Dalam Kenangan

Wednesday, August 19, 2009


Mak: Hang kat mana nih??Hang sibuk ka??
Aku: Haa..kat office. Awat?
Mak: Hang jangan terkejut mak nak bagi taw nih? Paksu meninggal pagi tadi.
Aku: Hah.. Innalillah..

Berita tergempar yang aku dpt drp mak aku membuatkan aku rasa lemah kaki tangan. Menggletar rasa tangan. Aku terus call my sis in Law. SMS my bro yang currently berada di Turki. Finally, I drove alone. Balik Shah Alam amik barang and zastt back to hometown. Sepanjang perjalanan tuhan saja yang tahu.

Jenazah from Penor arrrived around 12.45pm. Jenazah diiringi dengan 2 buah bas penuh dengan sahabat handai yang merupakan pegawai2 daripada Penjara Penor. 1 bas pegawai & sahabat handai dari Penjara Taiping. Malam tuh memang ramai & penuh dengan kenderaan penjara malaysia. Ada yang datang sendiri daripada Penjara Batu Gajah, Penjara Pulau Pinang, Alor Setar, Simpang Ranggam,Johor dll. Ada yang tunggu tepi jalan..ada yang tunggu kat umah mak ngah aku. Terlalu ramai orang parking di sepanjang jalan drp rumah mak ngah aku sampai ke Masjid. Terkejut jugak tengok ramai orang.. Aku sempat berbual dengan beberapa rakan-rakan arwah. Arwah memang seorang yang peramah, mudah tolong orang dan disenangi oleh orang melayu atau pon Cina. Setiap penjara yang arwah bertugas, akan ada perubahan. Arwah memang suka menembak..Ayam hutan.. Burung Kuak.. Senapang arwah tok wan, mmg arwah paksu yang simpan. Arwah masak mmg sedap. Ini diakui oleh jiran2 arwah yang sempat aku borak-borak. Memang mewarisi skill arwah tok wan.


Raya Tahun lepas - Bersama arwah & anak-anak arwah bermalam one nite @ Laketown. Tak sangka ini merupakan kenangan terakhir kami. Arwah beria-ia ajak bermalam kat sini.

Mak aku mmg rapat dengan one and only adik lelaki & yang paling bongsu. Arwah tempat mak aku mengadu. Dulu aku & family selalu pergi penang masa arwah bertugas di Penjara Pulau Pinang, Jln Goal. Dah jadi tempat mainian aku. Masa aku warded @ GH Penang, mana lagi nak pegi. Kuartes penjara belakang sepital jer. Aku sendiri request nak masuksepital Penang. Anak-anak arwah tak jauh beza ngan umur aku. Kita org memang gang lah. Arwah pon rapat sangat ngan abang aku. Masa abang aku belajar kat USM, arwah la yang paling dekat sampailah abang aku nak kawen..arwah memang paling sibuk mengurus. Arwah ada cuba untuk menghubungi abang aku few week a go tp tak dapat. Mungkin masa tuh abang aku ada site visit kat hutan @ Uzbek. Aku sendiri pon lost with him cont abt a month (July). Mesti abang aku terkilan. Aku buzz dia kat Gtalk..x der reply lagi.. HUhh..

Yang paling aku terkilan, hajat arwah nak balik bekerja kat kpg tak kesampaian. Malah x sempat dismpaikan kepada arwah. Arwah sepatutnya bertugas sebagai Pengarah di Penjara Jawi pada 1th Sept 2009. Namun, Arwah balik kampung & pergi untuk selamanya. Kalau tak mesti semua kaum kerabat suka. Mak aku lagi la suka. Aku rasa terkilan sebab tak berkesempatan nak melawat arwah masa di Penor. Masa nak pergi Johor dulu tak jadi. Tak dak pulak aku tergerak hati nak call tanya khabar. Rasa x puas jumpa arwah masa raya tahun lepas.

Hidup & mati semuanya telah tertulis. Namun kenangan & rasa kehilangan memakan masa untuk hilang. Aku sendiri pon terbayang-bayang & teringat-ingat.

Al-Fatihah




7 comments:

makcik rokiah said...

alfatihah...

safina said...

alfatihah..

parkchoo said...

my deepest sympathy, al-fatihah. btw, sakit apa?

Sawa said...

Alfatihah..
Penjara penor kat kuantan ehh needa?

SiMpleSmArtErMe said...

Thx - Kak Sawa..Cik Kiah..Pakcu

Safina - thx 2 u too & thx for dropping by. Salam Ukhwah.

Pak cu - kata doc arwah meninggal sbb paru-paru berair. Ikotkan arwah x der sakit nih. Arwah ngadu sakit dada sehari selepas latihan menembak. 10 das. Agak2 sbb kesan hentakan. Arwah batuk berdarah mlm tuh. Esok pagi masuk ICU. Masa dlm ICU ttb jantung arwah terhenti.

Sekejap sangat.Anak-anak pon x dlm perjalanan balik x sempt sampai. Kami semua terkejut. Rasa macam dejavu jer. Until 2day dok terbayang-bayang.

Kak Sawa - Haah. Kak Sawa taw ker?. Kiter tak sempat sampai. agak2 baru setahun arwah ditukarkan ke situ.

:(
Masih terasa kehilangan. Dok terbayang-bayang.

Riezal aka Rezdrake said...

Takziah buat needa dan kaum kerabat family semua. Yang pasti aku paham macam mana rasa bila hilang someone yang kita selesa rapat.. apa pun dapat dikongsi .. kadang2 kita rasa macam mimpi dia pergi. Baru je lagi. Sama laa macam arwah tok aku.. last raya dia meninggal.. raya tahun ni takkan meriah tanpa dia.

Aku doakan moga roh di tempatkan bersama orang2 yang beriman.. semoga roh arwah senantiasa dicucuri rahmat.

Banyakkan istigfar needa.. banyak2 bersabar.. stay strong k

CATZ said...

Takziah utk simple sekeluarga,
moga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.

selamat menyambut Ramadhan,
moga lebih baik dr tahun yang sebelumnya..
selamat bepuasa.