajin buat..aku makan sekatoi jer selalu.. Hairan B. Ajaib kot..

Drp bapak sampai anak.... 4 ketoi jerr..tuh pon x abishh.. Abaikan yang macam permukaan bulan tuh yerr..salah kuali..

Lama dah aku x masak kuih cara & cara berlauk.. Ahh..x der acuan.. abaikan jerla.. Lepas raya nih aku x tahu bila pulak aku nak memasak..wahahah..

Aperpon skill yg mak aku kerah masa dolu2 still ada la.. cuma terpendam di ruang yang paling dalam.. MUAHAHAH..

Catatan Ramadhan


Ramadhan tahun nih aku biasa-biasa jer. This yer x der plak kena keje kol 12 malam till sahur macam thun lepas. Cuma tahun nih aku banyak berulang alik ker Putrajaya. selain ker Tech Park, Bukit Jalil. Aku invoive with system enhancement @ one of gomen punya jabatan. Merasa la suasana keje as Pegawai Teknologi Maklumat kat gomen.. sunggguh meriah. Pagi-pagi boleh order bahulu kemboja.. tgok baju online.. beli ikan sayur order kot tepon. Pita ukur baju mesti ada atas meja.. kalau nak show off sikit letak contena manik2 sebelak monitor. Aku terpana kejap..

Most of the time aku bukak posa sorang-sorang jer at umah. My housemate every weekend balik kpg. Aku pulak x daya nak balik kpg sbb baru jer balik. Malas nak drive..malas nak naik bas.

Early of ramadhan aku spend time @home je time2 weekend. Selalunya each year aku mesti shopping @ Jalan TAR. Tapi tahun nih aku dah belikan baju raya to my parents..maka aku pon malas2 nak shopping baju sendiri.. sekarang nih baru terhegeh2 nak cari. Itu pon sbb cousin aku plak nak bertunang raya ke 3 tahun nih. Perlu ker terhegeh-hegeh cari..??

Pertengahan ramadhan ada sekali bukak posa with my old school fren @ The Stone. Sumwhere in Shah Alam la.. Then, I did simple reunion with my old school fren (sekolah rendah) where Nenek Penne came into the picture sbg watak tambahan. Heheh.. Then esoknya pulak @ my close fren hse. Kinnda reunion with old fren masa mula2 keja. Masa under Executive Training Programme. Masa tu we ols selalu bukak posa luar.. paling best masa lepas buat client upgrade @ PNB. We ols naik komuter dalam hujan berpayung ke stesen Abdulah Hukum semata-mata nak bukak posa dgn air buah gelas besar. Nowadays, ada yang dah keja company lain.. ada yang dah kawen.. Aperpon it is nice to get together.

Then, one day after ada majlis iftar @ office.. Aku balik drp TPM singgah opis jugak nih. Makan free.. aku dah muak nak makan kat luar.


Weekend lepas aku sibuk with Hari Raya Dedication. Alhamdulillah..semua OK walaupun ada sedikit kesilapan technical. Apa da.. aku lupa nak peasan mender penting to the team. Sampai sudah aku x ingat. Almaklumlah tahun nih aku banyak keje luar drp balik opis. Dalam seminggu ada la sehari tak pon separuh hari. Berbanding tahun lepas..tahun nih aku banyak mengarah. Alhamdulillah I got a dedicated team.


Penatttwehh...2 hari berkampung di office. Hari nih al dedication items dah berjaya di distribute. Item untuk branch kat Penang & JB aku dah courrier. Untuk branch yg kat USJ & engineer station @MAS pon dah settel. Harap2 semua tuh cukup & betullah.. Namun aku ada sikit bimbang. :(

Actually the dedication nih untuk kutip sumbangan untuk anak-anak yatim. Alhamdulillah.. we manage to get profit around RM1500 for this year. Lebih RM 500 drp tahun lepas. Rejeki anak-anak yatim. Balik raya nih aku kena sediakan report jualan. Dalam kesibukan dedication raya, sempat jugak aku pergi majlis khatam alquran & solat terawikh @ one of our senior manager @ Bukit Jelutong. Sekarang aku dah kena demam raya.. sana-sini dok pasang lagu raya. Tapi sok kat customer sure x der mode raya..mode lampu pelita & singa mmg terasa. Am still working untill Friday. Sabtu subuh sblum sahur dalam kol 2 or 3am aku akan bertolak balik. Aku on leave 3 hari jer.. x leh lama-lama. Nak abis kan cuti di Sabah nanti..

KrNoloGi kejadian KAri & PAP = KARIPAP

Thursday, September 10, 2009

Semalam penat hadap traffic jam. Kuar kol 8 pagi sampi Putrajaya kol 11 pagi. Hazab ok.. kalau tak dah sampi Ipoh dah.

Dengar kat Hot fm cakap ada paip bocor kat Puchong Intan. Mana la ai tau Puchong intan tuh kot mana. Nak patah balik mmg x der U-turn. Call helpline..mmg x leh buat aper katernyer.. sabar & redah jer la..

Rupanya paip pecah 1km lepas tol Puchong Selatan. Tuuhh dkt ngan Petronass.. lepas tuh line clearrr.. aper lagi pecutttt 130kmph. Patut sampi kol sblum 9.15am.. Matilaaa wehh.

Sampai sini..mujur ada satu jer parking. Lasttt... ramai betul pengantin cina. 9/9/2009 ada manyak OnGG.. Since gomen balik kol 4.30pm.. keje siap kol 4.00pm..maka aku boleh balik awalll..yeayy..x der la bukak posa dlm keter kan..Maka aku mulakan modus operandi aku utk hari nih.. Kripap doremon..ehh.. naper doremon dpt nama?? Aku benarnya dah nak muntah makan mkn bazar ramadan. Sampi satu stage aku betol2 muntah lepas bukak posa.. Hazabbb..
Teringin nak makan karipap yg dulu2 selalu aku buat kat kpg.. kat KL nih 1st time aku buat. HAHAH.. Percaya?? Tak??

Aku buat inti kentang jer.. kedai runcit mamak tuh ..ubi keledek dia dah kecut.. x selera tgok. Tak der daun kari..maka guna jer daun SUP & BAWANG. Hari tuh beli utk sup still ada lebih dlm peti ais. Letak daging sikit.. letak serbuk kari adabi.. aku nak cari cap mata..tp x der. Alagapass pon x dak.. asal usul Alagapass drp kampung aku tuh.. dulu kedai dia tepi jalan nak pi bagan ja.. pak aku selalu berhenti keta pi beli situ..


Part nih paling penat sbb nak kena roll kASI penyekk... Roller tuh aku baru beli..kekkekek...


Nih la hasilnya..Nasib baik aku ingat lagi canner nak buat karipap.. Ada lebih sikit lagi..aku simpan dlm peti..sok nak goreng buat sahur.. semalam angin rajin masak..hari nih angin sentapss.. SUKAHATILAHH..!!!

Selamat Mencari Lailatul Qadar kawan2.. =)

Mode Sentapszz…

Wednesday, September 9, 2009

Lama aku x hapdate blog.. aku dok hapdate blog org lain ada la.. HAHAH..
Itu pasal comment blog org mcm blog sendirikk.. MUAHAHHA..

Sukahatilahh…

Sungguh aku suka hati..
Sukahatila pepagi aku sentapss.. makan hati u ols..

Mungkin org tuh x berniat tp aku x suka cara dia cakap yg kadang-kadang bagi aku x sesuai..

Ahh.. manusia..

Aku pon ada gak kata-kata yang boleh sentapkan org tanpa aku perasan. Adoii..naperla aku sentapss nih.. sensitip dipagi hari..

Satu jer aku nak pesan.. jangan la lepaskan stress kerje ko tuh kat org lain..

Aku paling nyampah nak deal dengan soal hati & perasaan..Nak buat macam mana manusia diciptakan berperasaan.

Terasa hati pon nak gaduh..
Sentap hati sedihh..
X sedap hati pon serabut..

Bukan senang nak kenal hati budi seseorang..even ko dah kenal lama..
Kengkadang boleh sentapss jugak wehh..

Sungguh complicated manusia nih kan.. Jadi kucen Tobbey lah... Makan minum tuan dia jaga.. =P