My experience thru the Spiritual Journey..

Friday, July 24, 2009


In the
Name of God, Most Gracious, Most Merciful.


Alhamdulillah..Praise to Allah for giving me an opportunity to attend such training and being a part of ESQ alumni. Today, another Renungan session @my office conducted by Pak Aminul Rahman Pulungan. Trainer yang telah berjaya membawa aku membawa aku melalui spiritual journey selama 3 hari di Flamingo, Ampang. Tiga hari training ini aku berperang dengan perasaan sendiri..muhasabah diri..merenung diri sendiri dan diakhir training aku dapat meresakan bagaikan diriku dilahikan semula. Now I know kenapa aku diciptakan dan tujuan aku di dunia ini yang selama ini tertutup kerana kurangnya kecerdasan spiritual Baru ku sedar bahawa agama yang aku anuti hanyalah sekadar warisan agama orang tua ku dan ibadah yang dilakukan terasa seperti kosong. Hanya sekadar solat tapi tidah tahu makna dan sibolik solat itu dalam kehidupan.

Akhirnya pencarian yang dicari selama ini akhirnya dipertemukan pada tahun 2008 ketika umur ku mencecah umur 27 tahun. Diketika itu pula aku betul2 pasrah dengan kerja kerana penilayan prestasi yang tidak setimpal dangan usaha. Aku juga pasarah dengan takdir yang mempertemukan dan yang memisahkan.

Alhamdulilah.. akhirnya aku sedar bahawa aku diciptakan didunia ini adalah untuk menyembah dan beribadat kepada pencipta. Matlamat hidupku adalah di Akhirat nanti selaras pengakuan shahadah ku ketika solat bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu persuruh Allah. Aku juga sedar Hati dan perasaan adalah milik Allah keran hanya dia berkuasa meubah hati kita. Subhanallah.

Sebagai contoh: Anda hanya bekerja kerana duit..anda sibuk mengisi waktu meeting.. jumpa customer.. namun apakah matlamat anda?. Tanyakan pada diri anda kenapa saya perlu bekerja?. Adakah semata-mata kerana wang, pangkat dan sanjungan Sekiranya ada mempunya banyak wang pastinya anda ingin membeli rumah yang besar, kereta yang cantik. Sekiranya anda memiliki semuanya apa lagi yang anda inginkan.. Pasti jiwa anda merasa kosong andai wang, harta dan pangkat merupakan matlamat anda bekerja. Namun andai anda punya wang, harta, pangkat dan kedudukan malah disanjung mulia di dunia tp akhirat nanti anda dicampakan ke neraka jahanam.

Anda bekerja semata-mata untuk menyara anak bini. Andai anak bini itu pergi meniggalkan kamu..adakah anda masih bersemangat untuk bekerja??.. Adakah itu matlamat utama hidup anda??

Pernah anda terfikir bagaimana sahabat2 nabi sanggup mengadaikan nyawa dan berjuang habis habisan tanpa mengharapkan sabarang balasan. Ini adalah kerana sahabat2 nabi mempunyai mission statement yang kukuh iaitu balasan diakhirat sana. Dimanakah anda campakan shahdat anda ketika solat?. Berapa kali anda ucpkan shadah ketika solah? Adakah solat anda itu kosong?.. Tidak mengerti makna sahadah itu. Astagfirullah.

Tujuan dasar spiritual manusia adalah pengabdian kepada Allah, bukan kepada jabatan, kedudukan, wang, harta ataupun kelompok. Yakin bahawa Allah itu Ar-Razaaq. Berikan sepenuh komitment kepada kerja kerana kini matlamat anda hanyalah satu iaitu mengharapkan keredhaan Allah. Yakin bahawa rezeki itu pemberian Allah. Pastinya anda akan merasa tenang.

Inilah prinsip yang abadi yang mampu memberikan rasa aman hakiki. Rasa aman yang mengalir dari dalam, bukan dari luar. Dan ingatlah keyakinan akan keberadaan dan kebesaran Allah adalah kunci setiap keberhasilan. Hartamu adalah keyakinan mu. Jelas??.. Video seterusnya menceritakan bagaimana keyakinan kepada Allah akhirnya menjadikan kita berserah diri kerana Allah.



Sekadar renungan & sharing from the bottom of my heart base on my spiritual journey in ESQ Training. Semoga cahaya 165 ini akan terus menyinar di bumi milik Allah s.w.t. ini.

FIRMAN Allah yang bermaksud: “Apabila sudah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu melihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah keampunan kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha penerima Taubat.” – (Surah an-Nasr, ayat 1 hingga 3).

Islam world wide --> http://muslim-mualaf.blogspot.com/
Other alumni experience --> http://esq165.syidan.com/
More abt the trainig --> http://www.youtube.com/watch?v=B8X-4C3Vz0g

Satria 165 (1- Ikhasan, 6 - Rukun Iman, 5-RukunIslam),
Angkatan ke 19,
Kuala Lumpur.

2 comments:

Nurman said...

Insaf plak aku baca entry ko ni nida,. Inna ang ma lu bin niat

SiMpleSmArtErMe said...

Nurman..
Aku, Diana, Wira & Iddin dah pegi training nih.. Ohh.. Raja Riza pon dah pegi dia cakap kat Facebook.. Humm..

Alhamdulillah sangat2.. ko bila lagi.. ? Trust me training nih lain drp yg lain.