Bila Sekeping Hati Berbicara..

Saturday, June 27, 2009



Bila Sekeping Hati Berbicara..

Categori: Cerpen Pendek
Penulis: SimpleSmarterMe
Tarikh:27June09



Rutin harian sentiasa terisi..padat..penat. Hari nih nak balik kerja on time. Penat empat hari bekerja bukan kepalang namun ada satu hari lagi perlu ditempuhi. Jumaat penghulu segala hari. Ya Rabbi..berikan lah aku kekuatan. Murahkan rezeki agar aku dapat menyumbang kepada agama mu. Berkatilah rezeki ku ya Allah.

"Engkau bekerja untuk Tuhannya Nabi Muhammad dan para nabi lainnya. Engkau bekerja untuk Robbulalamin, Tuhan semesta alam."
- Untaian Mutiara 165

Sedang sedap menonton TV..tiba-tiba telefon umah berbunyi. (Tenentt..Tenentt..)

Aku: Hello..Assalamualaikum..Haaa..Mak..
Ibu: Tadi mak Bedah telefon, si Minah nak bertunang.
Aku: OO..yer ker. Dengan sapa?
Ibu: Dulu ada mak bedah hang cakap bla...blaa..blaaaa..Tetttt...mak malas nak tanya banyak. Nanti dia tanya pasal hang pulak?
Aku: Hahh..tanya apa?
Ibu: Tanya pasal hang la. Dok tanya bila hang nak kawin?
Aku: La..abis mak jawab apa?
Ibu: Mak jawab, Tak taw la kat dia..tak dak la kot..
Aku: Kenapa jawab macam tuh.
Ibu: Habis nak jawabmacam mana?
Aku: Cakap la InsyaAllah, kalau ada nanti kami hantar kad. Berapa orang dah mak cakap macam nih?. Kata-kata tuh kan doa.
Ibu: Aikk..hang dah ada calon ka?
Aku: Aduhlaaa.. :(

Setelah habis perbualan di telefon tiba hati ini terasa sedih..sayu. I am not in a good mood!!.. Itu sahaja yang dapat ku unkapkan. Penat kerja hari nih tiba-tiba lenyap begitu saja. Masih terngiyang-ngiyang lagi perbualan dengan ibuku di telefon yg betul-betul menguisik hatiku. Entah kenapa hari ini aku tiba-tiba menjadi sensitif. Bukan ke aku dah nekad aku x nak fikir atau menyushkan hari aku dengan permasalahan ni. Bukan ker aku dah nekad am going to enjoy my life. Teringat kata-kata my old schoolmate who are Indian converted to christian. She said "I believe my God will save the best for me.!! So..am enjoy my life." Kagum betul aku ngan dia. She devote her life to God and active with church activities. Malu aku.. Bukan aku tak yakin pada Qada & Qadar tapi manusia disekililing yang merumitkan keadaan. Keadang kala kekuatan yang aku bina terasa goyah. Mulut manusia mmg susah nak ditutup. Cakap sesedap rasa jer.

Jodoh pertemuan ditangan tuhan. Semuanya telah ditentukan. Kalau yang muda dah sampai jodoh apasalahnya. Dalam ajaran Islam tak ada langkah bendul. Kenapa yang lebih tua perlu dipersoalkan? Hina ker kalau aku tak kawin lagi?. Malu ker kalau ada anak perempuan yang tak kawin lagi? Tua sangat ker aku nih?

Banyak sangat yang menghentam dari membantu.

Umur 28 bukanlah terlalu lambat tetapi mungkin masa kecederaan tapi perlukah aku memeningkan kepala memikirkan sesuatu yang telah ditentukan. Pernah terbaca artikel Ustaz Hasrizal dalam blognya saifulislam.com bahawa jodoh tidak datang bergolek. Sempot nafas aku baca. Sekali lagi aku dihentam secara maya. Nak saja aku comment.. "Apalah usaha yang boleh dilakukan ustaz, melainkan doa. Masa banyak dihabiskan untuk kerja daripada bersosial. Linkungan dan batas pergaulan hanya terhad ditempat kerja. Ditempat kerja pulak banyak yang hancur dari yang boleh diharap. Bukan memilih ustaz .. tapi 'sukar' mencari calon suami yang dapat membimbing ke jalan yang diredhai-Nya. "

Kalau nak difikirkan memang tak ada lagi penyelesaian. Bercakap hanya sekadar meluahkan perasaan. La Tahzan!!. Jangan Bersedih kerana bersedih itu merupakan satu penderaan kepada diri sendiri. Bersedih hanya akan mendorong kepada keburukkan. Hidup perlu diteruskan. Mungkin masa yang ada memberikan aku peluang untuk mendekatkan diriku kepada-Nya. Memperbanyakkan aktiviti kuliah/usrah dan menyumbang kepada pembangunan Ummah.

"Kunci kebahagiaan sesungguhnya adalah menerima semua keputusan yang diberikanNya, suka maupun tidak suka" - Untaian Mutiara 165

Aku yakin setiap yang berlaku ada hikmah yang belum aku nampak. Aku redha dengan ketentuan-Nya. Bebaskanlah aku dari belenggu pengalaman yang lalu. Namun, persoalannya.. Masih ada kah calon suami yang beriman untukku?

7 comments:

Benedict Bernard said...

makan kopok dgn minum air ribena baca citer needa nie . sedey la..

NenekPenne said...

its okay to be single...
jangan jadi macam akak..yelah sapa nak jadi mcm akak kan?
biarlah jodoh datang sendiri...
mana tau kot one day kita boleh dok serumah..happy2 pi round the world...

jangan sedih ok
bila needa sedih, akak pun sedih gak.... janganlah gitu....

i love u my sista..

Sawa said...

siap b'sambung k sawa bc cte kau needa.

buat pekak jerr needa. byk lak songeh makcik tu nak keypoh

parkchoo said...

<< dok sebelah Ben sambil menom ribena dan mkn kopok, sesekali amik tisu lap ayaq mata baca kisah needa.

**weih, mana cicahnya?**

Nurman said...

Ala nida jgn la sedih..memang susah nak cari lelaki berkualiti zaman sekarang ni kan? jodoh tu dah ada, sapa dia kita tak tau...mana tau yang dekat2 jer ker kan

SiMpleSmArtErMe said...

Errr..bukan ker ini cerpen karangan penulis ker..??..


Hiksss.. :*

khairul said...

salam...

bab jodoh ni susah nak cakp lah coz kdg2 yg kita rasa adalah milik kita rupanya bukan...
kdg2 bkn salah kita utk memilih coz kalu dapat yg kualiti di bawah piawaian sapa yg nak..kilang pun reject,pe lagi kita ni hehe...
biar kita lambat kawin tapi hasil perkahwinan tu akan membawa kita bahagia dunia dan akhirat ...aminnnn(panjglah plak ye)